Rais Yatim yang sedang resah kerana takut tidak terpilih sebagai calun BN dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini berkata lebih kurang maksudnya , bahawa para bloggers sepatutnya melihat kelemahan diri sendiri sebelum menghentam dan menyalahkan kerajaan.
Teman jarang bersetuju dengan Rais Yatim yang mempunyai isteri yang paling bergaya walaupun sudah tua. Tapi hari ini, teman bersetuju benar dengan kata-kata bernas Rais Yatim . Sesungguhnya memang wajar sekali para bloggers menilik kelemahan diri sendiri sebelum menghalakan peluru berpandu dalam bentuk kritikan ke arah Kerajaan BN.
Tak perlu teman tuding jari ke arah orang lain. Teman dengan ikhlas hati pada hari ini hendak bercakap tentang kelemahan diri sendiri.
Oh....banyak sangat kelemahan diri ini!
Semasa Rais Yatim dan sekutunya menubuh PartiSemanggat 46, teman turut menyokong kerjasama Pas dan parti tersebut , dimana Rais Yatim menjadi Timbalan Presidennya.
Rais Yatim cukup teman kagumi kerana prinsip perjuangannya. Dia sanggup membakar jambatan supaya dia tidak akan kembali kepada UMNO , terutama dalam keadaan UMNO (baru) adalah anak haram ciptaan matan Presiden UMNO, selepas UMNO (lama) diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak lagi sah.
Kekaguman teman terhadap Dr Rais Yatim semakin membara kerana akhirnya beliau berjaya memperolehi segulung ijazah Phd dari Universiti Singapura dalam bidang Undang-undang , khususnya kajian beliau berkaitan dengan isu Perlembagaan Negara Malaya.
Dengan ilmunya yang luas, dia telah mengkritik beberapa akta, termasuk ISA, yang dianggap tidak sejalan dengan kehendak dan semanggat Perlembagaan Negara.
Tak perlu teman catat satu persatu mengapa teman kagum dengan Rais Yatim. Terlalu banyak.
Bila Parti Angkatan 46, dibubarkan dan ahli-ahlinya, termasuk Rais Yatim , diserap ke dalam UMNO atas alasan untuk memelihara perpaduan Melayu dan Rais kemudiannya dilantik sebagai Menteri yang menjaga undang-undang Malaya, teman mula menyalah dan mengutuk diri sendiri.
Kalau ikutkan hati , mahu teman hentak kepala Rais Yatim ke dinding batu kerana sejak menjadi Menteri , prinsip perjuangannya yang berdasarkan kebenaran telah digadaikan dengan harga yang paling murah demi kepentingan politik peribadinya.
Sesunggunya teman bercakap benar bila teman mengaku bahawa sehingga kini teman masih menyalahkan diri sendiri, kerana pernah menjadi begitu bahalol , mengkagumi dan menyokong Rais Yatim yang ternyata tidak punya harga diri.
Sepatah perkataanpun tak pernah teman hamburkan untuk menyalahkan kerajaan BN , di atas kebahlolan dan kelemahan teman yang pernah menjadi bodoh pada satu ketika dulu kerana mengkagumi Rais Yatim. Biarlah teman akui kelemahan diri sendiri.
Dengan pengakuan teman ini, Rais Yatim sewajarnyalah , menyemak balik tuduhannya terhadap para bloggers.
Para bloggers yang pernah berada dalam kem pembangkang di hujung tahun 80an pun , teman fikir , sanggup untuk menyalahkan diri sendiri kerana sebab yang sama: iaitu dengan bodoh dan bahlolnya , menyokong dan mengkagumi anak si Yatim!
Bukan perkara yang mudah bagi teman membuat pendedahan tentang kelemahan diri sendiri yang boleh memalukan tiga generasi pewaris teman yang bakal mendatang.
Generasi pewaris teman tentunya akan menyesal bila mereka mendapat tahu tentang kelemahan ,ketololan dan kebangangan teman yang pernah menjadi bodoh , sebodohnya kerana menyokong dan mengkagumi Rais Yatim pada suatu ketika dulu yang rupanya tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulin.
Kepada anak-anakku dan bakal pewaris generasi teman, jadikan pengakuan kelemahan seorang blogger tua ini sebagai iktibar dan panduan yang berguna dalam menjalani liku-liku kehidupan.
Dan jangan sekali dicontohi segala kelemahan dan kebodohan ini.
Namun jangan pula tidak berani untuk menyatakan kelemahan diri sendiri supaya keturunan Rais Yatim tahu bahawa keturunan Sheikh Teluk Intan dan kawan-kawan seperjuangannya , dengan izin Allah akan terus berjalan dengan berani , membawa obor perjuangan kebenaran sehingga dunia kiamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan