Selepas bang dollah mengumuman kabinet barunya disekitar jam 12 tengahari tadi ,Presiden Pas telah membuat kenyataan media yang teman baca di harakah daily. Kawan-kawan yang belum sempat jenguk harakahdaily sila baca keseluruhan teks kenyataan media Tok Guru seperti berikut:-
PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.
Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.
PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN.
Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANGPresiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)18 Mac 2008
Kalaulah teman jadi Presiden Pas , kenyataan media lebih kurang bunyinya sama tapi dengan sedikit pindaan seperti berikut:-
"PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti akan membantu Barisan Rakyat menumbangkan kerjaaan BN secara total pada PRU ke 13 nanti.
Pas mengucapkan syabas kerana kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas seakan gembira dengan kesilapan yang dilakukanya yang mengakibatkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu sebagai sumbangan terbesarnya dalam membantu Pas dan Barisan Rakyat untuk membenamkan BN ke laut China Selatan empat atau lima tahun akan datang"
Nasib baiklah teman tak jadi Presiden Pas. Memang tak layakpun!
2 ulasan:
salam -
Salam perjuangan untuk islam.
demi melihat peri pentingnya blog kepada masyarakat skrg, maka teman dengan rasa marhaennya, meminta tok sheikh untuk hadir merasmikan blog baru teman,di www.politikbanjar.blogspot.com
Untuk memudahkan mike hadir sebagai perasmi teman minta mike datang ke ruang blog siber teman itu dengan membawa seluruh ahli kabinet baru Pak LeLAH dengan menaiki keldai.,keldai teman sediakan.,kabinet jer yg naik keldai, mike teman bawa dgn BMW pak shahidan ala kasimm yg katanya buleh memberi pinjam pada teman, maklumler lepas ni keter tu nak dicarikan permit teksi gitu..
amarhayat.
Salam Amarhayat,
Teman sekarang sedang menuju ke blog mike dengan mengunakan jet executive bang dollah yang telah teman 'hijack'. Tunggu teman disana....tunguuuuuuuu
Catat Ulasan