Jumaat, 7 Mac 2008

Pengundi Hantu Cerita Mitos?

Cerita tentang pengundi hantu bukan mitos. Ianya cerita betul. Dollah, Rashid SPR, Musa Hasan pun tahu cerita pengundi hantu adalah cerita benar. Mereka penulis skripnya. Mereka juga pengarah kepada cerita yang sedang ditayangkan di Terengganu dan Kelantan. Walaupun kepala mereka berisikan otak lembu, sampai mampoi mereka tak akan mengaku. Bahkan mereka akan membuat penafian demi penafian. Dalam hal ini, iblis lebih telus dan berterus terang.

Bukti ketelusan Iblis ialah bila makhluk tersebut , yang engan patuh pada arahan tuhan , membuat pengisytiharan di depan Rabbul Jalil, bahawa dia akan menyesatkan manusia. Sesungguhnya makhluk yang bernama iblis , walaupun jahat , sejahatnya ,tetapi dia lebih jujur dan berterus terang menyatakan niat busuknya kepada tuhan.

Bolehkah teman simpulkan bahawa tiga ekor mahkluk yang nama mereka telah teman sebut, telah gagal mengatasi rekod ketelusan dan cakap berterus terang si iblis laknatullah?

Maafkan teman, kawan-kawan. Petang ini teman, kurang berjaya mengawal luapan emosi, bila bercakap tentang pengundi hantu. Mungkin, silap teman juga kerana menalipon kawan-kawan yang sedang berada di Kelantan dan di Terangganu yang memaklumkan bahawa kemasukan pengundi hantu di dua buah negeri tersebut telah bermula. Patutnya teman tidak mengatal menalipon. Tapi nak buat macam mana, tertalipon.

Teman talipon kawan-kawan di Terangganu dan Kelantan, kerana banyak sangat cerita pengundi hantu di siarkan di halaman web atau di blog-blog pro pembangkang. Teman nak mendengar sendiri dari mulut kawan-kawan yang menyaksikan rombongan pengundi hantu yang di angkut oleh beberapa puluh buah bas.

Mengikut cerita kawan-kawan, mereka cuba tangkap makhluk yang disyaki sebagai pengundi hantu, tapi polis melindungi mereka dan membawa ke tempat yang selamat . Alasan polis cukup mudah:mereka pengundi yang berdaftar walaupun tak pernah menetap walaupun sehari di dua buah negeri tersebut!

Teman sebenarnya runsing dengan pengundi hantu. Tidak ada bomoh yang boleh menghalau mengundi hantu jenis ini .Pengundi hantu ,ciptaan secara bersekongkol , tiga ekor mahluk yang namanya telah teman sebut di atas, tak makan saman dengan jampi serapah.

Habis nak buat macam mana?

Kalau silap mengambil tindakan, Pas atau Keadilan akan dicop sebagai pemain kotor dalam PRU ini. Media arus perdana yang berpenyakit babi gila , tanpa belas kasihan akan memutar belit cerita sebenar.

Akhirnya, yang digambarkan sebagai sebaik-baik makhluk di alam maya ialah pemimpin dan penyokong BN. Dan sejahat-jahat makhluk di atas muka bumi ini, ialah pemimpin dan penyokong Pas dan Keadilan.

Oleh itu teman berpesan, jangan mengambil tindakan secara bersendirian. Ikut arahan pemimpin tanpa banyak soal.

Kalau pemimpin kata : "Kita serahkan urusan ini pada Allah". Maka taatilah arahan mereka. Kalau pemimpin kata:"kita kepung dan tangkap pengundi hantu". Maka jangan sekali tidak mematuhi arahan seperti itu.

Habis bagaimana dengan teman? Perlukah dari jauh, teman maki hamun, tiga ekor makhluk yang nama mereka tak perlu teman sebut lagi kerana terlalu geli geleman?

Sebagai seorang Muslim yang percaya kepada keesaan Tuhan , teman berdoa: "Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, hambaMu yang hina dan lemah mengadu padaMu, supaya Engkau datangkan musibah yang berat kepada mereka yang bertanggungjawab dalam mengujudkan pengundi-pengundi hantu. Wahai Tuhan, hambaMu merayu agar Engkau percepatkan kemusnahan Parti mereka . Bantulah kami Ya Allah kerana sesungguhnya Engkau Maha Perkasa"
Amin.

1 ulasan:

KHAIRUL SHOBAH berkata...

Masa saya kecik-kecik dulu ada satu cerita kartun tajuknya GHOST BOOSSTER kejanya tangkap hantu-hantu,sekarang ni cerita tu dah tak di tayangkan kat TV dah.....agaknya memang dah banyak sangat HANTU hingga tak dapat nak di tangkap sebab dah bertukar wajah jadi MANUSIA BERTOPENGKAN HANTU...