Semalam teman singgah di blog AlHusseyn.
Dari blog sahabat yang menetap di Ipoh itu, teman dapati ada posting tentang , YB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin Adun Pasir Panjang yang telah dipersetujui oleh Dap ,PKR dan Pas untuk dicadangkan kepada Yang Mulia Raja Nazrin sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Tetapi malam tadi teman mendengar cerita lain pula iaitu , Sdr Anwar Ibrahim telah masuk campur dalam urusan pemilihan calun Menteri Besar Perak yang baru. Anwar dikatakan 'overrule' keputusan kepimpinan DAP , PKR dan Pas di peringkat negeri. Anwar mahu Adun dari PKR yang memenangi DUN Behrang, dicalunkan sebagai Menteri Besar Perak.
Kalau cerita yang teman dengar itu adalah benar, maka teman sedih dan rungsing.
Teman tahu, wakil-wakil Pas yang memenangi 6 kerusi Dun Perak , tidak kisah samada salah seorang dari mereka dinamakan sebagai bakal Menteri Besar ataupun tidak.
Rungsing kepala otak teman memikirkan betapa tidak eloknya perangai Anwar kalau betul beliau bertindak sedemikian.
Kalau betullah cerita tersebut , maka teman dengan ini terpaksa bersetuju dengan kata-kata seorang kawan yang pernah memberitahu teman tak berapa lama dulu bahawa tempoh Anwar Ibrahim dalam penjara selama 6 tahun masih terlalu singkat sehingga beliau tidak sempat untuk bermuhasabah. Silakan bertanya pada Anwar , apakah dosa yang pernah beliau lakukan pada gerakan islam , khusnya Pas sejak awal tahun 1982.
Dan jika cerita campur tangan Anwar adalah sahih , maka jangan salahkan teman kalau teman berpendapat bahawa Anwar masih terbawa-bawa dengan perangai lamanya sewaktu memimpin ABIM iaitu amat suka mengatur agar orang-orang kepercayaannya sahaja , menduduki kerusi exco ABIM Pusat.
Mengikut cerita dari pihak yang lain pula , DAP yang pada peringkat awalnya bersetuju supaya Nizar dicalunkan sebagai Menteri Besar, secara tiba-tiba telah menarik balik persetujuannya mereka. Meraka mahu calun dari PKR untuk menjadi Menteri Besar. Yang mencucuk pemimpin DAP ialah Anwar. Betulkah? Tolonglah ceritakan yang sebenarnya wahai Anwar!
Teman ulangi lagi, bahawa enam orang ahli DUN Perak dari Pas , sebenarnya tidak kisah ,siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Keenam YB dari Pas amat sedar bahawa mereka cuma melukut di tepi gantang. Dan mereka pula ada lah sekumpulan manusia yang telah telah ditarbiyyahkan secukupnya tidak berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan. Orang lain, teman tak tahu!
Atas persetujuan bersdama DAP , PKR dan PAS telah sepakat untuk membentuk kerajaan campuran di Perak . Oleh yang demikian ketiga parti ini perlu bertindak bijak. Kalau tidak, kerajaan yang akan dibentuk bakal menjadi sebuah kerajaan yang lemah dan besar kemungkinan ajalnya akan datang secara mengejut.
Ketiga parti ini perlu sedar bahawa mereka saling perlu, memerlukan. Ingatlah, kemenangan barisan pembangkang di Perak, teramat tipis, iaitu kelebihan tiga kerusi sahaja. Oleh itu tolonglah selesaikan secara baik apa sahaja isu yang berbangkit. Dan kalau betul lagi sahih bahawa Anwar masuk campur secara keterlaluan dalam isu perlantikan Menteri Besar , maka ianya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
Pandangan Saudara Husam Musa , Naib Presiden Pas, yang mahukan BA dibentuk secara rasmi dan dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP yang boleh dibaca disini, perlu disokong dan dimasukkan dalam senarai ajenda utama oleh barisan parti-parti pembangkang supaya perjuangan untuk membela rakyat akan dapat dilaksanakan secara tersusun .
Sampai bilakah sebuah kerajaan campuran boleh bertahan, sekiranya, pakatan politiknya hanyalah berdasarkan lisan pemimpin. Pakatan pembangkang seharus sedar bahawa pakatan yang lemah , akan dijadikan isu oleh kerajaan BN yang pasti akan berusaha untuk melingkupkan kerajaan negeri yang sudah atau sedang hendak dibentuk ini.
Berbalik kepada isu perlantikan Menteri Perak, teman bagaimanapun gembira bila mendapat tahu , bahawa wakil DAP, PKR, dan Pas telah mengadap YM Raja Nazrin petang tadi , untuk mengemukakan tiga nama calun Menteri Besar Perak yang baru .Kemungkinan esok kita akan mendapat tahu siapakah yang akan dapat perkenan Tuanku.
Dan teman mahu menasihati parti DAP dan PKR supaya berkepala dinggin. Jangan biarkan emosi liar menguasai perasaan. Berjiwa besarlah. Contohi kerajaan baru BA di kedah, yang akan melantik satu-satunya ADUN dari DAP sebagai exco kerajaan negeri..
Kalau sungguh , DAP dan PKR adalah sebuah parti yang 'multi racial', tolonglah jangan berperangai seperti UMNO, MCA dan MIC yang berjuang dibawah payung perkauman.
Sewajarnya ketiga parti tersebut mengutamakan seorang tokoh yang akan dapat perkenan dari Tuanku dan tokoh tersebut seharusnya adalah tokoh yang berwibawa dan mampu memacu pakatan ketiga parti tersebut untuk kejayaan yang boleh dinikati oleh seluruh rakyat jelata tanpa mengira agama dan ras.
Teman tak suka pada tokoh yang hanya pandai bercakap tetapi tetapi tak memiliki kompetensi yang amat diperlukan sebagai seorang pemimpin yang berkesan . Teman mahu seorang tokoh Menteri Besar yang sekurang-kurangnya akan membuat Ketua Menteri Melaka , Ali Rustam tersedar bahawa rupanya kepimpinannya setaraf dengan kepimpinan JKKK.
Tokoh yang teman rasa cukup bekemampuan ialah ,YB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Adun Pasir Panjang. Sebab , teman kenal beliau secara peribadi dan tahu perwatakan beliau dan tahu bahawa juga beliau seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri 'transformational leadership' yang faham agama!
Bukan teman sengaja nak penaik Nizar. Cuma nak beritahu kepada orang yang tak tahu!
Sebenarnya teman tak berapa kisah siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak, asalkan Negeri tempat asal usul teman , rakyatnya akan lebih terbela dan menikmati keadilan yang selama ini diabaikan oleh kerajaan BN di bawah pemerintahan kerajaan baru ini!
7 ulasan:
Sheikh, lets just hope itu semua gossip..Bkn kerana saya ni Anwar's die-hard fan.. tak penah pun sebenarnya..Saya rasa deep down, they know siapakah yg lbh layak, cuma nak terima atau tolak hakikat je...Dan saya sgt2 bersetuju dgn Sheikh, wakil2 PAS yg menang tak kisah samada one of them yg jd MB ke tak... Kita dah ditarbiyyah, jawatan bukannya satu peluang tp satu amanah yg akan dipersoalkan di alam sana nanti..
Sultan akan buat keputusan.Kalau satu nama sahaja yg disubmit ptg semalam sudah pasti al Sultan dah endorse cepat2.Campur tangan peringkat pusat yang buat kacau ni!
ni baru permulaan, lihatlah apa yg akan anwar lakukan lagi.
Salam ja-anwar,alhusseyn, dan anwar pengkhianat,
Terima kasih memberi pandangan.
Apa yang tulis adalah berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Bagaimanapun pun ianya tidak benar, maka ianya adalah tidak sihat.
Sekian
Salam ja-anwar,alhusseyn, dan anwar pengkhianat,
Terima kasih memberi pandangan.
Apa yang tulis adalah berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Bagaimanapun pun ianya tidak benar, maka ianya adalah tidak sihat.
Sekian
Salam, jgn cepat sangat salahkan DSAI, walaupun memang ada dalam Suara Keadilan, beliau didakwa PKR bakal MB Perak.
Bagi saya, sesapa pun jadi MB dah tak kisah selagi bukan UMNO-BN, coz Cina DAP memang lebih baik dari Melayu UMNO sendiri.
Kalau Ir. Nizar, lagi bagus. Tiga MB dari PAS. Selebihnya, fikir bagaimana nak jaga kerajaan daripada kera-kera UMNO (MIC, MCA dan Gerakan keranya dah mati).
Pun begitu, saya yakin dengan akhlak dan kesantunan YB PAS yang penuh tarbiah. TQ
Salam Shamnov,
Saya cuma dengar cerita kawan-kawan tentang campur tangan anwar. Kalau cerita itu tidak benar, saya mohon maaf.
Saya akui, faktor Anwar adalah besar dalam mencetuskan kemenangan barisan pembangkang, selain faktor-faktor lain.
Juga saya tak boleh untuk tidak bersetuju dengan saudara bahawa kita lebih rela dipimpin oleh china yang lebih baik dari pemimpin melayu Umno yang korup.
Apapun terima kasih berkongsi pendapat disini
Catat Ulasan