Khamis, 21 Februari 2008

Jangan Bising Kalau Khairy Bertanding:Ada hikmahnya

Banyak cakap tentang Khairy Jamaluddin(KJ) akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti.Ada yang mengatakan, bang dollah tak akan mengisinkan KJ bertanding. Bang dollah kononnya takut sekiranya Kj bertanding, pembangkang dan musuh Khairy dalam UMO akan menjadikan ianya sebagai isu.

Dan kalau bang dollah berani mengisinkan KJ bertanding, maknanya bang dollah dengan sengaja hendak memecah tradisi yang dipertahankan oleh empat bekas PM Malaya yang tidak pernah mengisinkan anak atau menantu bertanding dalam pilihanraya umum.



Dalam isu khairy ini, teman rasa tidak salah bagi bang dollah mengisinkan anak menantu, intan payungnya bertanding dalam pilihan raya. Jangan sekali ada sesiapa yang mengatakan, sekiranya Bang dollah mengisinkan Khairy bertanding, maka ini bererti buat pertama kali bang dollah memecah tradisi.


Adakah kita lupa, bahawa bang dollah telah memecah tradisi UMNO apabila mengisinkan anak menantu intan payungnya terlibat secara aktif dalam politik sehingga menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO?


Bukankkah keizinan bang dollah membenarkan anak menantu, gemala hatinya, memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO , merupakan satu percubaan pemecahan tradisi yang tidak pernah dilakukan oleh empat bekas Perdana Menteri Malaya yang tidak pernah mengisinkan anak atau menantu memegang jawatan penting dalam UMNO?.


Yang teman cuba nak beritahu, bang dollah yang mukanya tebal sepuluh inci, adalah pakar dalam memecah tradisi kerana tahap kemaluannya semakin mengejut .


Oleh itu teman nasihatkan marilah kita sama-sama memberi motivasi pada bang dollah untuk mengisinkan anak menantu, belahan jiwanya, bertanding dalam PRU nanti.


Lagipun, anak menantu , jantung hati bang dollah adalah pemuda Malaya yang paling 'genius' dan mempunyai akhlak yang mulia setakuk lebih tinggi dari darjat orang utan. Dan jangan kita pura-pura lupa kelebihan ketara anak menantu, gemala hati bang dollah ialah dia adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya.



Sedih juga hati teman sekiranya,Khairy naib Ketua Pemuda UMNO Pusat tak diizinkan bertanding sedangkan exco yang darjat mereka lebih rendah dari Kairy boleh pula bertanding.


Sekiranya anak menantu, belaian jiwa, bang dollah bertanding ,percayalah rakyat akan lebih dapat mengenali siapa sebenar bang dollah dan menantunya.


Faham tak maksud teman ni?!


Dan pengendali blog wwww.antikhairy.blogspot.com boleh edarkan klip video yang didakwakan ada kaitan dengan Khairy yang lebih panas dari klip Video bekas Menteri Kesihatan.

Dan kita akan melihat bang dollah mengikut skrip VK Lingam yang mungkin akan berkata :'rupa dan suaranya macam Kairy, tetapi bukan Khairy".


Percayalah cakap teman , PRU ke 12 kali ini akan semakin meriah!dengan penyertaan Khairy si anak orang utan.


Manakala nasib bapak mertua kepada menantu si anak orang utan pula akan menjadi tandatanya?


Oleh itu jangan bising bila Khairy Bertanding.

Kalau nak bising juga , tunggu semasa kempen pilihanraya. Cikgu Bard diharap dapat berdepan dengan Khairy dimana saja anak orang utan ini bertanding.

Kita akan lihat nanti adakah si khairy yang menyatakan nak muntah bila dengar DSAI bercakap tentang rasuah akan betul-betul muntah. Teman fikir, Cikgu Bard boleh mengajar Khairy erti hidup sebagai manusia selepas sekian lama jadi anak orang utan dan akhirnya terpaksa menelan muntahnya sendiri!

Tiada ulasan: