Perdana Menteri Malaya, bang dollah hari ini, setelah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong, telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa serta-merta hari ini 13 Feb,2008.
Pembubaran Parlimen pada tarikh 13 Feb 2008, secara langsung mengesahkan bahawa bang dollah percaya kepada kesaktian angka 13.
Ah, pergi jahanam dengan kepercayaan bang dollah yang telah mengkeramatkan angka 13!
Yang penting sekarang adakah parti pembangkang, telah benar-benar bersedia dari segi mental dan fisikal untuk menghadapi pilihanraya umum?.
Persediaan parti pembangkang tentu amat terbatas kalau hendak dibandingkan dengan kemampuan BN. Seluruh penduduk langit dan bumi tahu benar bahawa BN akan mengunakan seluruh alat jentera kerajaan untuk memastikan kemenangan akan berada ditangan mereka.
Politik wang akan digunakan semaksima yang mungkin. BN tidak ada masalah dalam soal kewangan. Wang akan datang dari sebelah kiri dan kanan serta dari depan dan belakang.
Tak perlu bang dollah dan BN membaca mentera beribu kali, wang untuk dibelanjakan untuk tujuan kempen dan membeli undi , pasti akan disumbangkan oleh taukeh judi, arak, dan syarikat korporat yang keparat. Golongan penjahat ini mahu BN kekal sebagai sebuah kerajaan. Mereka tahu hanya BN yang sanggup dan rela untuk mengadaikan maruah agama,bangsa dan negara demi kepentingan kelompok yang berkepentingan.
Rasanya, parti pembangkang sudah masak dengan perangai busuk BN. Walaubagaimanapun teman , ingin bertanya lagi adakah barisan pembangkang telah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang tidak adil, bersih dan telus?.
BN dengan kerjasama SPR, Polis dan berpuluh ajensi sesungguhnya tidak akan mengumumkan pembubaran Parlimen, kalau segala bentuk penipuan, putar belit dan yang seumpama dengannya masih diperingkat perancangan yang belum siap untuk dilaksanakan.
Setelah yakin bahawa perancangan untuk membelit, menipu dan memutar akan mencetuskan kemenangan besar, maka barulah bang dollah mengumumkan pembuburan parlimen. Dan teman masih tak jemu bertanya , apakah barisan parti pembangkang akan dapat mengatasi ajenda BN yang serba kotor dan menjijikan?
Apapun, sekotor mana permainanan BN, teman terpaksa akur bahawa parti pembangkang tidak ada pilihan yang banyak , melainkan terpaksa bertarung di medan pilihanraya umum yang telah dirancang dan dipasak dengan seribu macam jenis penipuan dan manipulasi.
Teman menyokong pendapat yang mengatakan, penipuan BN dalam PRU ke 12 kali ini akan menjadi berlipat kali ganda, mengatasi penipuan yang pernah dilakukan semasa PRU tahun 1999. Tahap demokrasi di Malaya akan lebih merundum ke tahap terburuk, iaitu -0.
Tapi apa pilihan yang pembangkang ada? Jawabnya:pilihan tidak banyak . Dan yang pasti barisan pembankang akan terus ditipu kerana yang ditentang adalah sebuah gabungan parti-parti politik yang berkepala otak PENIPU.
Hanya satu pilihan yang paling utuh yang boleh dilaksanakan oleh Pas ,khususnya, iaitu mengadu kepada Allah supaya segala penipuan BN akan memakan diri bang dollah dan para sekutunya!
1 ulasan:
alhamdulillah walaupun kita kalah dari zahirnya namun kita menang disisiNya.
Kulim Beringin Homestay
Tel: 019-4721736
Email: muizz_z@yahoo.com
Catat Ulasan