Sebenarnya teman tak nak ulas telatah Pengerusi SPR yang lidahnya bercabang sepuluh. Bila dia umumkan semalam pembatalan celup jari mengunakan dakwat semasa mengundi, sikit pun tak terkejut. Alasan yang diberi pun jelas satu pembohongan.
Rasa rugi kalau teman terkejut , sedangkan dari dulu lagi teman dah cap dia sebagai peribadi yang tidak banyak beza dengan watak Abdullah bin Ubai bin Salul.
Teman dah kata, Be-End terdesak. Bang dollah serta sekutu dan Najib serta sekutu yang tunggu masa untuk berperang sesama sendiri, terpaksa bersatu kali ini untuk menghadapi kebangkitan rakyat. Mereka berdua mulai sedar, rakyat sudah tak percaya dengan janji-janji pilihanraya yang keluar dari mulut mereka.Mereka cuma ada satu atau dua talian hayat.
Talian hayat yang paling sakti ialah mengerakkan pengundi hantu supaya bangun dari kuburnya.
Maka buat sekian kalinya, Pengerusi SPR dengan suka hatinya, pasti akan membantu untuk membangunkan ribuan pengundi hantu . Tapi telah jadi sumpahan: pengundi hantu tak boleh menjelma sebagai pengundi hantu kalau jari mereka terkena dakwat. Dan Rasyid tahu sumpahan ini. Oleh itu janganlah kawan-kawan terkejut dengan pengumuman si lidah bercabang sepuluh itu yang memberi alasan yang serba bodohs, sebodohsnya!
Terdapat kawan-kawan yang tak dapat bendung rasa marah pada si lidah bercabang sepuluh. Ada yang mendesak supaya diadakan demonstrasi besaran-besaran di seluruh negara. Ada yang menyeru supaya di boikot PRU. Ada juga yang oleh kerana marah yang teramat sangat, mahu rakyat bangun sehingga dapat mencetuskan api revolusi.
Bertenanglah wahai kawan-kawan!
Beberapa orang Pemimpin Pas telah menyeru penyokong supaya bertenang. Jangan hilang fokus. Kerja-kerja pilihanraya perlu diteruskan dengan lebih gigih . Ini bukan bermakna pemimpin Pas, Keadilan dan Dap tidak pedulikan pandangan para penyokong.
Para pemimpin pembangkang sentiasa berfikir bagaimana hendak mengatasi cabaran dan ujian , angkara permainan SPR yang sanggup menjadi dajal kepada BN. Oleh itu serahkan kepada pemimpin untuk mengambil tindakan yang perlu. Kita bertenang dan terus buat kerja. Kita tak boleh terperangkap dengan provakasi BN gila babi ,yang sedang amat tersepit dan terdesak.
Kalau BN ada Pengerusi SPR ,Polis dan Peguam Negara, kita pula ada tuhan. PadaNya tempat kita mengadu! Banyakkan bersolat hajat dan berdoa . Allah bersama orang-orang yang berserah diri padaNya.
Beberapa hari sebelum dan semasa waktu mengundi adalah saat yang kritikal. Kita mesti sentiasa berwaspada terhadap permaianan kotor BN yang mungkin tak terduga oleh akal fikiran kita.
Mengenai pengundi hantu , teman petik kata-kata Mat Sabu yang boleh dibaca disini "Hari mengundi, pagi-pagi lagi kita akan bersedia di tempat mengundi. Sekali ni kita bukan takat baca Ayat Kursi, tapi kalau kita jumpa pengundi hantu, kita pakat kerumun, kita pakai kerusi!"
Teman juga dengan rasa rendah diri ,mencabar sebagaimana cabaran sahabat teman Bakaq aka penarikbeca untuk bermubahalah dengan Pengerusi SPR dan Bang dollah bahawa mereka telah bersekongkol dalam penipuan terancang semasa PRU ke 11 .
Beritahu teman wahai kawan-kawan kalau dalam PRU ke 12 nanti berlaku juga penipuan, akan teman cabar sekali lagi dua makhluk ganjil ini bermubahalah untuk kali kedua!
Teman sanggup lakukan semua ini demi kebenaran .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan