Teman tak ikuti ucapan pengulungan bang dollah di akhir persidangan UMNO lewat petang tadi. Tapi kemudian teman rasa rugi pula ,tak menonton dan mendengar kata-kata yang bernada sangat marah Bang dollah berkenaan dengan Perhimpunan 100,000 rakyat, anjuran BERSIH yang dijangka akan diadakan petang esok. Bang dolah dipetik sebagai berkata:" Polis sudah beritahu saya, tidak akan ada permit dikeluarkan, pihak penganjur mahu adakan. (Mereka) tunjuk kedegilan, tidak peduli undang-undang. Saya dukacita. Apakah ini (bermakna) mereka mencabar kerajaan atau kepimpinan (negara)?"
"Sebenarnya yang mereka mencabar, yang mereka nak ketepikan adalah undang-undang. Mereka mencabar undang-undang, peraturan, mereka mencabar rakyat kerana rakyat mahu supaya negara ini aman, dan selamat dan stabil sepanjang masa".
"Itu yang dicabar. Bukan saya, tapi saya pantang dicabar," katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan Umno, dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)".
Oh yeh, bang dollah marah ke?Sebagai Abuya As Syeikhul al Imam Islam hadhari, tak baik marah bang!Kalau abang marah, nanti kena jual, macam Abdul Wahid dan Abdul Wahub dalam filem Tiga Abdul.
Bang dollah, kena jaga imej. Biarkan anak menantu sahaja yang bising. Bang dollah kelihatan macam nak menandingi anak menantu dalam membuat bising. Abang kena tunjuk bahawa abang seorang kaki bongkar kitab yang sejati dan siang malam mencari Imam Al-Ghazali dan Imam As-Syafie.Barulah berbaloi dengan taraf abang sebagai tokoh besar Islam hadhari dan penggerak modal insan yang tersohor.
Teman berharap, abang dah mula sejuk dan stabil fikiran. Dah sejukkah dan stabil akal fikiran, abang? Kalau sudah, teman nak beri pendapat nih!
Bang, ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan pilihanraya di Malaya, terutama pada PRU tahun 2004. Hei, jangan buat buat bodoh macam orang tak tak bersalah bang!. Teman tak mahu mencatatkan satu persatu kecacatan PRU yang lepas. Sekali lagi bang, teman nak ingatkan, jangan buat macam orang yang tak tahu apa-apa!
Jadi bang, rakyat telah menuntut supaya kerajaan BN ,SPR khususnya melakukan sesuatu supaya pilihanraya umum dijalankan secara adil dan lurus. Bukan bengkang bengkok. Tapi bang, banyak tuntutan rakyat yang digerakkan oleh gabungan puluhan NGO dan beberapa buah parti politik pembangkang yang dinamakan BERSIH , telah tidak dilayan sewajarnya. Abang pun tahu, Pengerusi SPR, lidahnya bercabang sepuluh. Abang punya lidah bercabang berapa? Mungkin tak bercabangkan?. Abang ,orang baikkan?.
Oleh kerana dah tak ada jalan lain, maka itu sebab BERSIH anjur Perhimpunan 100,000 rakyat sebagai satu kaedah agar tuntutan rakyat dipenuhi. Seterusnya ,BERSIH akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung.
Abang , janganlah kata perhimpunan rakyat ini sebagai bukan budaya kita. Kalau abang fikir dengan mendalam, ianya satu usaha gotong royong rakyat untuk menyedarkan kerajaan BN dan SPR supaya lebih telus dan lurus. Bukankah gotong royong dalam usaha kebajikan adalah budaya kita?
Ah, teman macam rasa bang dollah sudah mula tersenyum dan bersetuju dengan pendapat ini. Bagus begitu,bang.
Oleh itu, beri tahu Musa Hassan, perhimpunan esok boleh diteruskan tanpa permit, kerana gotong royong untuk kebaikan bersama bukan perlu permit, tetapi yang diperlukan ialah rasa pertanggungjawaban yang tinggi dan murni! Musa Hassan, pasti mendengar arahan bang dollah.
Tapi bang, ada orang kata, dalam senyum, abang boleh mengarahkan pihak polis bertindak kasar terhadap rakyat petang esok. Jangan gitu bang. Abang orang baikkan?
Kalau perhimpunan itu gagal, rakyat tahu, abang sama seperti pemimpin-pemimpin diktator yang masih terdapat di muka bumi ini. (maaf, kalau kasar sikit bahasa teman,bang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan