Hendak tulis apa hari ini? Entahlah. Dua tiga hari ini, teman macam setenggah pemimpim UMNO yang sedang berhimpun di PWTC, iaitu meracau dan meraban. Mungkin kerena teman ini kurang iman dan tenaga semakin lemah. Tapi oleh kerana dah ada blog sendiri, terpaksa tulis juga. Sedari dulu teman cuba latihkan diri supaya konsisten dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Teman tak mahu blog ini sekejab ada posting baru, berminggu kemudian baru di'update'. Tapi kalau nak tulis tiap hari, ada saja halangannya.
Tulisan kali ini kalau didapati meraban dan meracau kerana teman nak ulas sikit tentang Persidangan UMNO yang ke 61, janganlah marah.
Ucapan Dasar Bang Dollah semasa Persidangan UMNO kali ini, adalah 'wonderful'. Teman yang menonton dan mendengar ucapan bang dollah ,tidak sedar bila ucapan beliau habis. Oh yeh ,begitu mudah teman tertidur semasa bang dollah berucap. Maafkan, adik, bang!
Sehari sebelum itu , teman membaca ucapan Bang Najib ketika menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Oh yeh, barulah teman sedar bahawa teman rupanya jenis insan yang 'otak slow' kerana ucapan Bang Najib kali ini menunjukkan beliau makluk hebat. Masakan tidak, teman tiba-tiba berasa amat bodoh bila membaca ucapan beliau yang melaungkan gagasan besar dan disulami juga dengan beberapa ayat terjemahan al-Qur'an. Terutama, ucapannya mengenai 'mengangkasakan'bangsa Melayu.Mulanya teman ingat, dia hendak membawa bangsa Melayu kesemuanya naik ke angkasa. Tapi rupanya, maksud dia lain. Maafkan adik , bang, kerana bodoh bila dibandingkan dengan abang yang bijak bermain dengan istilah yang bombastik dan fantastik!Oh yeh!
Ucapan Kak Fidah sepert biasa meloyakan.
Ucapan Penghunus Keris nombor satu Malaya , Tok Hisham,seperti biasa sering membinggitkan telinga dek teriakan suaranya yang garau.
Semasa siaran berita jam lapan malam ini, teman sempat mendengar sedutan ucapan beberapa orang perwakilan UMNO. Ucapan mereka ada yang okay dan ada yang meraban. Yang okay dan menarik perhatian teman ialah ucapan seorang perwakilan Negeri Johor yang merupakan bekas aktivis PAS yang telah masuk UMNO bersama Ustaz Nakhaie di akhir tahun 80an, iaitu Datuk Dr Fuad Zarkashi. Fuad Zarkashi dengan lantang meminta dasar pembelajaran subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris ditarik balik.Tabik buat kau Fuad!
Tentang ucapan menantu bang dollah, teman rasa cukup menerbitkan kebanggaan di hati bapa mertua dan isteri dan bonda mertua barunya serta segelintir makhluk bumi yang rela bersekongkol dengan seorang budak ajaib dan ganjil bernama Khairy Jamaluddin!
Ucapan wakil kelab Umno luar negara, setaraf ucapan mamak Zam zam ala Kasam.Moga-moga selepas tamat belajar nanti, budak ni boleh jadi Menteri Penerangan Malaya yang lebih banggang dari Zam ala kasam.
Oh yeh , teman hampir terlupa untuk mengucapkan syabas kepada Tok Hishamuddin kerana berkata ada kesan yang menguntungkan daripada saluran baru maklumat dan komunikasi termasuk blog. Mungkinkah dia gembira dengan keujudan blog antikhairy ?
Sebelum teman berhenti menulis, teman nak rakamkan ucapan tahniah kepada UMNO kerana menjemput wakil-wakil dari parti dari luar negara. Wakil-wakil parti luar negara tersebut , teman dapati ada yang berideologi komunisme, sosialisme dan nasionalisme. Dan yang teman musykil, wakil dari Palestin dari parti mana?Tak disebut. Juga teman nak tanya mana satu wakil dari parti luar negara yang menjadikan Islam sebagai tunggak perjuangannya? Nanti , kalau teman kata, UMNO parti yang lebih kurang sama dengan idelogi kebanyakan parti yang diundang, janganlah marah!Oh Yeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan