Rabu, 26 Disember 2007

Susah Hendak Jumpa PM? Cuba Minta Tolong Pada Mufti Perlis

Permohonan untuk berjumpa dengan Bang dollah oleh Parti Pembangkang dan beberapa buah NGO pada 12 Disember yang lalu, bagi membincangkan beberapa isu, belum menampakkan sebarang riaksi positif. Bang dollah masih berdiam diri.Membatu dan membisu seribu bahasa.

Jangan tanya mengapa Bang Dollah boleh sesenang hati bertemu dengan DAMAI kerana semua orang tahu jawapannya. Tapi kita boleh bertanya, mana janji Bang dollah untuk mendengar suara dan keluhan rakyat? Adakah wakil pelbagai NGO dan Parti Pembangkang, sejak dari dulu lagi telah tidak dianggap rakyat yang sah oleh Bang Dollah?

Harakahdaily memetik kenyataan Haji Mustafa Ali,Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat,"Kita masih memberikan masa kepada PM untuk mempertimbangkan permintaan kita untuk mengadakan pertemuan tersebut,"

Huhhh, susah. Memang susah untuk berjumpa dengan orang sesuci bang dollah.Tapi masih ada orang yang boleh bersabar untuk menunggu kesediaan Bang dollah untuk mengadakan pertemuan. Walaupun mereka tahu bahawa Bang dollah seolah-olah duduk di atas kayangan dan malas nak turun ke bumi untuk bertemu dengan rakyat jelata!

Oleh itu teman mencadangkan Mufti Perlis memujuk Bang dollah untuk bersetuju menerima kunjungan wakil NGO dan pembangkang.

Mengapa Mufti Perlis? Sebabnya, Mufti Perlis sering berkata, bahawa untuk menegur pemerintah hendaklah mengikut tertib iaitu dengan cara bersemuka , bukan dengan cara menegur dari jauh. (Tapi lihatlah, betapa sukarnya untuk bertemu dengan seorang Perdana Menteri yang 'makamnya'tinggi).

Jangan salahkan Mufti Perlis kalau dia berkata sedemikian. Setiap hujah Tuan Mufti Perlis ada sandarannya, iaitu hadis Nabi. Maklumlah dia seorang pakar yang amat faham ilmu hadis dari segi tektual dan kontektualnya.

Dan mungkin juga dia masih terasa-rasa zaman kegemilangan pemerintahan Islam lebih dari seribu tahun dulu masih berlarutan hingga ke zaman pemerintahan Sheikh Imam Abdullah Badawi Al Islam Hadhari, dimana rakyat boleh bersemuka dengan khalifah dari pagi hingga petang dan dari malam hingga subuh.

Oleh itu, Brother Anwar, pemimpin NGO dan pembangkang yang lain , bolehlah minta bantuan Mufti Perlis! Harap-harap janganlah dia akan berkata:"Ini bukan tugas saya sebagai Mufti".

Tiada ulasan: