Selasa, 4 Mac 2008

Pas Haramkan Mengundi Calun Bukan Islam?

BN makin tertekan. Tiada perkataan yang sesuai yang boleh melambangkan kegembiraan teman melainkan lafas : "Bagus"!

Rakyat tidak kira bangsa dan agama semakin berani untuk melakukan perubahan.Rakyat semakin geli geleman dengan pembohongan dan putar belit yang tak pernah berhenti. Rakyat semakin bosan dengan kemunafikan kerajaan BN. Mereka mahu tumbangkan kerajaan BN pada 8 Mac nanti. Padan muka!.

Kalau PRU kali ini, BN masih juga tak tumbang, sekurang-kurangnya rakyat berharap sangat untuk menafikan 2/3 majoriti yang selalu diperolehi oleh BN. Besar harapan rakyat!

Semakin bulat tekad rakyat untuk melakukan perubahan maka semakin kuat pula tekad BN dan alat jenteranya untuk memfitnah parti pembangkang. Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pemimpin Pas telah mengarahkan pengundi Islam supaya tidak mengundi calun yang bukan beragama Islam.

Soalnya siapakah pemimpin Pas itu? Tolong berikan kepada teman nama pemimpin Pas tersebut supaya boleh teman pukul kepalanya!.Mereka tidak akan boleh beri nama pemimpin Pas itu.Mereka tahu , mereka sengaja mereka-reka fitnah jahat ini !

Puak yang seumpama orang utan ini mahu melagakan Pas dengan PKR dan DAP. Puak yang seumpama orang utan ini , mahu mengujudkan kebencian orang bukan Islam terhadap Pas yang sejak kebelakangan ini semakin kuat didokong oleh rakyat berbilang kaum dan agama. Fitnah puak yang seumpama orang utan, akan memakan diri mereka sendiri. Rakyat pasti akan ketawa setiap kali puak orang utan ini menabur fitnah. Percayalah cakap teman. Kalau tak percaya tanya, bang Dollah dan Najib yang tahu semua ini adalah fitnah yang nyata!

Rakyat Malaya dari pelbagai kaum dan agama tahu, Pas telah meletakkan seorang wanita India yang bukan beragama Islam bertanding atas tiket PKR di Johor. Kalau mengundi orang bukan Islam , tidak diperbolehkan oleh pemimpin Pas , apa kah jadahnya, Pas letak calun seorang wanita India yang bukan Islam? Saja-saja suka? Main-main?

Sah, BN dan para sekutunya yang terdiri dari Polis dan SPR semakin tersepit. Dah jadi puak desparado , peringkat tertinggi! Kesian dan diucapkan teruskan bermain layang-layang sewaktu hujan turun.

Dulu mungkin orang china kebanyakkannya akan beri undi kepada calun UMNO yang mewakili BN dan tidak pandang sebelah mata pada calun Pas. Tapi keadaan telah berubah.

Begitu juga orang Melayu , dulu mereka tidak akan mengundi DAP kerana berasa lebih berpahala mengundi calun MCA dari BN. Tapi keadaan telah berubah. Orang Melayu semakin cerdik sekarang. Orang Melayu sedar ,tidak ada faedahnya ,mengundi calun MCA, Gerakan atau MIC, kerana mereka adalah makluk perosak yang bernaung di bawah BN yang semakin busuk dan membusukkan.

Sesungguhnya mentaliti rakyat Malaya semakin berubah. Mereka mahu keadilan sosial yang tulin. Mereka semakin berani menolak amalan rasuah dan perbagai perbuatan korup dan mungkar.

Oleh yang demikian persoalan mengenai calun beragama Islam atau bukan islam tidak timbul lagi. Contohnya ,calun Melayu yang bernaung dibawah payung lusuh BN , akan di tolak ke longkang dan rakyat Malaya tanpa mengira kaum dan agama akan memilih calun PAS, DAP atau PKR atau PSM yang bersih dan konsisten dalam perjuangan untuk memartabatkan hak rakyat yang sekian lama dirampok oleh orang utan akhir zaman,tidak lain dan tidak bukan BE-END !

Kalau ada sesiapa yang masih keliru dan ragu untuk mengundi calun bukan Islam dan yang bukan sebangsa , tetapi mereka konsisten dalam memperjuangkan keadilan dan hak rakyat, sila rujuk tulisan Abu Saif disini. (teman suka baca tulisan Abu Saif .Beliau seorang intelektual Muslim yang cukup teman hormati)

Di kesempatan ini teman berterima kasih kepada sahabat seperjuangan, Sdr Kassim Selamat yang mengisinkan teman untuk berkongsi mengunakan logo seperti di atas. Kunjungilah blog beliau disini.

Ingat jangan beri undi pada BN. Undilah Pas, PKR,DAP atau PSM. Dr Mahathir pasti suka!

2 ulasan:

Kassim Selamat berkata...

tima kasih link kan blog teman di entri ini.

di tempat teman pun Dun 24, calon india dari PSM bertanding atas tiket Keadilan.

Yg penting BN ditumbangkan.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Sdr Kassim,

Terima kasih sudi jenguk blog teman yang serba lekeh. Teman juga telah masukkan URL blog Sdr dalam senarai link diblog saya. Senang saya masuk ke blog sdr.
Salam.