Malam tadi teman cuba update blog ini. Tapi mata teman terlalu mengantuk. Tersenguk-senguk teman mengadap laptop .
Oleh kerana terlalu mengantuk, teman tutup laptop. Dan selepas itu teman layan rasa mengantuk. Baru hendak terlelap, isteri teman ingatkan teman, untuk makan ubat. Dengan langkah longlai, teman ikut perintah permaisuri rumah.
Selepas teman telan lima jenis pil, teman pun masuk ke bilik untuk tidur. Teman mahu tidur sepuas-puasnya. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, banyak masa teman dihabiskan di studio. Teman mahu berkerja keras demi melaksanakan tugas menyiapkan album lagu. Walaupun, teman sangat lemah, tapi teman terpaksa bekerja kuat.
Bila bercakap tentang kerja kuat,teman teringat bang dollah. Jarang betul, teman lupa tentang peribadi cemerlang tersebut yang hampir masuk lima tahun menjadi PM Malaya.
Melalui tulisan penarikbeca, teman tahu ada berita tentang ucapan bang dollah yang memberitahu rakyat Malaya bahawa dia berkerja kuat.
The Star online melaporkan:
PENANG: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he works very hard to carry out his responsibility to all Malaysians.
“Some of you can say that I’m not good, you can say whatever. But don’t say that I don’t work.
“I work very hard. I really mean it and you know it,” he said to applause from those who attended the Chinese Assembly Hall’s Chinese New Year open house yesterday".
Teman dapati ramai bloggers yang mengulas ucapan bang dollah. Kesian betul teman pada bang dollah , kerana ramai bloggers membuat ulasan secara sinikal,skeptikal, analatikal,dan entah apa-apa lagi yang hujungnya ada sukukata 'kal'.
Sebagai seorang rakyat yang setia, teman terpaksa menahan diri dari ketawa dan emosi yang keterlaluan bila mendapat tahu bahawa bang dollah mengisytiharkan diri sebagai seorang yang sangat kuat bekerja.
Kalau ikutkan emosi yang keterlaluan,mahu rasanya teman ketawa sambil berguling-kuling dari kamar tidur hingga ke ruang tamu.Siapakah yang tak akan ketawa bila bang dollah yang terkenal sebagai kaki tidur nombor 1 Malaya, tiba-tiba berkata: “I work very hard. I really mean it and you know it"?.
Timbalan bang dollah, Najib Razak pun teman bayangkan ketawa setengah mati bila mendengar kenyataan bossnya.
Kak Fidah, taukeh AP pun turut ketawa terbahak-bahak kerana kegelian hati yang tak terhingga dan akibatnya beliau kehilangan suku kilo berat badannya.
Sami Vellu, pun ketawa macam bekas hero Filem Taimil , Siwaji, sambil berkata: "ini uranggggg ada cakap betul kah?".
Oleh kerana teman bayangkan kesemua para menteri bang dollah dan ramai rakyat jelata ketawa semahu-mahunya apabila mendengar atau membaca kenyataan bang dollah, teman sebagai rakyat yang setia cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa walaupun setenggah kojol teman menahan diri untuk ketawa.
Dengan semanggat yang membara , teman cuba bersimpati dengan bang dollah. Oleh itu terpaksalah teman berpura-pura sedih atas sikap para menteri serta rakyat yang bunyi ketawa mereka kedengaran melantun sehingga ke bintang Kejora.
Biarkan teman seorang memikul rasa sedih dan simpati yang tak terduga terhadap bang dollah.
Kesian teman memikirkan nasib malang bang dollah yang siang malam dikatakan suka tidur dari bekerja. Dalam ertikata yang lain bang dollah dituduh sebagai PM yang tak kuat kerja kalau dibandingkan dengan bossnya dulu.
Teman dapat rasakan apa yang bang dollah rasakan. Teman tahu , bang dollah sudah tak boleh bersabar lagi dengan kata-kata kawan dan lawan yang amat menghinakan.
Dan kerana itu, bang dollah terpaksalah bertindak. Tindakan yang wajar dilakukan disaat pilihanraya umum hampir tiba ialah mengeluarkan kenyataan yang bang dollah adalah seorang PM yang kuat bekerja berhempas pulas.
Masihkah ada sesiapa selepas ini yang mahu terus ketawakan , kenyataan bang dollah yang cukup berterus terang itu ?
Khusus buat bang dollah, teman akan memberi kata-kata perangsang yang akan menjadikan bang dollah lebih kuat bekerja. Kata-kata perangsang itu adalah seperti berikut:-
"Wahai bang dollah yang diingati, jangan pedulikan mereka yang ketawa terhadap kenyataan tentang betapa kuatnya bang dollah bekerja.
Abang dolah perlu memperteguhkah azam dan tekad untuk bekerja lebih kuat dan keras lagi untuk menidurkan diri akibat sentiasa diburu oleh rasa mengantuk peringkat tertinggi.
Abang dollah mesti terus bekerja kuat untuk memperkayakan lagi para kroni dan ahli keluarga sebelum bang dollah turun tahta.
Abang dollah kena kuat bekerja untuk mengikut kehendak anak menantu yang kemaruk sangat hendak menjadi PM termuda di Malaya.
Abang dollah mesti kuat kerja untuk mengekalkan kedudukan sebagai PM Malaya yang paling terbangang di dunia ini.
Abang dollah mesti berkerja dengan kuat dalam menabur janji-janji bohong untuk membangunkan modal insan dan negara kita.
Dan jangan lupa abang dollah mesti melipatgandakan kerja kuat untuk membelasah timbalan bang dollah yang sekarang sedang mengumpul kekuatan untuk menikam abang dari belakang.
Akhir kata , selamat bekerja kuat wahai bang dollah! dan tak sangka hari ini, mood teman cukup baik sehingga tak terfikir untuk menyokong bang dollah dengan tulisan yang penuh dengan nasihat yang cukup memberangsangkan!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan