Secara peribadi, teman suka pada tulisannya yang bersahaja , ada unsur 'sense of humor ' yang tinggi . Oleh itu dipersilakan kawan-kawan berkongsi pandangan beliau tentang hari mengundi yang tinggal satu hari lagi akan menjelma. Dan jangan lupa untuk berkunjung ke blog beliau yang nicknamenya adalah ja-anuar.
Selamat membaca!
Satu hari lagi:-
-utk kita gunakan hak kita sbg rakyat...
-utk kita nyatakan pendirian kita...
-utk kita jeritkan kepada dunia bahawa suara kita didengar....
-utk kita tentukan siapa yg akan mewakili suara kita....
-utk kita beritahu seisi dunia, inilah cara hidup yg aku mahu....
Dan tinggal satu hari lagi:-
-utk kita laungkan bahawa kita (masih) yakin negara ini selamat didiami....
-utk kita bisikkan, "tak apa2 lah tragedi kematian adik Nurin" atau "lupakan saja adik Sharlinie"....
-utk kita tegaskan, kejadian bunuh, rogol, rompak dan ragut bukanlah perlu dibesar2kan....
-utk kita katakan bahawa tutup shj kedua2 belah mata kita terhadap gejala sosial remaja skg-biarkan sahajalah penzinaan, pembuangan bayi, kehamilan luar nikah atau remaja melarikan diri dari rumah....
-utk kita terus 'mensyukuri' nikmat yg 'mereka' beri..arak di Langkawi lbh murah drp sebotol mineral water, bknkah itu nikmat namanya?....
-utk kita tetap bersetuju bhw rasuah di kalangan si jerung atau si ikan bilis, kita biarkan sj...Biarpun rasuah meningkatkan kos pembangunan negara, ayuh kita tanggunglah sama2 demi memelihara poket dan perut mereka itu..Apalah salahnya kita berkorban demi sepuak dua anak Melayu yang 'patut' kita banggakan pencapaian mereka (walau dgn cara yg sebegitu jijik...)....
-utk kita katakan pd yg begitu jahil, "harga petrol kita masih murah jika dibandingkan dgn negara2 lain"...
-utk kita mengiyakan shj bhw kenaikan harga brg bukanlah atas percaturan sesiapa, tetapi hanyalah satu proses semulajadi....
-utk kita menganggukkan pd kebebasan media yg sememangnya tak pernah bebas drp cengkaman mereka....
-utk kita tetap memaafkan mereka walaupun satu demi satu skandal mereka terbongkar....
-utk kita sabarkan diri, tak mengapa jika bilangan tiang musolla lbh banyak drp bilangan jemaah itu sendiri....
-utk kita terus menerima bahawa sgl bencana alam yg berlaku hanyalah satu proses semulajadi, tiada kaitan dgn kemurkaan Dia Yang Di Atas Sana terhadap kita hambaNya yg selalu 'salah dan bangga dgn dosa2'...
-utk kita tetap menjadi 'blur' dan menerima bulat2 kata mereka bahawa inilah negara Islam sebenar? Pembangunan fizikal sudahpun diseimbangkan dengan pembangunan ruhani..Al Quran dan al hadith kita gunapakai sekadar yg memihak pd kita, yg selebihnya kita pinggirkan sahaja... maka demi pembangunan yg entah apa-apa, kita nafikan shj kesyumulan Islam....
Atau adakah kita akan gunakan hak kita yg terbentang luas satu hari lagi, utk kita jeritkan pada mereka, "KITA PERLU BERUBAH, INILAH MASA UNTUK KITA BERUBAH"...!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan