Jumaat, 25 Januari 2008

Soalan Untuk Cik Wahab: Adakah Nama Anak Anda Muawiyah?

Teman selalu baca tulisan Faisal Tehrani diblognya. Teman juga mempunyai beberapa buah novel hasil garapan beliau. Teman cukup menghormati beliau sebagai seorang novelis muda yang berbakat besar dan prolifik. Beliau juga kerap meraih kemenangan dalam sayembara Sastra. Kalau Allah panjangkan umurnya, dia mungkin bakal merangkul gelaran Sasterawaan Negara pada suatu hari nanti.

Baru sekejab tadi teman baca tulisan beliau yang bertajuk 'Cik Wahab' dan tulisan beliau sebelum itu , yang bertajuk 'Kita Menolak Yazid Bukan Kerana Karbala Sahaja' di blognya.

Yang dimaksudkan oleh Faisal Tehrani sebagai cik wahab ialah pengikut Wahabi/salafi. Dalam tulisannya yang agak panjang ,dia mengkritik golongan Cik Wahab yang sejak zaman berzaman, membela Yazid bin Muawiyah.

Hujah beliau memang ada klas. Walaupun dia seorang pengikut aliran Sunni, dia tidak mengikat akalnya seperti kebanyakkan pengikut aliran Sunni yang menutup pintu akal untuk mengkaji mazhab Ahlul Bait. Maka tidak hairanlah, dia amat membenci pendokong yang mengelarkan diri sebagai pengikut Cik Wahab yang lidah mereka mengaku mencintai ahluh bait tetapi dalam masa yang sama bermatian mempertahankan tokoh seperti Yazid yang terkenal dalam sejarah , bertindak kejam dan zalim terhadap Ahlul Bait Rasulullah S.A.W.

Cik Wahab sejak dari dulu hingga kini masih membela kezaliman Yazid dan sekutunya, dengan mengunakan dalil dari sumber yang boleh dipertikaikan dan sengaja membutakan mata dari melihat dalil-dalil kekejaman Yazid dan sekutunya yang terdapat dalam teks Ulamak Sunni yang ikhlas dan teks(sumber) pendokong aliran Ahlul bait. Seolah-olah tahap kesarjanaan Cik Wahab bergantung kepada tokoh yang bernama Yazid bin Muawiyah.

Sebenarnya teman tidak gemar menulis tentang polimik yang berkaitan dengan aliran wahabi/salafi dan aliran Ahlul Bait. Tetapi bila membaca tulisan Faisal Tehrani , beliau sesungguhnya telah berjaya mengugah pemikiran teman dipagi buta ini yang akhirnya memaksa teman menulis sedikit ulasan sebagai sokongan teman terhadap Faisal Tehrani yang berani menyatakan kebenaran.

Di kesempatan ini teman hendak bertanya kepada pengikut Sunni yang totok serta puak wahabi/salafi: "Mengapa saudara-saudara suka menamakan anak-anak dengan nama ahlul bait seperti Ali, Hussin dan Hassan , tetapi tidak pernah teman dengar umat Islam di Malaya dan di kebanyakan negara umat Islam, menamakan anak mereka dengan nama Muawiyah?".

Bukankah Muawiyah adalah salah seorang sahabat Nabi yang diceritakan bahawa debu yang berterbangan bersama kudanya adalah lebih mulia dari seorang Muslim yang kuat imannya?

Kalau boleh, pengikut wahabi/salafi atau gelaran ringkasnya Cik Wahab , segera jawab soalan teman yang mudah ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Dalam sejarah Islam di alam Melayu boleh dikatakan penggunaan nama Muawiyah hampir tiada dinamakan kepada insan2 muslim Melayu. Nama yg ada di alam Melayu penggunaan nama yg masyhur adalah seperti Muhammad,Ali,Fatimah, Hassan, Husain,Ja'far,Musa,Zainal-Abidin,Zainab,Sakinah,Maryam,Asiah,Khadijah,Ruhana dll adalah ada kaitannya dengan golongan Islam yg awal yg membawa masuk dan di perkenalkan adalah Islam dari golongan Ahlul-Bayt. Apabila golongan Ahlul-Bayt diancam dan dibunuh pada zaman Bani Ummaiyah dan Abbasiyah maka golongan ini merantau keluar dari Hijaz hingga ke alam Melayu. Maka dengan itu kita lihat ramai orang Melayu di Malaya nama mereka di ambil dari nama2 Ahlul-Bayt kerana untuk mendapat syafaat dari mereka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam ,pas 14 bintang.

Komen akhi boleh diterima. Sungguh bernas dan punya susur galur sejarah. Teman sebenarnya cukup bersimpati dengan golongan Ahlul Bayt yang zaman berzaman ditindas seolah mereka berdosa pada umat ini.

Mengapa kita tidak ambil perhatian, semasa mendirikan solat kita ucapkan salawat ke atas Rasulullah S.A.W dan ahli keluarganya. Diluar sembahyang secara tidak langsung kita lebih membela golongan yang menumpahkah darah ahlul bayt.

Sepatutnya kita lebih mencintai ahlul bayt. Imam Syafie juga disebabkan terlalu mencintai Ahlul Bayt, pernah dituduh sebagai Syiah sedangkan beliau adalah ulama Sunni yang ikhlas.

Kita berharap semua umat Islam tidak kira Sunni atau Syiah dapat disatukan. Musuh Islam sentiasa memerangi umat ini, tanpa mengira kita sunni atau syiah.

Terima kasih kerana sudi menulis komen yang tambah mencerahkan kefahaman teman. Salam.

Tanpa Nama berkata...

A`kum wbt

Saya juga cintakan ahlul bayt. Dalam keadaan yg sama, saya tak mengkafirkan Muawiyyah. Saya tak kafirkan para sahabat.

Musuh Islam ada banyak. Kalau musuh yg jelas, mudah kita nak lawan. Tapi, kalau musuh yg samar ni mcmana?

sheikh teluk intan berkata...

Salam syawal,

Pandangan syawal adalah baik sekali. Kita tidak boleh mengkafirkan sesiapa yang diketahui mengucap dua kalimah shahadah, termasuklah Muawiyah r.a.

Muawiyah r.a adalah diantara sahabat Nabi S.A.W. Pengorbanannya kepada perkembangan Islam.Beliau merupakan sahabat Nabi S.A.W yang telah membina angkatan tentera laut Islam yang pertama.

Mengkafir sahabat Nabi S.A.W , termasuk Muawiyah adalah satu dosa yang besar.

Terdapat dua golongan yang ektrim. Satu golongan yang mengkafirkan beliau dan sahabat yang lain. Kedua, golongan yang secara berlebih-lebihan mengutamakan beliau dari ahlul bayt.

Kita kena bersikap adil, iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan sebenarnya.

Sebagai umat akhir zaman, kita harus berusaha mendekatkan golongan yang ektrim ini.Memang kerja itu sukar. Banyak usaha telah gagal. Tapi kita jangan mengalah untuk terus berusaha.

Di antara kegagalan mendekatkan kedua golongan ini berpunya dari sikap kita yang bermula dengan sangka buruk yang keterlaluan.

Saya juga bersetuju bahawa musuh Islam bersepah dimuka bumi ini. Baik syiah (yg bukan ghulat), mahu pun sunni(yg bukan ghulat)akan dianggap musuh dan ditentangi oleh musuh Islam.

Tentang musuh yang samar, kita mesti kena kenalpasti terlebih dahulu siapakah mereka. Bila sudah dikenalpasti, barulah perhitungan boleh dibuat.

Memang musuh yang samar adalah musuh dalam selimut yang amat merbahaya.

Minta maaf, kalau terdapat pendapat saya yang salah. Saya sentiasa membuka pintu untuk ditegur.

Terima kasih. Wasaalam.