Betulkah bang dollah pantang dicabar?
Kalau betul, teman cabar bang dollah supaya menangguh pembubaran Parlimen sehingga 14 April 2008. Selepas dari tarikh tersebut, pandai-pandailah bang dollah untuk tetapkan tarikh pembubaran parlimen dan seterusnya PRU 12. Ada berani bang dollah?
Kalau bang dollah sambut cabaran ini, teman sanggup hadiahkan bantal yang berisikan kekabu asli dari pokoknya yang masih terdapat dibeberapa tempat diHilir Perak. Sarung bantalnya, diperbuat dari kain baldu yang disulami dengan benang keemasan. Sarung bantal itu, adalah diantara pusaka tinggalan nenek teman yang berasal dari Tapanuli Selatan, Sumatera,Indonesia.
Teman, percaya, bantal yang akan dihadiahkan pada bang dollah nanti boleh meningkatkan prestasi Bang dollah sebagai kaki tidur yang cemerlang, gemilang dan temberang. Bantal tersebut juga kalau digunakan saban malam akan membawa bang dollah ke alam mimpi yang indah: Mimpi berpelukan penuh kasih sayang dengan bekas boss bang dollah yang bernama Tun Mahathir.
Sebenarnya teman serius hari ni bang dollah! . Oleh kerana itu sambutlah cabaran teman.
Teman tahu, bang dollah pantang dicabar!. Dalam batang tubuh bang dollah mengalir darah kepahlawanan Hang Batangkali dan Hang Botak Chin. Dan bagi meningkatkan lagi suhu semangat kepahlawanan yang mengalir dalam tubuh bang dollah, maka sekali lagi, teman cabar bang dollah untuk menangguhkan tarikh pembubaran parlimen dan PRU12 sehingga 14 April.
Untuk pengetahuan bang dollah, bukan sengaja teman mencabar kerana semata-mata hendak mencabar. Cabaran teman bersebab.
Sebab pertama, bang dollah sendiri sendiri cakap yang lebih kurang maksudnya,tarikh pilihanraya tidak ada kena mengena dengan DSAI. Kalau PRU diadakan sebelum 14 April 2008, ianya bukan petunjuk bahawa bang dollah mahu supaya DSAI tidak bertanding dalam PRU nanti. Maknanya, faktor DSAI tidak pernah ada dalam senarai bang dollah dalam menentukan tarikh PRU ke 12.
Berdasarkan kenyataan bang dollah tersebut , teman boleh buat sementara bersetuju dengan bang dollah bahawa bahawa DSAI bukan ancaman besar kepada UMNO/BN.
Tapi bang dollah, kebanyakan rakyat Malaya sedang bising. Mereka kata , bang dollah terpaksa dan terdesak untuk mengadakan PRU 12 sebelum DSAI layak bertanding selepas 14 April 2008. Maknanya rakyat secara langsung menuduh bang dollah sebagai seorang yang teramat bacul kerana takutkan pengaruh DSAI dan kerana itu terpaksa mempercepatkan tarikh pilihan raya supaya tidak menjangkau pertengahan April 2008.
Untuk membuktikan bang Dollah bukan bacul, sebaculnya, teman terpaksa mencabar bang dollah yang pantang dicabar, supaya menangguhkan PRU 12 bagi membolehkan DSAI bertanding dalam PRU nanti!
Sebab kedua, Timbalan bang dollah yang bibirnya merah seolah bergincu, baru-baru ini telah menyatakan bahawa PKR adalah ringkasan dari perkataan: Parti Kurang Relevan. Kata-kata Timbalan abang dollah adalah jelas sekali , tersangatlah angkuh.
Tidakkah Timbalan abang dollah sedar bahawa kebanyakkan rakyat Malaya , sejak peristiwa September 1998, bukan saja mengatakan bahawa UMNO adalah parti yang tidak relewan dalam era globalisasi dan perlu dibenamkan ke laut China Selatan , tetapi mereka juga cukup memandang rendah, serendah-rendahnya terhadap Timbalan abang dollah yang menang di Parlimen Pekan pada tahun 1999 disebabkan undi Pos.
Tanpa undi Pos, Timbalan bang dollah yang juga suami kepada Rosmah, mungkin sudah lama menjadi kucing kurap dalam UMNO.
Amat menyedihkah , Timbalan abang dollah yang hampir menjadi kucing kurap itu masih belum insaf dan terus dengan keangkuhan yang nyata. Secara sengaja Timbalan bang dollah menghina PKR kerana matlamat beliau sebenarnya ialah mahu menghina DSAI , Ketua Umum PKR yang dikatakan tidak berpengaruh lagi dalam dunia politik Malaya.
Timbalan bang dollah itu, sengaja lupa bahawa dia banyak berhutang jawapan dengan DSAI yang sering bertanya apakah Timbalan abang dollah itu terlibat sama dalam kes Altantuya dan beberapa isu yang melibatkan komisyen beratus juta ringgit. Rakyat melihat, Timbalan abang dollah yang seorang ini , menyerupai setan bisu yang takut untuk berdepan dengan DSAI!
Untuk membuktikan bahawa PKR adalah 'Parti Kurang Relewan' sebagaimana tuduhan Timbalan abang dollah baru-baru ini , maka teman cabar supaya bang dollah tangguhkan PRU 12.
Sesungguhnya sebagai seorang rakyat yang berhemah tinggi , teman tak sanggup untuk melihat nama bang dollah terpahat dalam senarai 'Guinness World Record ' sebagai seorang pondan tua yang bacul , sebaculnya kerana mengadakan PRU ke 12 sewaktu DSAI, Ketua Umum PKR yang telah dihina oleh Timbalan abang dollah , tidak diberi peluang untuk bertanding dalam PRU yang bakal diadakan .
Cubalah abang dollah bertanya pada diri sendiri: 'adakah aku boleh bersabar kerana dilabelkan sebagai seorang pondan tua yang bacul yang hanya sanggup bertempur dengan PKR yang tidak relewan itu , semasa Ketua Umumnya diikat kaki dan tangannya?".
Kalau bang dollah tak sanggup dilabelkan sebagai pondan tua yang bacul, maka sambutlah cabaran teman ini! Ada berani ?
Sebab ketiga, teman sendiri mahu melihat DSAI bertanding dalam PRU. Teman tahu DSAI boleh bertanding dalam pilihanraya kecil dikawasan Parlimen dimana calun PKR menang dalam PRU nanti. Calun PKR yang menang , tentu sanggup untuk mengundurkan diri dan memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.
Walaubagaimanapun teman berpendapat PRU ke 12 nanti akan lebih meriah, sekiranya DSAI dapat bertanding. Satu dunia akan memberi perhatian kepada negara kita semasa PRU nanti kerana DSAI adalah diantara tokoh politik yang bertaraf dunia . Dan bang dollah percayalah cakap teman bahawa Malaya akan mendapat liputan media yang meluas dari seluruh dunia.
Secara tidak langsung , negara kita akan lebih di kenali di seluruh penjuru bumi ini tanpa perlu mengabiskan puluhan juta ringgit untuk menarik pelancung melawat Malaya. Maka lebih ramailah pelancung dari seluruh pelusuk bumi akan berbondong-bondong melancung ke Malaya .Sudah tentu ianya akan memudahkan kerja Engku Nan yang nasibnya belum tentu dapat bertanding dalam PRU kali ini!
Dan cuba bang dollah bayangkan bahawa bang dollah akan jadi panglima perang yang tidak bacul bagi pihak UMNO/BN untuk bertempur dengan DSAI yang akan menjadi panglima perang bagi pihak PKR/BA dalam PRU ke 12 nanti.
Sekiranya bang dollah mengikut nasihat dan cabaran teman ini, pasti satu dunia akan menghormati bang dollah , sebagai seorang panglima perang yang benar-benar anak jantan dan bukan panglima perang yang bercirikan pondon tua yang bacul, sebacul-baculnya!
Dalam kesempatan ini, teman tak teringin langsung nak ulas kata-kata sinikal, anak Tun Hussin Onn terhadap DSAI.
Walaupun DSAI bukan lagi salah seorang mentor teman sejak tahun 1982, tetapi kalau hendak dibandingkan anak Tun Hussin Onn dengan DSAI, ianya adalah seperti langit dan bumi.
Anak Tun Hussin Onn yang seorang ni, kehebatannya hanyalah pada senyumannya yang boleh sampai ke telingganya dan pada suaranya yang apabila bersyarah seperti suara kaldai.
Kehebatan anak Tun Hussin Onn amat bertentangan 180 darjah dengan kehebatan DSAI yang mana, senyumannya sahaja boleh menguggat keimanan beribu wanita yang telah dan belum berkahwin dan syarahannya pula cukup sedap didengar oleh telinga manusia kerana suaranya seindah kicauan burung di waktu pagi.
Sebelum teman berhenti menulis sekali lagi teman berseru: SAMBUTLAH CABARAN TEMAN, WAHAI BANG DOLLAH.
Kalaulah , bang dollah tak berani menyahut cabaran teman yang semudah ini, maka perintahkan Jeanne Abdullah supaya memeriksa biji telor bang dollah supaya dapat diketahui berapa biji yang masih tinggal!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan