Isnin, 26 November 2007

Bang Dollah, Teman Nak Mohon Adakan Konsert!

Bang Dollah Yang Diingati,

Nak buat demonstrasi aman cukup susah di Malaya. Minta permit, tak bagi. Alasan penolakan permohonan amat mudah: takut berlaku rusuhan. Kalau buat juga, terimalah akibatnya:rakyat dihadiahkan air kimia, bom gas pemedih mata , sepak terajang dari polis yang berperangai macam anjin gila.Contoh klasik, Perhimpunan Gelombang Kuning 10/11

Bang Dollah,

Kebanyakkan demonstrator, berdisiplin. Tapi bila terlalu dikasari maka berlakulah beberapa kes terpencil, dimana polis dibelasah oleh segelintir demonstrator yang panas baran kerana menganggap I.C yang menandakan mereka adalah warganegara yang sah seolah tidak berharga disisi Perlembagaan negara. Contoh klasik, perhimpunan anjuran Hindraf semalam.

Dalam kamus kerajaan BN yang keriau dari pagi sampai malam dan dari malam hingga ke pagi bahawa Malaya adalah sebuah negara demokrasi, demonstrasi jalanan bukan budaya kita! Budaya kita ialah mentadarah rasuah!.Budaya kita ialah berlakun membantu rakyat tapi hakikatnya membahagikan khazanah negara di kalangan suku sakat! Budaya kita ialah bla...............bla......tapi bukan demonstrasi jalanan.

Bang dollah,

O.klah oleh kerana semua serba susah: permit ceramah susah dapat , permit berdemonstrasi hampir mustahil dapat, maka teman dengan ini memohon untuk mengadakan sebuah konsert besar-besaran tiga malam berturut-turut. Kalau boleh di Stadium Bukit Jalil. Dalam konsert itu teman mahu menyanyi. Kawan-kawan teman pun mahu nyanyi. Akan teman jemput bersama-sama , artis-artis yang terkenal , itu pun kalau mereka sudi tanpa sesen pun bayaran!

Bang dollah,

Jangan risau , konsert ini tak akan diselitkan dengan ceramah politik.Konsert ini semata-mata MENYANYI.Band yang akan mengiringi teman, kawan-kawan dan para artis adalah sebuah band yang tak berapa terkenal, tapi boleh membawa pelbagai irima seperti rock sehinggalah lagu-lagu Melayu yang paling asli!

Mula-mula yang akan menyanyi tentulah teman. Maklumlah penganjur,katakan! Tapi maaflah bang, teman kena menyanyi sambil duduk atas kerusi kerana teman sakit, dah jadi macam Tan Sri S.M.Salim.

Suara teman , boleh tahan sedap. Macam mana pun yang penting teman, nak nyanyi lagu berirama rock. Teman kurang pandai nyanyi lagu nasyid. Mungkin mesej lagu sahaja yang berbeza berbanding, lagu artis artis terkenal.

Semua lagu itu teman cipta sendiri mengunakan gitar accoustik.Di antara lagu yang dijangka bang Dollah suka ialah: 1. Bertuah punya Menantu 2. Aku nak jadi PM seperti Bang Dollah 3. Rock berbersama be end.4. Gelombang Kuning Di KL dan berapa buah lagu lagi.

Juga untuk makluman bang dollah, kawan-kawan yang akan turut menyanyi, di antaranya ialah Sdr Mat Sabu. Beliau akan menyanyi lagu berentak rap bertajuk: 'Fuyooo... Negara Polis'. Manakala seorang lagi kawan iaitu Sdr Mahfuz Omar akan menyanyi lagu berentak irama Malaya bertajuk:' Tidurlah Wahai PM ' Dan seorang kawan berasal dari Taiping , sdr Baqak Haq akan menyanyikan sebuah lagu berentak blues bertajuk 'Malaysia kita' Senarai kawan-kawan yang akan menyanyi di konsert tersebut amatlah panjang. Tak tersebut satu persatu.Tunggu sajalah!

Dan kemuncak konsert tersebut , dua orang penyanyi undangan iaitu Tuan Guru Haji Abdul Awang akan turut menyumbangkan suara dengan menyampaikan sebuah nasysid kontemporari bertajuk: 'Ajal Be End dah nak tiba' dan hero Malaya sewaktu dulu dan kini?, tidak lain tidak bukan Bro Anwar Ibrahim akan menyampaikan sebuah lagu berirama industani bertajuk: 'Masih kah ada orang ingat.'

Bang Dollah,

Teman sebagai penganjur konsert tersebut, menjemput abang untuk hadir bersama dengan Datin Seri. Tapi, abang kenalah meluluskan permohonan untuk mengadakan konsert ini yang akan diadakan sebaik sahaja abang membubarkan parlimen. Abang jangan risau, konsert ini pasti menghiburkan dan masuk adalah percuma kepada semua rakyat Malaya kerana ditaja oleh KEKWA sepenuhnya dan di'amin' oleh Polis Diraja Malaya!

Bang Dollah,

Dengan kehadiran abang, maka berserilah hendaknya konsert 3 malam berturut-turut. Janganlah, tak beri permit kerana konsert mengkonsert bukankah dah jadi budaya kita,bang?!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha

Aku tergelak sampai dalam akad nikah petang tadi dengan ko punya cerita nie.

Hahahaha