Selasa, 20 November 2007

Beri Laluan Orang Bodoh Nak Menulis!

Seorang insan yang tak dikenali telah menghantar email kepada teman semalam. Mungkin dia dapat alamat email teman dari Cbox yang teman letakkan disisi kanan blog ini. Tak kisahlah tu. Yang penting insan seorang ni, telah menulis dengan panjangnya apa yang terbuku dihatinya. Marah betul dia terhadap tulisan teman yang dikatakan mempermainkan pemimpin UMNO. Dia juga mengatakan bahawa semua tulisan teman , secara langsung mempamirkan kebodohan teman. Dan dia juga mengambil kesempatan memaki hamun pemimpin Pas.

Sehingga saat ini, tak terfikir teman untuk menjawab email si polan berkenaan. Adakah teman ,marah pada si polan ini? Jawabnya,'tidak'. Dia bebas menzahirkan kemarahannya. Dan teman pun mempunyai wilayah kebebasan tersendiri untuk menulis apa saja yang melintas dikotak pemikiran. Teman sedar bahawa tulisan teman tak ada nilai kesarjanaan yang tinggi. Maklumlah tahap pendidikan pun tak tinggi. Orang bodoh katakan!

Dan teman pun sedar, blog ini kurang dilawati kerana tidak ada sesuatu yang menarik disini. Oleh itu bila si polan, sudi melawat blog teman ini dan mungkin sempat membaca beberapa buah tulisan di blog ini, maka teman ucapkankan terima kasih. Kalau tak keberatan, singgahlah lagi bila ada kesempatan. Tak kena bayar pun!

Betulkah teman mempermainkan pemimpin UMNO? Jawapannya, mungkin. Walaubagaimanapun rasanya, teman tidaklah keterlaluan sanggat. Tidak pernah teman memberi gelaran iblis, atau firaun pada bang dollah, bang najib, bang zam-zam ala kasam, khairy dan pemimpin UMNO yang lain. Ini pun sudah dikira cukup baik.

Dan sebagai orang Islam, pemimpin UMNO yang beragama Islam juga adalah saudara teman dalam dinullah ini. Katakan bang dollah hendak dibunuh oleh Samy Vello kerana bang dollah terpaksa menyingkirkan beliau dari kabinet atas kesalahan rasuah, maka temanlah di antara orang yang pertama akan mencantas kepala Samy Vello. Teman sanggup lakukan demikian demi mempertahankan bang dollah atas nama persaudaraan Islam. Mungkin anutan politik bang dollah berbeza dengan teman, namun ianya bukan alasan untuk memutuskan tali persaudaraan Islam sesama kita.

Juga, akan teman pertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir sekiranya MCA, GERAKAN ,PPP dan MIC cuba bermain kasar dengan saudaraku yang terdiri dari pemimpin UMNO yang beragama Islam sekira mereka tiba-tiba menunjukkan kecenderungan untuk memperkenalkan syariat islam di bumi tercinta ini.

Mungkin ada kalanya teman 'terover' sikit semasa mengkritik bang dollah dan para wazir anguk-anguknya di blog ini . Teman mohon maaf sajalah.Teman bukan maksum. Kalaulah bang dollah dan para wazir anguk-anguk berasa kasihan kerana takut teman melakukan dosa (kalaulah mengkritik atas nama memperjuangkan kebenaran dianggap satu dosa kepada Ulil Amri), maka teman dengan rasa rendah diri memohon supaya dibubar sahaja UMNO dan marilah bersama-sama Pas berjuang menegakkan pemerintahan Islam yang adil bagi kesejahteraan seluruh rakyat jelata tanpa mengira ras atau agama!

Walaupun teman bodoh kerana tak berpendidikan tinggi, seruan teman seperti di para atas adalah wajar dan tepat pada masanya. Betul tak bang dollah? Kalau bang dollah kata 'betul',tentu wazir anguk-anguk akan turut berkata "sheikh Teluk Intan betul seratus paratus"!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala hai pak sheikh ni...macam dia aje yang best..tapi kalau takde orang macam pak sheikh ni...tak best jugak...layan je la...hiburan halwa minda...maaf ye

Tanpa Nama berkata...

I like this blog.