Malam tadi teman pergi menziarahi seorang ustaz yang lama menetap di Syria. Tujuan teman adalah untuk mendapat rawatan dari beliau. Kaedah rawatan beliau, diantaranya membetulkan urat saraf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Selepas sessi rawatan, kami berbual. Beliau banyak bercerita tentang bumi syria yang terdapat ramai ulamak yang hebat dari segi ilmu dan akhlak. Dia memberitahu teman, kalau ingin mendalami ilmu ugama pergilah ke Syria.
Dia juga menceritakan beberapa buah gerakan Islam di Timur Tengah dari segi uslub perjuangan. Sempat juga dia menceritakan tentang gerakan wahabi yang berselindung di balik nama salafi, yang siang malam melakukan kerja membidaahkan amalan umat , tetapi sanggup berkerjasama dengan pemerintah yang korup dan zalim.
Walaubagaimanapun, teman cukup tertarik dengan cerita beliau mengenai seorang pendekar di Indonesia yang mempunyai ilmu kesaktian yang menjadikan beliau takbur.
Diringkaskan cerita, pendekar tersebut telah berwasiat kepada anaknya, sekiranya beliau mati, kebumikanlah mayatnya berserta sebilah pedang yang sakti. Lalu, anaknya bertanya , apa perlu dibawa pedang yang tak akan memberi apa-apa manfaat di alam kubur. Maka dijawab oleh pendekar itu dengan bangganya: "Aku mahu berlawan dengan mungkar nangkir di alam barzah nanti".
Tak lama kemudian pendekar itu pun mati. Ramailah anak muridnya menguruskan jenazahnya.
Tetapi sebaik sahaja, kuburnya siap dikambus dan upacara membaca talkin hendak dimulakan, secara tiba-tiba kubur yang baru dihuni oleh jenazah pendekar tersebut meletup dan memuntahkan mayat pendekar yang sudah bersepai.
"itulah akibat sikap takbur pendekar tersebut yang menyangka dia dapat mengalahkan mungkar nangkir dengan kesaktiannya. Ana harap, Khir Toyo yang bercakap takbur bahawa BN telah menang dalam pilihanraya , walaupun pilihanraya belum lagi diadakan segera bertaubat. Takut nanti bila dia mati , kuburnya meletup seperti nasib yang menimpa kepada pendekar yang angkuh dan takbur yang baru ana ceritakan kepada anta" kata ustaz tersebut sebelum teman melangkah kaki turun dari pejabatnya di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi,malam tadi.
2 ulasan:
Assalamualaikum,
Saya baru bloghop dari blog lain. Baca cerita menarik ttg pendekar Indonesia. Ni kisah benar ke atau hanya kisah yg memberi pengajaran?
TQ.
Saya yg ingin tahu,
Amal.
Salam Amalina,
Mengikut Ustaz yang mencerita kisah ini kepada saya, cerita pendekar sakti yang angkuh itu adalah benar. Berulang kali saya minta kepastian dari ustaz berkenaan, dia mengesahkan berulangkali juga bahawa cerita yang disampai adalah benar.
Cerita benar itu, memberi pengajaran kepada yang masih hidup supaya jangan takbur dengan kekuasaan tuhan Pencipta alam dan segala isi didalamnya.
Wallahua'lam. Salam.
Catat Ulasan