SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dijangka akan membawa usul meminta kerajaan hanya melantik orang Melayu yang benar-benar berjiwa Melayu bagi menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang bermula Isnin ini.
Beliau juga dijangka membawa usul supaya diwujudkan garis panduan bagi memastikan GLC tidak ‘potong jalan’ syarikat bumiputera untuk mendapatkan tender projek-projek besar kerajaan selain meminta GLC berkongsi kekayaan dan keuntungan besar dengan syarikat bumiputera. Dipetik Dari KLpos.
Bang Mad, apa ukuran untuk menentukan peneraju GLC benar-benar berjiwa Melayu? Adakah ukurannya berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Menjadi ahli UMNO
2. Sanggup jadi tukang ampu sang penguasa
3. Sanggup pelari anak Sultan
4. Sanggup beri tender kecil dan besar kepada tokoh-tokoh UMNO.
5. Berani bawa duit tunai berjuta ringgit ke luar negeri.
6. Tidak cenderung untuk bersimpati dan terlibat dengan mana-mana gerakan Islam
7. Kerja kuat untuk majukan syarikat walaupun skandal sekeliling pinggang.
Bang Mad, CEO atau MD GLC yang memiliki sebahagian kriteria seperti diatas memang sudah sedia ada. Adalah dua tiga kerat yang tidak memiliki walaupun satu kriteria tersebut.Tetapi jangka hayat mereka sebagai peneraju sesabuah GLC cukup pendik.
Teman pernah bekerja dengan sebuah syarikat GLC.CEO merangkap MD syarikat tersebut begitu akur dengan setiap kehendak pemimpin UMNO . Sebagai contoh pernah berlaku, seorang Exekutif yang diarah bertukar ke Ibu pejabat di Kuala Lumpur dari Alor Star, Kedah oleh CEO/MD sekor ni, telah dibatalkan pertukarannya. Sebab apa bang Mad? Sebabnya, Ketua Wanita UMNO Bahagian disana telah menulis surat kepada MD/CEO syarikat dimana teman pernah bekerja dulu, meminta supaya Eksekutif yang telah diarah bertukar dikekalkan di Alor Star.
Bang Mad, begitu 'power' sekali seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian. Belum lagi teman sentuh arahan lisan atau bertulis tokoh besar UMNO kepada MD/CEO berkenaan berkaitan dengan tender dan sebagainya.
Bang Mad, jangan susahkan kepala otak memikirkan isu CEO atau MD GLC yang sebahagian besarnya telah menunjukkan 'jiwa Melayu' tulin berdasarkan kriteria-kreteria seperti di atas. Lainlah kalau bang Mad berlakun berwatakkan seorang yang tidak pernah melakukan dosa walaupun sedikit habuk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan