Tadi teman, telah menerima SMS. Yang hantar , anak saudara teman. Teman suka membacanya. Ianya tentang lafas niat semasa hendak mengundi. Mungkin SMS ini sudah tersebar luas . Apapun biar teman salin keseluruhan isinya.
Dan kepada kawan-kawan yang belum menerima SMS ini, bolehlah menyalinnya semula untuk dihantar melalui SMS kepada saudara mara dan sahabat taulan. Ini juga salah satu usaha kempen PRU untuk Barisan Rakyat dengan mengunakan kecanggihan teknologi semasa.
SMS itu berbunyi sedemikian: "Setiap perbuatan bermula dengan niat.Niat mengundi ialah:"Sahaja aku masuk Barisan untuk pangkah Bulan kerana Keadilan".
Mungkin kawan-kawan mahu membuat sedikit ubah suai supaya lebih menarik. Moh, kita ubah seperti berikut: "sahaja aku naik Roket untuk pangkah Bulan kerana Keadilan".
Lagi ngam sikit bunyinya, kan?
Bayangkan Dollah anak kepada Ahmad Badawi ,bukan kepalang gumbira sekiranya beliau turut membacanya sehingga melatah-latah : "oh pocuttttttt!..... iblis punya menantu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan