Khamis, 15 November 2007

Rupanya Rashid Dah Tahu Bila Pilihanraya!

MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya.

"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," katanya.

Sambil menjelaskan bahawa bahangnya semakin hampir, beliau mengingatkan semua pihak supaya membuat persiapan kerana SPR tidak mahu sesiapapun yang ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

"Jika SPR giat membuat persiapan, maka pihak lain termasuk parti politik, juga perlu membuat persiapan," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka di sini khamis.

Taklimat itu antaranya berkaitan peranan dan tanggungjawab pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.
Bermula di Melaka hari ini, SPR akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat serupa di setiap negeri.

Abdul Rashid berharap bahawa selepas selesai SPR semua taklimat itu yang dijangka mengambil masa sebulan setengah, pilihan raya mungkin dapat diadakan.
Abdul Rashid, yang pernah menjadi Setiausaha SPR dan telah menguruskan enam pilihan raya umum, berkata pilihan raya di negara ini sentiasa dijalankan secara adil, bebas dan telus mengikut undang-undang sedia ada.
"Undang-undang yang sama masih terpakai sekarang dan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan undang-undang itu, saya rasa patut mereka jangan salahkan SPR. Dia kena cari saluran untuk menentukan supaya pihak berwajib diyakinkan bahawa undang-undang itu patut dikaji," katanya.
Beliau berkata SPR sedia untuk berdialog dengan mereka yang menuduh kononnya SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus.
-- BERNAMA


Oii lidah bercabang sepuluh ! Kau dah tahu rupanya bila pilihanraya Umum akan diadakan. Tentu bang dollah yang beritahu kau. Tak sangka, bang dollah dah dapat ilham, tarikh pilihanraya. Maknanya, bang dollah tak boleh jawab lagi "belum dapat ilham", bila ada sesiapa bertanya bila pilihanraya akan diadakan.

Sekiranya selepas ini bang dollah masih berkata dia tak tahu kerana belum dapat ilham , kita minta Wak Khir Toyo, Tokoh Pemberi Hadiah Penyapu Nombor 1 Malaya , menghadiahkan penyapu kepada bang dollah kerana berbohong!

Dan bila kita baca kenyataan si lidah bercabang sepuluh ni dan tidak tahu kepakarannya dalam bercakap berbelit-belit , nescaya kita akan berkata " Oh, Pengerusi SPR ni sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini kerana dia dengan penuh rasa tanggungjawab telah memberi nasihat bernas agar setiap parti politik membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya".

Tapi nak buat macam mana kerana ramai dah tahu Pengerusi SPR lidahnya bercabang sepuluh. Dan mungkin ramai yang ketawa setenggah mati bila beliau seterusnya menyatakan bahawa SPR sanggup berdialog dengan mereka yang menuduh SPR tidak adil dan telus.

Oii, Rashid macamlah kau tak pernah berdialog dengan beberapa buah parti pembangkang yang bukan setakat menuduh SPR tidak adil dan telus bahkan telah mengemukakan bukti ketimpangan SPR dalam mengendalikan PRU tahun 2004. Kalaulah semuanya dah beres, apakah jadahnya rakyat berhimpun pada 10/11 Sabtu lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus ? Saja-saja suka Ye? Rasid..Rashid apa nak jadi dengan kau!

Teman minta sesangat supaya sudilah apakiranya , Wak Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada si Rashid kerana di dapati gagal mengubah perangainya!

Tiada ulasan: