Khamis, 13 Mac 2008

Lim Kit Siang: Baca Cadangan Teman

Teman orang Perak tulin. Bukan orang Perak jadi-jadian. Teman sayang negeri kelahiran teman. Oleh kerana teman sayang kepada negeri Perak, teman sanggup lakukan apa sahaja , selagi ianya tidak menghumban teman ke lembah syirik. Satu dosa yang tak terampun.

Bukti kasih sayang teman pada negeri Perak, cukup jelas apabila teman betul-betul rungsing dengan isu perlantikan Menteri Besar Perak, yang sepatutnya sudah selesai hari ini bila baginda Sultan memberi perkenan kepada Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun dari Pas untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.

Teman dah cakap, enam orang adun dari parti Pas, tidak kisah samada dilantik atau tidak sebagai Menteri Besar. Dan bila, salah seorang dari mereka diperkenan oleh Sultan Perak, ini membuktikan ADUN dari Pas lebih dipercayai!

Walaubagaimanapun, bila Sultan Perak memberi perkenan melantik Adun dari Pas , Ir Mohammd Nizar, Lim Kit Siang mula bising dan merapu. Dia mahu kesemua Adun DAP di Perak memboikot majlis penyampaian watikah perlantikan yang dijangka berlansung hari ini.

Tetapi tak berapa lama kemudian, Lim Kit Siang mohon maaf kepada Sultan kerana kebinggungannya sendiri yang secara langsung menyentuh hak Sultan dalam soal perlantikan Menteri Perak. Mungkin semasa dia membuat kenyataan yang mendatangkan kemarahan kaum china, Melayu dan India , dia tidak sedar bahawa di Perak ada Sultan.

Teman ingat , penyampaian watikah perlantikan kepada Ir Mohammad Nizar akan berjalan lancar di Istana Kinta petang tadi. Rupanya, muncul ujian baru.

Sekumpulan Adun PKR yang diketuai oleh Adun, Behrang mengadap Raja Nazrin pada petang tadi dan menyatakan tidak puas hati kerana merasakan ADUN dari PKR disisihkan dari kerajaan BA yang akan dibentuk. Dengar cerita salah seorang bossnya diperingkat pusat telah mengaku berlaku salah salah faham yang tidak seharusnya berlaku .

Akibatnya gara-gara sekumpulan Adun dari PKR yang tersangatlah cerdik ,maka Yang Mulia Raja Nazrin telah terpaksa membatal majlis penyampaian watikah pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Sebagai seorang anak jati Perak, teman ingin mengesyorkan kepada Lim Kit Siang supaya menjadikan DAP betul-betul parti 'multi racial yang tulin sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan Parti tersebut.

Sejak dari dulu hingga sekarang , persepsi rakyat terhadap DAP masih tidak berubah, iaitu DAP adalah sebuah parti politik berteraskan sentimen perkauman kaum Cina, walaupun teman tidak menafikan sumbangan DAP yang begitu konsisten menentang ketidakadilan sosial , rasuah, penyalahgunaan kuasa dan beribu perbuatan terkutuk yang lain yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Lim Kit Siang kena ubah persepsi negatif rakyat terhadap DAP.

Sekiranya Lim Kit Siang mampu melakukanya, teman yakin, DAP mungkin dapat menarik sekumpulan orang Melayu yang benci pada UMNO tapi tidak pula sayang pada Pas dan PKR untuk menyertai parti tersebut. Bila tiba waktu PRU, DAP tak perlu pening kepala untuk mencalun seramai mana orang Melayu yang diperlukan untuk dicalunkan bertanding di Perak atau dimana-mana sahaja di bumi Malaya!

Kalaulah calun -calun DAP yang berbangsa Melayu menang dalam PRU, bolehlah salah seorang dari mereka dicalunkan sebagai Menteri Besar Perak supaya ianya selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang hanya membenarkan orang Melayu/Islam menjadi Menteri Besar.

Sekiranya Lim Kit Siang benar-benar mahu mengatasi masalah Adun DAP tak dapat menjadi Menteri Besar Perak pada waktu ini, kerana kesemua Adun DAP Perak dilahirkan sebagai kaum China yang bukan beragama Islam dan kerana itu tidak layak menjadi Menteri Besar, maka dengan ini teman mencadangkan supaya salah seorang Adun DAP dari kaum China meletakkan jawatan agar satu pilihanraya kecil boleh diadakan dan digantikan dengan calun berbangsa Melayu yang akan bertanding atas tiket DAP.

Susahkah nak dapatkan orang Melayu untuk bertanding sebagai calun DAP? Jangan risau dan khuatir, teman sebagai rakyat Perak yang prihatin dengan suka hatinya menawarkan diri sebagai calun DAP untuk menentang calun BN samada dari UMNO, MCA dan MIC dalam pilihanraya kecil yang boleh diadakan selewat-lewatnya 60 hari dari sekarang.

Kalau teman menang, impian DAP untuk mempunyai seorang Menteri Besar di Perak dari DAP akan menjadi kenyataan. Teman sanggup menjadi lilin yang memakar diri sendiri demi kesejahteraan negeri Perak dan teman berjanji akan mempertahankan kerajaan campuran ini dari dirampas semula oleh BN dalam PRU ke 13 nanti.

Bagus tak cadangan teman ini wahai Lim Kit Siang!

Untuk membuktikan bahawa teman serious dengan cadangan yang dikemukakan ini, maka dengan ini teman berjanji untuk tidak akan menetapkan tarikh luput tawaran istimewa ini .

Satu sahaja yang teman pinta dari Lim Kit Siang iaitu , janganlah naik angin seluruh badan sekiranya Yang Mulia Sultan berkenan untuk melantik teman sebagai Menteri Besar Perak kerana hampir pasti dengan kuasa yang ada , akan teman lantik Ir Mohammad Nizar sebagai Timbalan Menteri Besar, Perak. Kami berdua sesungguhnya, cukup ngam berganding bahu untuk memajukan Negeri Perak dari sudut material dan rohani! Maklumlah kami mempunyai ideologi perjuangan yang seratus peratus sama!

Sambutlah cadangan teman ini wahai Lim Kit Siang selagi teman masih bernafas lagi!

10 ulasan:

mudin001 berkata...

Hehheh! Tok Mudin pun sokong Sheikh Teluk Intan jadi MB Perak! :D

amarhayat berkata...

sudah menjadi rutin santapan pagi harian,teman akan membuka blog mike setiap hari. Kadang teman ketawa gulin-gulin sensorang bila ada part yg. geli-geli tu.,geli bila mike ngupas isu dgn gaya mike yg bersahaja.Pueh rasanyer bila dibaca.
Walaubagaimanapun teman nak mengkhabokan bahawa teman nyokong beno jika mike jadi bakal MB,tak gitu mike nyer.....,bio mike dekat dgn kit siang.
ohya! bila dah dekat tu jgn lupa nyampekan hajat teman supaya diPENAMPO 2-3 liang si LIM tu, bagi mengembalikan metabolisma kit siang ke paras normal. Yelaa...kenkadang orang tua-tua pun kena juga diberi penampo,tak gitu miker?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tok Mudim,

Kalau teman jadi Menteri Besar Perak , Tok Mudim akan dilantik menjadi Setiausaha politik teman.Orang muda seperti Tok Mudim masih kuat kerja.Banyak kerja teman delegate pada Tok Mudim sebab teman suka tidur. Bolehlah teman jadi Menteri Besar yang kuat tidur untuk memecah rekod Bang dollah.

________________________________

Salam amarhayat,

Kalau le teman ni jadi MB Perak, akan teman tunaikan hajat mike. Bukan setakat teman penampo Lim Kit Siang 2-3 liang , bahkan teman akan ketuk kepalanya 10 kali supaya otaknya lebih centre.

Zam berkata...

Salam.

Nampaknya hari ini, isu MB Perak telah jernih kembali. Memang teman pun gundah gulana juga dibuatnya.

Syabas syeikh, analisis yang menarik. Hmm, syeikh jadi MB ye...

Tanpa Nama berkata...

ha..ha...ha...

Abu Fatihah berkata...

Teman nak jadi Orang Kaya Seri Agar-Agar DiRaja Lengkung Cincau.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zam,

Lama tak dengar berita.

Semoga isu MB Perak selesai dengan baik.

___________________________________

Salam Abu Fatihah,

Apa khabar? Permohonan mike diluluskan.

Abu Fatihah berkata...

Teman baik2 je. Maaf tak perasan permohonan anta ke Group Attaluki. HArap kita boleh aktifkan group tu nanti

said mirro berkata...

semangat sheikh rasanya boleh menyembuhkan badan yang tengah derita sakit. cuma sakit badan kalau ditambah sakit hati lebih cepat "kong". bertenang dan bersabar. nasihat hari tu pak lah pun belum tengok lagi.

ja-anuar berkata...

Salam, YAB sheikh...seronok baca entry ni..Banyak yang tersirat...bg mereka yg mahu berfikirlah...