Sejak ada ura-ura untuk mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat,teman cuba memikir baik buruknya. Jangan salah faham, teman suka kalau perhimpunan yang lebih besar dapat diadakan. Biar bang dollah dan gengnya tahu bahawa kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung. Tapi teman rasa, gelombang kuning boleh kita kekalkan momentumnya melalui pelbagai cara. Cadangan memakai baju T atau baju yang lain asalkan berwarna kuning pada setiap hari sabtu adalah sesuai bagi tujuan mengekal momentum tersebut.
Pada pendapat teman yang dangkal ini, perhimpunan 10/11 telah berjaya menghantar mesej yang jelas dan yang terpenting , memorandum BERSIH telah selamat dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agung. Hanya sekira ada memorandum lain yang hendak dikumukakan, atau ada ajenda lain seperti ceramah terbuka dari tokoh-tokoh penting BERSIH di Dataran Merdeka atau dimana sahaja di KL ,maka perhimpunan kali kedua dikira sesuai untuk diadakan dalam tempuh terdekat ini.
Teman takut ,rakyat yang asalnya bersimpati dengan gelombang kuning, akan mual bila tak sampai sebulan perhimpunan 10/11 diadakan , maka perhimpunan yang lebih kurang sama tujuannya diadakan lagi . Apatah lagi asakan dari media arus perdana yang akan bersikap seribu kali kurang ajar memburuk-burukkan perhimpunan yang akan datang sehingga berjaya memerangkap minda rakyat biasa. Lebih parah lagi , kalau bang dollah dan polis merancang sesuatu yang diluar jangkaan sehingga rakyat tertipu dan termakan dengan permainan kotor diluar jangkaan. Bang dollah dan Polis boleh buat apa sahaja kerana syaitan tok guru mereka. Takut Pas dan parti pembangkang lain terperangkap dan dikambinghitamkan.Dan dalam keadaan itu pilihanraya umum diisytiharkan.
Oleh yang demikian teman rasa,lebih wajar difikirkan tentang persiapan pilihanraya yang bila-bila boleh diadakan. Takut nanti, bang dollah secara mengejut membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan semasa kita asyik bersiap sedia untuk mengadakan satu lagi perhimpunan raksasa.Lainlah, kalau Pas dan parti-parti pembangkang lain hendak boikot PRU yang ke 12.
Teman berpendapat Parti pembangkang khusnya PAS wajib memberi tumpuan yang berpuluh kali ganda untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang , diantaranya melipat gandakan usaha mempertahankan Negeri Kelantan dari jatuh ke tangan BN disamping menawan semula Trengganu dan menambahkan secara drastik bilangan kerusi dun dan Parlimen di seluruh negara.
Bang dollah serta balachinya teman rasa, akan lebih brutal hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekal rekod cemerlangnya dalam pilihanraya umum 2004 yang penuh dengan penipuan.
Kiranya dalam pilihanraya Umum nanti, BN masih menang besar disebabkan permainan yang lebih kotor dan menjijikkan, maka cadangan Mat Sabu untuk mengadakan perhimpunan ratusan ribu rakyat selama tiga hari terus menerus WAJIB disambut.
NOTA: Marilah kita berdoa supaya memorandum Bersih diberi perhatian dan diambiltindakan segera oleh Yang DiPertuan Agung dan Majlis Raja-raja Melayu supaya Pas dan parti-parti pembangkang yang lain boleh bersaing dengan BN secara anak jantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan