Jangan hairan bila para artis Malaya berkempen untuk Barisan Nasional. Termasuklah Siti Nurhaliza. Bukan PRU kali ini sahaja, tetapi setiap kali PRU.
Kebanyakan artis yang berkempen untuk BN, bukannya buat kerja ini dengan percuma. Mereka ditaja oleh syarikat korporat keparat yang ada kepentingan, misalnya untuk menunjukkan mereka penyokong hebat kepada BN. Andainya BN menang lagi, syarikat korporat yang keparat akan dapat habuan dalam bentuk projek dan yang sejenama dengannya.
Semalam adik teman, Pengarah Urusan(MD) kepada sebuah anak Syarikat korporat yang besar dan hebat menalipon teman. Dia bercerita " abang ngah tahu tak, saya telah berkampong di sebelah Utara sejak hari penamaan calun. Saya disuruh oleh syarikat induk untuk membawa beberapa orang artis yang baru dan veteren, berkempen untuk BN laknat. Nak buat macam mana, ikutkan sajalah. Kesemua artis itu diberi penginapan hotel empat bintang. Diberi elaun. Pagi-pagi mereka keluar berkempen dari rumah ke rumah. Kebanyakkan mereka tak sembahyang. Balik ke hotel mereka sempat berkaroeke".
Lalu teman bertanya pada adik teman, samaada dia juga berkempen untuk BN.Dia menjawab:" Mujur saya tak disuruh berkempen. Saya cuma urus artis-artis yang berkempen. Adakah saya berdosa bang Ngah".
Maka teman jawab: "Ya kau berdosa kerana bersubahat membawa artis untuk menyokong BN yang korup dan zalim".
Begitulah dialog teman dengan adik bongsu teman yang usianya belum mencecah 40 tahun. Adik teman yang dikasihi, telah teman tarbiyyah dengan perjuangan Islam sejak dia masih bersekolah rendah lagi. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat Universiti dan bekerja, dia pernah menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Pas di kawasan perumahan berhampiran Bandar Sungai Buluh, Selangor.
Dan sekarang alangkan pilu hati teman bila adik kandung terpaksa buat kerja yang mesti dilakukan iaitu, membawa para artis berkempen untuk BN. Semoga Allah mengampuni dosa adik teman.
Teman mahu selepas pilihanraya nanti, Parti Pas khususnya perlu mencari jalan untuk mendekati golongan artis secara lebih agerif.
Memang ada program Pas bersama artis. Tapi masih minima.
Golongan artis perlu dibimbing untuk memahami Islam supaya produk seni yang dihasilkan tidak melampaui syariat. Juga pastikan perjuangan membela golongan artis dijadikan ajenda penting Pas . Isu yang berkaitan dengan kehidupan artis, seperti isu cetak rompak hasil seni golongan artis perlulah diangkat sebagai salah satu perjuangan PAS.
Pernah pada suatu ketika , teman berbual dengan seorang artis yang agak terkenal, mengenai isu cetak rompak. Dia jelas tak puas hati dengan sikap kerajaan yang suka memperalatkan golonbgan artis tetapi tidak begitu prihatin dengan masalah cetak rompak dan kebajikan golongan artis. Maka disinilah Pas boleh memainkan peranan.
Ingatlah wahai kawan-kawan, samada kita sedar atau tidak, golongan artis sesungguhnya mempunyai impak yang tersendiri dalam masyrakat. Oleh itu dekatilah mereka. Fahamilah dunia mereka. Sampaikan mesej Islam kepada mereka. Sampaikan cerita tetang ketidakadilan BN kepada mereka.
Dan jangan abaikan perjuangan untuk membela nasib golongan artis yang kebanyakkannya belum sedar bahawa mereka secara nyata dengan mudah diperalatkan golongan tertentu dan BN dan secara halus pula mereka dizalimi oleh kerajaan BN!
1 ulasan:
aju ajam lalang ke ?
Catat Ulasan