ToK guru Nik Aziz pun masih tak tahu lagi rupaya.
Oleh kerana Tok guru tak tahu, maka dia telah meletakkan lebel "Orang Utan'kepada puak UMNO.
Alasan Tok Guru Nik Aziz adalah mudah: kalau tak mahu pada Islam dan syariatnya, maka sesiapa sahaja, khususnya UMNO adalah orang utan.
Menurut Tok Guru lagi, perkataan yang diguna olehnya masih dikira lembut kalau hendak dibandingkan panggilan 'binatang' sebagaimana Allah sebut dalam al Quraan kepada spesis yang menolak islam atau menerima sebahagian dan menolak sebahagian lain ayat-ayat Allah.
Dalam erti kata yang lain , pada perkiraan Tok Guru Nik Aziz, gelaran 'orang utan' kepada spesis UMNO masih dikira ringgan, sesuai, tepat dan coooooooorect!
Akibat kenyataan Tok Guru Nik Aziz maka riuh rendahlah pemimpin UMNO , termasuk Tok Pa, Menteri Pengajian Tinggi , kerajaan Sementara Malaya , yang berkata penglabelan tersebut akan memalukan puak UMNO, khususnya di Kelantan.
Tok pa cuba nak memberitahu pada rakyat bahawa orang UMNO terpaksa menahan seribu kemaluan, bila mereka digelar sebagai 'orang utan' setiap kali mereka muncul di khalayak ramai.
Mungkinkah , semasa kempen pilihanraya nanti,Tok Pa akan memakai topeng, supaya rakyat Kelantan, tak mengelarkan beliau sebagai Orang Utan. Jelas sekali, Tok Pa dan sekalian spesis UMNO yang sewaktu dengannya takut sekali apabila digelar sebagai 'orang utan'.
Mereka lebih rela digelar sebagai kaki menyundal , kaki rasuah, kaki komisyen, kaki clubbing, kaki tidur waktu bekerja, kaki bohong SeMalaya dan pelbagai gelaran yang menjijikan tapi tolonglah jangan sekali memanggil mereka sebagai 'orang utan'.
Tok guru Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa beliau tak akan menarik gelaran 'orang utan'kepada puak UMNO. Rupanya Tok Guru Nik Aziz tahu bahawa kelemahan puak UMNO yang tersembunyi selama ini , ialah ketakutan yang teramat sangat kalau mereka dicap sebagai orang utan.
Dalam hal ini teman tak rasa bersalah sedikitpun untuk memberi satu tabik hormat kepada Tok Guru Nik Aziz yang lebih cekap mengesan satu kelemahan yang selama ini tak disedari oleh rakyat mengenai puak UMNO.
Walaubagaimanapun,teman masih tertanya-tanya adakahkah Tok Guru juga seperti Mahfuz Omar , Ketua Penerangan Pas Pusat, tak tahu bahawa puak UMNO, terutama ketua kabilahnya iaitu, bang dollah dan sekutunya, adalah terdiri dari makluk yang suci, sesucinya.
Disebabkan kesucian spesis UMNO ini, maka muncul beberapa ekor Ahlul Kitab aliran Ahlul Sunnah Wal Punah Ranah ,yang mengatakan bahawa adalah satu dosa besar menentang pemimpin UMNO selagi mereka tidak menghalang umat islam mengerjakan sembahyang.
Secara tersurat dan tersirat beberapa ekor ulamak yang berselindung dibalik hadis Nabi, yang dibaca secara literal, cuba memberitahu bahawa pemimpin puak UMNO adalah di antara makluk yang suci di alam maya ini .
Oleh itu jangan sekali dicerca , apatah lagi menentang pemimpin dan puak UMNO yang serba suci dan menyucikan serta telah berbakti pada umat ini ditahap tertinggi yang saban waktu melakukan 'ritual' menyapu bersih khazanah negara untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni!
Andai kata Tok Guru Nik Aziz masih tak tahu, teman ingin bertanya , tidakkah ada sesiapapun dikalangan umat Islam di Malaya berkesempatan untuk memberitahu Tok guru Nik Aziz tentang kesucian pemimpin UMNO yang bersih dari dosa dan noda ?
Dan perlukah kita membisikkan ketelinga Tok Guru Nik Aziz bahawa kesucian pemimpin dan pengikut UMNO secara langsung atau tidak , telah disahkan oleh beberapa ahlul kitab Mazhab Ahlul Sunnah Wal Punah Ranah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan