"Program solidariti anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dijadualkan malam ini di Dataran Merdeka telah ditunda ke 5 Januari 2008 bagi memenuhi kehendak pihak polis untuk mendapatkan permit.
Wakil Pusat Sokongan Keluarga (PSK) GMI, yang juga isteri tahanan ISA, Norlaila Osman, memberitahu Harakahdaily, bahawa GMI memutuskan untuk menangguhkan program tersebut bagi mendapatkan permit polis.
"GMI bukan sebuah badan yang tidak mematuhi undang-undang. Jadi, kita akan mohon permit polis sebagaimana yang mereka mahukan," kata beliau. Petikan Dari Harakahdaily.
Teman tabik hormat kepada GMI kerana menangguh program solidariti untuk mendapatkan permit polis kerana "GMI bukan sebuah badan yang tidak mematuhi undang-undang".
Bagusssssssssssss. Soalnya,adakah Polis Malaya sudah jadi pasukan yang penyayang yang akan memberi permit semudah memetik ibu jari ditangan?
Jangan marah, kalau teman ramalkan, Polis Malaya yang diketuai oleh Musa Hassan, sudah terbiasa menjadi boneka kerajaan BN dan kerana itu , HAMPIR PASTI TIDAK AKAN MEMBERI permit seperti yang dikehendaki oleh GMI. Lainlah, kalau Musa Hassan dah hilang akal, lalu mengarahkan pegawainya meluluskan permohonon permit tersebut.
Tapi susah bagi Musa Hassan mengalami kehilangan akal sebab, akal beliau dijaga baik oleh Bang dollah dan geng. Oleh itu sekali lagi, jangan marahkan teman, kalau berkata dengan nada sinikal "malammmmm sikit!"
Seperti kebanyakkan rakyat, teman pun dah lama bosan dan meluat dengan sikap Polis Malaya dan Kerajaan Otakkunokratik iaitu BN (semoga laknat Allah keatasnya). Puak ini sudah lama tak tahu berbahasa manusia. Puak ini, seperti yang digambarkan oleh sebaris bait puisi Allahyarham, Chiril Anuar:" binatang.....dari kumpulan yang terbuang".
Sebagai cadangan alternatif, apa kata, pihak GMI mengadakan perhimpunan solidariti pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka, juga di Bukit Bintang , serta di Dataran KLCC atau dimana-mana saja dimana terdapat manusia berhimpun beramai-ramai tanpa permit untuk menyambut kedatangan tahun baru 2008.
Di tengah malam itu tak perlu pihak penganjur GMI berucap sebutirpun , tapi cukup sekadar meminta seluruh pendokong membawa sepanduk yang mengecam akta laknat yang bernama ISA.
Percayalah pemimpin BN dan bonekanya iaitu Polis Malaya tentu teramat gembira , kerana malam sambutan tahun baru tersebut disambut secara meriah dengan konsert dan sepanduk!
Kalau pendapat teman ini, bunyinya bodoh, tak payah ikutlah. Teman sekadar beri pendapat!
1 ulasan:
Saya sokong cadangan tu. Ianya mempunyai serampang dua mata. Kalau polis buat sekatan maknanya tak ramai orang datang bermaksiat pada malam tu. Kalau polis lepas bebas, kita kuningkan KL sekali lagi pada malam tahun baru.
Satu cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh BERSIH.
Catat Ulasan