Pada hari selasa minggu depan, Presiden UMNO akan menyampaikan taklimat/amanat kepada perwakilan dari semua peringkat Negeri dan Bahagian UMNO di Malaya berkaiatan dengan PRU12.
Dan dapat teman rasakan, kebanyakkan pemimpin UMNO bahagian merungut bila dipanggil untuk mendengar amanat Bang dollah. Mereka tahu betapa siksanya telinga mendengar ucapan Bang Dollah yang tidak ada mesej penting selain dari mengulangi point-point yang biasa mereka dengar. Mereka juga tahu, betapa pedihnya mata menahan mengantuk mendengar ucapan yang mendatar dari pemimpin yang tidak punya karisma, tetapi perlu disokong dengan penuh kepuraan , kerana bang dollah ada kuasa sakti untuk menyepak keluar atau menerima nama calun-calun UMNO yang dicadangkan untuk mewakili BN dalam untuk pilihanraya Umum yang semakin dekat.
Para perwakilan akan mendengar point-point amanat/taklimat bang dollah yang diramalkan seperti berikut:-
1. Kita kena pertahankan kemenangan tahun 2004 walau apa cara sekalipun. Kita jangan menipu dalam pilihanraya nanti. Bapak saya cakap , berdosa menipu. Oleh itu kita guna SPR untuk tipu. Yang berdosa SPR. Kita terlepas dari dosa. Betul tak?
Dijawab oleh perwakilan UMNO: Betullllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
2. Kita kena jual seribu janji kepada rakyat. Biar rakyat khayal.Bila menang bukan semua janji kita boleh tunaikan kerana kita insan yang lemah. Rasanya tuhan tak cop kita sebagai munafik kerana kelemahan insan. Betul tak?
Dijawab oleh perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
3. Setiap hari mesti ada berita saya atau menteri-menteri saya melawat kampung atau bantu orang susah. Atau membuat pengumuman skim-skim bantuan yang boleh menjadikan Parti kita sebuah parti yang dilihat terlalu mengambil berat ke atas penderitaan rakyat untuk 'cover' balik kata-kata pembangkang bahawa saya sejak jadi PM telah mengkayakan anak menantu, saudara mara dan kawan-kawan. Betul tak?
Dijawab oleh perwakilan UMNO sambil ketawa: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
4. Setiap pemimpin UMNO wajib setiap hari pergi ke masjid dan jadi imam sembahyang. Kalau tak tahu macam mana nak jadi imam sembahyang, belajarlah dengan Timbalan saya. Dia dah pandai sejak belajar dengan Rosmah. Biar rakyat tahu, kita mahukan Islam lebih dari Pas. Nanti kalau menang besar, tuan-tuan bolehlah jenguk balik tempat yang selalu dikunjungi. Saya tahu ramai yang nakal. Tapi tolonglah di musim pilihanraya ni, berhentikan kenakalan dan berlagaklah sebagai seorang wali tuhan. Sejuk hati rakyat melihatnya. Betul tak?
Dijawab oleh para perwakilan UMNO : Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
5. Dalam pilihanraya umum nanti, saya akan letakkan lebih ramai muka-muka baru sebagai calun. Orang lama jangan marah. Saya dan berpuluh orang lama tetap bertanding kerana kerja saya dan mereka belum selesai. Di antara calun muda yang akan bertanding ialah Khairy. Bukan kerana dia menantu saya tapi dia orang nombor dua penting dalam Pemuda UMNO .Tambahan pula dia ada wibawa, berpelajaran tinggi dan agresif. Saya juga akan cuba tarik seorang dua orang kuat NGO dan agama yang ada nama besar, untuk jadi calun BN. Sekarang usaha perbincangan sedang dijalankan. Dengan demikian rakyat akan melihat kita menyediakan pemimpin pelapis yang boleh memajukan negara. Dengan langkah ini, saya yakin kita boleh menang besar. Betul tak?
Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betullllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
6. Saya juga bercadang untuk mengistiharkan cuti umum seluruh negara sempena Thaipusam mulai tahun ini. Kalau boleh, semua pemimpin UMNO pergilah ke Batu Caves pada hari tersebut untuk bersama-sama 'berwill-will Aru Gra" dengan Samy Vellu. Kalau ada pemimpin Umno sanggup pikul kawardi semasa perayaan itu, tentu ianya lebih baik kerana ia melambangkan bahawa UMNO turut gembira dengan sambutan Thaipusam. Dengan berbuat demikian, tentu rakyat yang berugama Hindu tak lagi marah pada UMNO kerana isu HINDRAF. Undi orang hindu penting untuk memenangkan UMNO dan BN. Betul tak?
Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
7. Oleh kerana mata saya dan tuan/puan dah kuyu kerana mengantuk, maka kita berehat sebentar untuk tidur secara berjamaah. Selepas itu saya sambung lagi program taklimat ini untuk sessi soal jawab. Dalam sessi soal jawab ini, kesemua ahli Majlis tertinggi akan bersama saya untuk menjawab soalan dari tuan-tuan dan puan-puan. Bukan saya tak boleh jawab soalan-soalan yang susah, tetapi saya nak juga 'test' kebolehan Ahli Majlis Tertinggi yang bijak sini dan bijak situ. Betul tak?
Dijawab oleh para perwakilan UMNO: Betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
2 ulasan:
Lawan tetap lawan walaupun padang tak rata...
lawan tetap lawan walaupun mati.
itulah matlamat para mujahid tulin, mati syahid. semi Allah dan Rasul.
mati dalam perjuangan islam itu paling baik dan afdhal yang diiktiraf Allah dan Rasulnya.jangan kamu mati selain mati dalam Muslimun. pasang niat untuk mempertahankan ugama Islam dan maruah semoga Allah perkenankan, macam tentera Rasulullah menentang kafir Quraisy diawal perkembangan islam di Madinah.
bukan macam pejuang umno/bn demi kepentingan perut dan dibawah perut semata-mata walaupun mengaku islam hahdari dan seumpamanya tapi kelakuan dan tindakan bertentangan AlQuran dan As-Sunnah Rasul.mirip-mirip kelakuan firaun, qarun, abdullah bin ubai bin salul. ada akai ke tak de akai orang umno/bn ni????
Catat Ulasan