Teman baru terbaca di blog kawan-kawan, hari ini merupakan hari jadi Bang Dollah yang ke 68. Sebagai rakyat Malaysia yang baik, maka teman mengucapkan 'Selamat Hari Jadi'. Semoga umur bang dollah dipanjangkan oleh Allah dan mendapat perlindungan Allah, hendaknya.
Memang ada ketikanya teman terkasar bahasa terhadap bang dollah. Kadang-kadang memang disengajakan dan ada ketikanya berseloroh sahaja. Janganlah, ambil hati bang.
Apapun janganlah abang dollah merapu dan buat bodoh sahaja terhadap kritikan rakyat jelata. Yang perlu dijawab segera, jawablah dengan pantas. Dan janganlah abang ulangi lagi kata-kata ' Saya pantang dicabar' macam suara seorang diktator. Abang, bukan diktatorkan?
Sekali lagi teman mengharapkan kebahagian abang dan isteri. Anak menantu yang sekor tu, kalau boleh abang dollah ikat kakinya supaya jangan main jauh-jauh. Teman fikir dia ada masalah jiwa yang kronik. Janganlah , abang dollah manjakan dia sangat, nanti abang juga yang susah. Rakyat yang sudah sedia susah kerana ada seorang PM macam abang, semakin lebih susah bila menantu kesayangan abang buat perangai yang tak tentu kira.
Sekian , dan assalamualaikum bang !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan