KUALA LUMPUR: Ini berita yang paling sensasi selepas 'kejayaan' gabungan NGO dan parti-parti pembangkang yang diketuai oleh PAS mengadakan perhimpunan awam BERSIH 10 November lalu. Khabar yang sampai ke meja pengarang KLpos.com adalah satu kempen besar-besaran memboikot media akan dilancarkan tidak lama lagi.
Menurut sumber, kempen tersebut -seperti perhimpunan aman BERSIH, akan diketuai oleh PAS dengan sokongan NGO dan parti-parti pembangkang lain. Dipetik Dari Klpos
Teman sokong sepenuhnya kempen memboikot beberapa buah media arus perdana. Di antara yang wajib diboikot ialah Utusan Malaysia dan kumpulan New Strait Times. Boikot disini bererti jangan beli suratkhabar dan jangan menonton siaran TV tertentu. Biar taukeh media arus perdana menanggis kerana langganan dan penontonnya merosot dengan teruknya. Dan kalau boleh teman teringin sangat melihat taukeh-taukeh media arus perdana , merayu sambil menangis penuh perasaan kepada pemimpin Pas , pemimpin parti pembangkang yang lain serta NGO yang ikut serta supaya diberhentikan pemboikotan. Masa itu Presiden Pas , bolehlah memberi kuliah panjang pada taukeh-taukeh media arus perdana yang diboikot tentang ketidakadilan dan pengelapan berita berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pas serta rakan-rakan seperjuangan.
Kali ini kita berharap kempen pemboikotan wajib dilakukan secara lebih agresif . Kita tak mahu lihat kempen ini dilakukan sambil lewa. Sekejap sejuk, sekejap panas. Dan sebaiknya pemboikotan ini dilakukan sepanjang masa sehinggalah media arus perdana yang diboikot insaf dan menunjukkan tahap keadilan yang memuaskan dan menjunjung etika kewartawanan yang tulin.
Memang kerja memboikot media arus perdana yang dikenalpasti sejak dari dulu lagi telah menjadi alat para penguasa , nampak macam kerja mudah kalau dibandingkan dengan usaha menganjurkan demostrasi jalan raya secara aman. Hakikat sebenarnya , pemboikatan ini memerlukan pengorbanan yang besar. Contohnya, terdapat dikalangan kita , yang telah menjadi pembeli setia suratkhabar harian , kerana sudah mencapai 'makam' penagih tegar kepada berita-berita seperti sukan, hiburan, saham , kes mahkamah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak ada kemudahan internet. Kalau penyakit ketagih ini boleh di'tenteramkan' maka usaha boikot akan lebih berjaya.
Akhirnya, suka teman memberi sedikit peringatan kepada pemimpin Pas , khususnya supaya lebih berhati-hati menjaga mulut. Mulut-mulut yang tak dikawal dengan bijaksana, seperti merendahkah pemimpin parti-parti pembangkang lain dengan kenyataan angkuh seumpama 'dah patut masuk musium', 'dia orang sosialis sama seperti komunis tidak boleh bertanding disini' dan yang seumpama dengannya haruslah dielakkan. Perlu diingat bahawa media arus perdana samada elektorik dan cetak akan sentiasa menunggu untuk menangguk ucapan-ucapan seperti itu untuk diekploitasi semaksima yang mungkin.
Kalau terpancut juga ucapan-ucapan yang seolah memberi 'bola tanggung' , siapa pula yang hendak dipersalahkan? Media arus perdana yang telah diboikot? Sendiri mahu ingat dan jawab!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan