Kalau BN mahu terus berkuasa sampai kiamat, disini dicadangkan satu akta baru yang perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan dan tidak menjadi masalah untuk diluluskan kerana yang menguasai lebih dari 2/3 kerusi perlimen adalah spesis BN.
Dengan akta yang dicadangkan ini, rakyat akan menjadi lebih tunduk kepada pemerintahan BN.
Berikut adalah cadangan nama AKTA baru tersebut: AKTA Perintah Sampai Kiamat( APSK)
Di antara kandungan akta yang dicadangkan adalah seperti berikut:
PERKARA 1 : Perdana Menteri Malaya tidak perlu merujuk kepada Yang Dipertuan Agung dalam semua perkara.
PERKARA 2: Rakyat tidak dibenarkan mengkritik pemerintahan yang ada, baik melalui lisan atau tulisan. Kalau mengkritik juga, otomatik rakyat ditahan dibawah ISA.
PERKARA 3: Rakyat tidak dibenarkan berkumpul dimana-mana tempat awam lebih dari seorang.
PERKARA 4; Rakyat hendaklah memberi tabik hormat kepada PM, Para Menteri dan Timbalan Menteri setiap kali berjumpa dengan mereka dimana-mana sahaja di alam maya ini.
PERKARA 5: Semua parti politik melainkan parti-parti komponen Barisan Nasional adalah diharamkan
PERKARA 6: Semua media cetak dan eletronik secara otomatis menjadi milik Kerajaan Barisan Nasional.
PERKARA 7: Kesemua Universiti IPTA dan IPTS tidak dibenarkan mempunyai perwakilan pelajar yang dilantik melalui pilihanraya. Perlantikan akan dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaya.
PERKARA 8: Kesemua jawatan No 1 sehingga yang paling bawah , samada disyarikat GLC, Badan Berkanun , Kerajaan dan Swasta akan dipegang oleh ahli-ahli berdaftar dengan parti-parti yang bergabung di bawah BN(termasuk polis Malaya)
PERKARA 9: Pilihanraya akan diadakan tetapi rakyat tiada pilihan melainkan mengundi BN
PERKARA 10: Perdana Menteri Yang dilantik akan memegang jawatan tersebut sampai nafasnya yang terakhir.
PERKARA 11: Sekiranya terdapat perkara-perkara seperti diatas bercanggah dengan Perlembagaan, maka pindaan terhadap perlembagaan akan dibuat supaya bersesuaian dengan akta baru ini.
Demikianlah secara ringkas cadangan akta baru ini. Perinciannya akan dirangka oleh Jawatankuasa Khas, yang terdiri dari pemimpin tertinggi Barisan Nasional dengan kerjasama Ayah Pin ,Presiden Kerajaan langit serta para Mufti yang terpilih.
Adalah diharapkan akta yang dicadangkan ini, akan meningkatkan imej negara di mata dunia kerana akta ini mempunyai ciri-ciri keadilan tahap tertinggi kepada kerajaan Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan