Anak teman yang paling bongsu masih bersekolah rendah. Tahun ini dia akan ambil UPSR.
Walaupun umurnya baru nak masuk 12 tahun, tetapi dia sudah mempunyai beberapa buah blognya sendiri.
Dia juga teman dapati mempunyai ciri kepimpinan. Teman harap , bila dia habis belajar nanti, dia akan menjadi pejuang islam dan akan menjadi pemimpin Pas.
Malam tadi selepas teman pulang dari studio, dia bertanya teman bilakah dia boleh bertanding dalam pilihanraya.
Lalu teman jawab: "apabila umur adik , 21 tahun, adik layak mengundi dan layak bertanding".
"Ya Allah lambatnya". anak teman berkata dengan nada mengeluh .Dia seperti tak puas hati.
"Tak lambat dik. Sekarang adik belajar sampai menjadi orang yang bijaksana dan perkuatkan ilmu dan semangat perjuangan Islam. Lepas tu, adik boleh jadi ahli Pas dan jadilah pejuang yang tulin kerana Allah dan Rasul".
"Sebenarnya walid, adik dah tak sabar untuk berjuang kerana adik nak lawan TPM" kata anak teman , bersemangat.
"Apa pasal adik marah pada TPM Malaya. Bukankah dia seorang insan yang mulia".
Maka anak teman pun menjawab. "Cuba walid baca ini. TPM berkata: “Pemusnahan Kuil Padang Jawa di Klang beberapa hari sebelum Deepavali, tidak akan berulang dan “di pihak mereka, mereka silap, kami minta maaf.”
Dan berkatalah anak teman lagi: "Mengapa TPM tak minta maaf pada orang Melayu Islam kerana UMNO juga robohkan surau. Mengapa walid?"
Teman terpaksa berfikir untuk memberi jawapan yang sesuai buat anak teman yang sedang ternanti-nanti sebuah jawapan.
Sebelum teman menjawab, anak teman pun berkata:" Adik fikir sikit hari lagi, UMNO akan menjadikan ugama Hindu sebagai agama rasmi yang kedua selepas Islam di negara ini".
Sungguh teman tak sangka, anak teman boleh berfikir sampai ke tahap itu memandangkan usianya masih belum lagi mencecah 12 tahun. Rupanya, anak teman yang seorang ini dari segi daya fikirnya telah mendahului usianya.
Sebagai ayah, teman bangga. Lalu teman peluk dia. Dan teman melafaskan:" Wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikan anak hambamu ini, mujahid terbilang"
Selepas teman melepaskan anak bongsu tersayang dari pelukan yang penuh dengan kasih sayang yang sukar untuk dihuraikan, anak teman pun berkata lagi: "Adik berjanji, bila habis belajar di Universiti, dan adik boleh bertanding , adik akan lawan manusia fasik seperti Najib"
Lalu teman pun menjawab: "Semoga Najib belum jadi mayat semasa adik nak lawan dia ".
"Tak lama lagi, walid. Lebih kurang sepuluh tahun lagi. Pemimpin Umno ramai yang fasik dan munafik .Bak kata walid , selalunya, umur mereka panjang".
Malam tadi teman semakin mengenali potensi anak bongsu yang seorang ini.
3 ulasan:
:) ana doakan adik capai cita2.
Salam Abu Fatihah,
Terima kasih mendoakan anak teman.
Adik. Di kampus pun boleh bertanding. Bukan sekadar PRK, tetapi PRU dengan syarat berani mendepani AUKU.
Najib bertambah pening jika mahasiswa Malaysia seperti adik sudah berkeputusan sebelum graduan untuk menentangnya.
zainulfaqar.wordpress.com
Catat Ulasan