Hari ini teman baca sebuah akhbar arus perdana, bahawa Ketua Pengarah BPR, berkata bahawa Tok Guru Nik Aziz, boleh didakwa kalau tak melaporkan kepada BPR bahawa beliau pernah ditawarkan rasuah jutaan ringgit.
Bahasa yang digunakan oleh KP BPR, entah siapa namanya, agak tegas. Memang KP BPR yang baru ini hebat juga.Sejak dua menjak ni, asyik nak dakwa orang saja. Dia pernah ugut nak dakwa DSAI kerana belum serah Video Klip VK Lingam yang asal. Sekarang dengan nada sama, dia tunjuk 'ketegasannya' pada Tok Guru Nik Aziz.
Teman , perhatikan tokoh politik BN dan pegawai atasan kerajaan macam berlumba nak jadi hero. Nak sangat ke jadi hero ke ?. Ha, kalau betul KP BPR nak jadi hero baru Malaya ,yang benar-benar jantan, tolong beritahu pada rakyat, apa kesudahan kes-kes yang telah dilaporkan oleh Ezam Md Nor, yang melibatkan tokoh politik BN, termasuk Kak Pidah dan Bang Rahim anak kepada Tambi Cik.
'Kuasa' kalau diperolehi oleh insan yang kurang sopan akan digunakan untuk tunjuk lagak dan kekuatan kepada golongan yang dianggap lemah. Lain pula sifat insan yang beriman dan ada prinsip hidup, 'kuasa' digunakan untuk tegakkan kebenaran yang menyelururuh, bukannya kebenaran yang terpilih.
KP BPR yang baru ini termasuk dalam jenis insan yang macam mana? Dalam kes, klip Video Lingam, jelas sekali dia bercakap berbelit-belit.
Teman dan rakyat yang prihatin, seolah sedang melihat KP BPR menari ikut paluan gendang puak penguasa yang gila babi untuk mempertahankan pemerintahan yang bobrok dan korup. Nasihat teman: jangan zalimi diri sendiri.Fikirkanlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan