Teman rasa nak sokong UMNO. Ramai umat Melau Islam pun sokong UMNO. Tanya pada kawan-kawan blogger seperti Si Kuda Kepang, Sang Kelambai, Marina Mahathir, dan ramai lagi, mereka secara langsung atau tidak langsung masih menyokong UMNO.
Sayang mereka pada UMNO tak pernah padam. Yang mereka benci cuma Presiden UMNO, iaitu Bang dolah al-hadhagari. Mereka benci Bang dollah, bukan kerana bang dollah tak lawa. Bukan batang tubuh bang dollah yang dibenci. Mereka benci pada pemikiran dan tindak tanduknya. Pemikiran dan tindak tanduk bang dollah, boleh memusnahkan negara.
Bila bang dollah , ditakdirkan turun tahta, kita tengok apakah mereka akan menentang Najib. Sekiranya, Najib tidak banyak beza dengan pemikiran dan tindak tanduk bang dollah, mungkin mereka tetap menghalakan mariam yang sama yang pernah dihalakan pada Bang dollah.Kalau Najib macam bapaknya, yang dikatakan banyak berjasa pada bangsa, negara dan agama, tentu mereka kurang bising atau terus senyap.
Oleh itu tidak hairanlah mereka mahu bang dollah turun tahta dengan segera. Harapan mereka pada Najib amat tinggi. Jarang sekali, mereka menyentuh Najib. Kalau Najib disentuh dalam tulisan di blog mereka, sentuhan itu lebih merupakan sentuhan kasih sayang.
Oleh sebab itu , kebanyakan mereka yang membenci bang dollah tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR atau Pas. Kerana apa ? Jawabnya kerana mereka masih sayang pada UMNO, walaupun ada yang telah dipecat dari parti tersebut. Mereka mungkin bersetuju dengan pendapat Mahyuddin Yasin bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu Umno.
Mungkin mereka beranggapan bahawa perjuangan PKR yang merupakan parti pelbagai kaum dan dibayangi oleh Bro Anwar masih terkapai-kapai dengan dasar perjuangan yang masih diseluputi kekaburan. PKR , mengikut kiraan matematik mereka yang mudah, masih susah untuk diterima oleh masyarakat Malaya yang masih terperangkap dalam kotak perkauman.
Manakala, Pas pula mungkin mereka anggap , perjuangannya terlalu idealistik, iaitu untuk menerapkan syariat tuhan secara total dibumi Malaya, yang sukar untuk diterima oleh masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Maka pilihan yang unggul dan selamat, ialah terus menyokong UMNO, tetapi tidak menyokong Presidennya yang dianggap paling bebal dan banggang dalam sejarah kepimpinan UMNO.
Oleh itu jangan hairan kalau mereka ini tidak sealiran dengan perjuangan Pas yang menganggap bahawa UMNO/BN adalah merbahaya kepada Umat. Pas percaya tindak tanduk UMNO, yang meminggirkan syariat Tuhan telah mendatangkan bencana dalam pelbagai bentuk dari sudut akidah, moral, krisis pemikiran, membiaknya gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, peningkatan kadar jenayah dan seribu macam bencana yan lain.Kepada mereka, UMNO tidak bahaya. Yang merbahaya ialah sikap mental dan tindak tanduk yang serba banggang bang dollah sebagai Perdana Menteri.
Mungkin sikap blogger yang masih sayang pada UMNO dan membenci kepimpinan Bang dollah serta campurtangan menantunya, menyebabkan Najib dalam diam merestui para blogger seperti ini. Najib mungkin meratip siang malam supaya lebih ramai lagi bloggers yang sebegini akan muncul untuk mendesak, membalun, mengasak bang dolah dari pelbagai sudut.
Disinilah bezanya teman dengan para bloggers yang sayangkan UMNO tetapi mahu bang dollah yang tidak mampu mengurus negara dengan cemerlang dinyahkan dari persada politik Malaya. Teman, bukan setakat tidak bersetuju dengan bang dollah, tetapi lebih dari itu membenci UMNO, sebenci-bencinya.
Bukan, teman saja-saja suka membenci UMNO. Kebencian ini bermula semasa teman mula mengerti mana satu perjuangan yang hak dan batil khususnya di era kebangkitan Islam di tahun 70an. Dan dalam usia yang masih muda , teman telah berani menyatakan bahawa UMNO adalah paksi segala kejahatan di Malaya. Dan tidak seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain, teman tak pernah menyeru baik dalam ceramah mahupun perdebatan supaya UMNO mengubah dasar perjuangannya kepada Islam yang sebenar kerana menganggap permintaan seperti itu adalah sia-sia seperti memohon iblis berhenti jadi iblis. Mana bisa!
Oleh itu teman dengan ini menyokong sepenuhnya kempen bahaya UMNO/BN kepada umat dan kalaulah teman hendak menyokong UMNO maka ianya mestilah dilihat dalam konteks sokongan yang tak berbelah bahagi teman terhadap penghapusan UMNO dari muka bumi ini!
Peduli apa teman bila tidak dianggap sebagai orang Melayu lagi . Dan adakah kerana kemarapuan melampau si Mahyuddin Yassin yang menyamakan UMNO dan Melayu , mampu untuk mengubah takdir tuhan terhadap teman yang dilahirkan sebagai Melayu?.
Sesungguhnya kemarapuan si Mahyuddin Yassin tidak banyak bezanya dengan cakap-cakap zaman berzaman tukang lawak UMNO yang mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan