Sebaik saja teman selesai mengerjakan solat asar, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng yang pastinya dipicit ditembok pagar rumah. Lantas, teman memerintah anak bongsu menjenguk diluar untuk melihat siapakah gerangan yang datang.
Tak sampai dua minit anak bongsu teman melaporkan dia nampak seorang yang tak dikenali ,memakai topi keledar dan berpakaian seperti zoro sedang terpacak dihadapan pagar yang berkunci dengan mangga yang utuh.
"adik boleh agak siapa dia"? tanya teman.
"tak boleh nak agak sebab dia macam ganjil sikit" jawab anak teman selamba dan dalam masa yang sama bunyi loceng sekali lagi menjerit.
"ganjil?. Ah tak apa. Adik duduk diam-diam, ok?"
Maka dengan langkah yang lemah teman menuju ke pintu dan membukanya untuk menjengok siapakah yang datang. Kedua biji mata teman melihat seorang lelaki yang dikatakan ganjil oleh anak bongsu teman. Memang orang diluar pagar itu tak boleh dicam kerana topi keledarnya, cermin mata hitamnya dan pakaian ala zoronya.
Walaupun teman tak berapa sihat, teman melangkah ke arah pagar sambil mempastikan kalkata(istilah dalam ilmu karate:yang bermaksud kedudukan kekuda kaki) adalah betul. Dan dengan cermat teman pun membuka pintu pagar dan dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.
Sebaik sahaja pintu pagar terkuak , orang yang tak dikenali terus meluru masuk ke dalam rumah teman."oiii beri salam dulu sebelum masuk rumah orang" jerit teman yang semakin bimbang melihat seorang lelaki misteri memasuki rumah tanpa permisi.
Dari luar rumah teman terdengar suara makluk misteri itu memberi salam,"Assalamualaikum, ya Sheikh". Suara itu macam pernah teman dengar. Tapi dimana ya?
"Waalaikum salam"jawab teman yang sudah bersedia hendak memasuki rumah untuk bertemu tetamu misteri yang kurang sopan meredah masuk rumah teman , seolah dia tuan rumah dan teman tetamunya.
Terkejut teman seketika. Bekas pemegang 'black belt' ilmu karate, kehilangan kalkatanya dan terus terjelepuk di atas lantai melihat makluk misteri sedang duduk bersemayam di atas kerusi sofa macam orang tak bersalah. Dan teman kelap kelipkan kedua belah mata kerana takut teman sedang bermimpi. Mata teman seolah tidak percaya pada apa yang dilihat. Orang yang sedang duduk dikerusi sofa bukan orang sembarangan. Dia bukan PM yang bermaksud Post Master. Tapi dia adalah PM , kata ringkas yang bermaksud Prime Minister!
"Oh lord, hopely he is not a devil to test my faith" , seru teman dengan suara yang agak nyaring. Dalam keadaan terkejut ,teman lazimnya tersasul berbahasa Inggeris.
"I am not a devil. Look at me brother, i am bang Dollah, The fifth Prime Minister of Malaya. If you dont believe, i will recite surah al fatihah for you to hear"
Rasa terkejut terbang serta merta bila mendengar pengakuan yang teman rasa jelas dan ikhlas . Lalu teman melabuhkan punggung di kerusi sofa di sebelah beliau.
"Maaf bang, saya ingat syaitan menyamar. Sungguh tak sangka yang datang adalah abang. Abang datang seorang saja ke? Datang naik apa ?".
" Sheikh , ana datang seorang diri. Naik motor kapchai. Menyamar sikit supaya orang tak kenal. Ana tak mahu sesiapa pun tahu yang ana datang berjumpa sheikh" ujar bang dollah dengan tenang sambil matanya merenung teman tanpa berkelip. Mungkin dia kehairanan melihat teman yang beramput panjang macam seorang rocker walaupun usia sudah 51 tahun.
Kemudian teman beritahu dia bahawa isteri teman tak ada di rumah kerana ada kerja yang perlu dibuat dipejabat. Anak perempuan pula masih belum pulang dari kolej. Orang gaji pula tak ada. Oleh itu tak dapat jamu dia dengan sebarang minuman atau makanan.
"Sheikh, ana datang bukan nak minum dan bukan pula hendak makan. Ana datang kerana dua hajat".
"Hajat ? Hajat apa bang dollah?". Teman bertanya , penuh dengan kemesraan , seolah-olah sudah satu kurun kenal dia.
"Pertama, nak tunjuk pada sheikh , ana punya lidah hanya satu. Tak bercabang seperti si Rashid SPR" kata bang dollah dengan nada yang penuh makna sambil menghulurkan lidah dari mulutnya. Boleh tahan panjang juga lidahnya. Dan dia pun bertanya" Lidah ana satukan? Dan tak bercabang"
Setengah nyawa teman menahan diri supaya tak memuntahkan ketawa yang kuat. Sambil itu, kepala teman mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata bang dollah bahawa dia mempunyai hanya satu lidah dan sesungguhnya tak bercabang.
"Memang lidah si Rashid, ana rasa bukan bercabang sepuluh. Mungkin lebih dari seratus. Dan ana rasa kontrak dia yang bakal tamat pada 31 Disember nanti, tak mahu ana rekomen untuk disambungkan. Satu Malaya meluat dengan perangai dia. Ada ke patut, dia kata dia tahu bila tarikh pilihanraya. Apa dia ingat ana ni tunggul?. Dia ni macam nak berkongsi kuasa dengan ana sebagai Perdana Menteri Malaya. Apa pendapat sheikh kalau ana lantik Malik Hussin Pengerusi MARFEL. sebagai Pengerusi SPR?", tanya bang Dollah .
"Bang, ana hendak tanya sikit. Permintaan abang untuk mendapat pendapat ana tentang hendak melantik Malik Hussin ini , adakah hajat kedua atau sekadar selingan". Teman mula ber'ana' dan ber'anta' dengan bang dollah. Dia yang mulakan.
"Selingan Sheikh! Hajat kedua , ana cakap lepas ini" jawab bang dollah sambil menguis batang hidungnya yang mancung dengan jarinya yang runcing.
Maka teman pun memberi pendapat teman secara ala kadar kerana tak sabar hendak mendengar hajat bang dollah yang kedua,"bang dollah, ana harap abang berhati-hati dengan Malik Hussin ini. Dia pernah tipu dan belut kepada Pas semasa jadi calun Pas bagi Parlimen Bandar Tun Razak pada tahun tahun 1995. Ingat bang! 'once a liar always a liar'. Macam manapun terpulang pada abang untuk membuat keputusan"
"Begitu ke? Ha, susah sangat ana lantik Mufti Perlis jadi Pengerusi SPR. Dia nampak jujur. Tapi mungkin dia tak setuju kerana dia berpendapat pilihanraya tidak islamik dan bidaah. Ah, lupakanlah. Nanti ana fikirkan bersama Khairy, calun yang sesuai". Ujar bang dollah perlahan sambil matanya merenung lantai yang disaluti karpet lusuh.
Tunggu sambungan cerpen merapu bgh 2.......
NOTA: Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Satu percubaan menulis genre cerpen , namun ia berkaitan dengan makluk yang sebenar. Maaf kalau tidak ada nilai estetika yang tinggi. Teman hendak menjelma sekejab sebagai sasterawan jadi-jadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan