Khamis, 20 Mac 2008

Anakku Cintailah Insan Ini Melebihi Cintamu Padaku

Anak-anakku ,aku berpesan banyakkan bersalawat ke atas seorang Insan yang telah meninggalkan jasa yang tidak terhingga dan melaluinya kita menjadi hamba tuhan yang beriman.

Anak-anakku basahkan lidahmu dengan bersalawat ke atas insan yang bernama Muhammad S.A.W. dan basahkan matamu wahai anak-anakku sambil bersalawat supaya hati keras menjadi lembut.

Anak-anakku, cintailah insan mulia ini mengatasi cintamu pada aku seorang ayah yang sentiasa melakukan dosa.


Tiada ulasan: