KUALA LUMPUR: Sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi menyiasat kes klip video "Lingam" yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang yang dikatakan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini. Dipetik dari Klpos
Dulu lagi Majlis peguam, NGO, Parti-parti pembangkang dan rakyat yang prihatin mendesak supaya sebuah Suruhanjaya diraja ditubuhkan. Tapi abang dollah dan sekutu sungguh mengatal menubuhkan Panel Bebas. Ramai yang tahu, Panel ini tidak punya kuasa. Akhirnya, Panel yang abang dollah dan sekutu bentuk , pula yang mencadangkan supaya apa yang diminta oleh banyak pihak dulu, suruhjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes klip video Lingam. Kalaulah abang dollah ikut kemahuan rakyat, sudah lama kes ini selesai. Apapun teman ucapkan syabas kepada bang dollah. Langkah bang dollah kali in , walaupun boleh dianggap tersangat lambat dan dengan niat yang bang dollah saja yang tahu sesungguhnya adalah , 'cooooooorrect'.
Teruskan bang. Nanti teman minta pada Wak Khir Toyo supaya tidak menghadiahkan abang dollah, sebatang penyapu yang didatangkan khas dari Sungai Besar kerana kesalahan abang yang terlambat bertindak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan