Beberapa orang pemimpin Umno/BN telah meminta supaya kerajaan BN mengenakan tindakan ISA terhadap rakyat yang turun dijalan untuk berdemonstrasi. Kemungkinan ISA akan digunakan bukan sesuatu yang mustahil sebagaimana yang dilaporkan oleh B. Suresh Ram and Giam Say Khoon dari The Sun seperti berikut:" Deputy Internal Security Minister Datuk Mohd Johari Baharum said the government may have to look into the use of detention without trial provisions in the future if such illegal demonstrations continue to mushroom. "If the situation warrants it, (we will use the ISA)," he told reporters in Parliament lobby yesterday. Kenyataan penuh boleh dibaca di sini
Bagus Datuk Jo! Kenyataan Datuk memang dinanti-nantikan. Tapi teman rasa tindakan ISA tidak memadai. Nanti bila cukup tempoh tahanan , mereka terus turun ke jalan raya lagi. Mereka sesungguhnya telah membuat kerajaan BN dalam keadaan tertekan. Lama kelamaan, boleh goyang kerajaan BN akibat tindakan mereka.
Bila goyang kerajaan BN ,susah pula pemimpin UMNO dan Barisan mahu cari makan. Alangkah bahagia hidup ini pemimpin BN melalui kuasa yang ada terus melahap khazanah negara tanpa dihantui ketakutan terhadap rakyat yang sedang bangkit! Oleh itu Datuk Jo dan kawan-kawan seperjuangan kena terus mempertahankan agar kerajaan BN tidak goyang walaupun seminit ,gara-gara para demonstrator jalanan yang tidak lagi boleh dinasihati.
Tiga minggu lalu muncul Gelombang Kuning. Hari minggu lepas , gelombang hitam-putih. Bulan depan entah gelombang apa pula yang muncul. Rakyat semacam semakin berani menuntut perubahan di jalanraya! Adakah kebangkitan rakyat adalah akibat dari tindakan kerajaan BN yang semakin menekan seluruh sendi kehidupan rakyat wahai Datuk Jo ! Oleh itu rakyat perlu dikenakan tindakan yang lebih keras dari ISA!
Apakah tindakan, yang lebih keras selain dari ISA. Jawabnya, tembak saja para demonstrator dengan peluru hidup. Jangan takut dengan apa kata negara luar. Negara luar bukan tahu masalah kerajaan BN yang terpaksa berhempas pulas berdepan dengan kebangkitan rakyat. Persetankan negara-negara luar. Pekakkan telinga yang memang sejak azali dah pekak!
Selama ni pun, kerajaan BN buat tak dengar, macam telinga badak sumbu, bila negara-negara barat atau timur mengkritik penggunaan ISA ke atas rakyat. Jadilah seperti negara haram Israel yang dipimpin oleh Bangsa Yahudi yang tak peduli langsung dengan maki hamun negara-negara luar, terutamanya negara umat Islam, atas kekejaman seperti membunuh yang dilakukan saban hari terhadap umat Islam Palestin. Dan sampai sekarang, negara haram Isreal terus kekal. Oleh itu jadilah seperti parti yang memerintah Isreal sekarang maka sudah tentu kerajaan BN boleh kekal sampai dunia ini kiamat.
Dan selama ini pun, kerajaan BN tak pernah takut pada rakyat, walaupun sebahagian besar rakyat telah dengan bodohnya , memberi undi kepada kerajaan Perikatan/BN sejak 50 tahun yang lalu supaya terus berkuasa. Oleh itu tembak saja rakyat yang berdemonstrasi di jalan raya.Dan bagi memudahkan kerja , agar lebih cepat rakyat yang turun di jalan raya, kojol mojol , sebaiknya gunakan bom C4, atau C5 yang boleh diminta dari Kementerian Bang Najib. Biar berkecai tubuh setiap rakyat yang turun ke jalan raya!
Tembak Tuk, jangan tidak! Para demonstrator berdasarkan kitab puak tertentu boleh dianggap bughah. Kalau tak percaya tanya pada SS Mufti Perlis!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan