Jumaat, 23 November 2007

Ingatan Ikhlas Untuk Gerakan Salafiyyah!

Teman sesungguhnya tak suka menyentuh soal gerakan salafi . Teman kalau boleh tak mahu terperangkap dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh puak ini. Tetapi sejak Dr Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis, gerakan ini semakin menjadi-jadi menimbulkan pelbagai isu. Kalau teman kata gerakan ini,kemungkinan disokong secara tidak langsung oleh CIA, nanti ada pula yang menumbuk dinding hingga pecah tangan kerana melampiaskan kemarahan pada teman. Tetapi teman dah tak boleh tahan dengan gelagat puak ini. Kalau boleh semua umat Islam yang tak mengikut aliran mereka akan dituduh sebagai sesat. Yang betul hanyalah mereka sahaja.

Ulama rujukan mereka kebanyakkan berpusat di Arab Saudi. Kerajaan Saudi seperti yang diketahui , cukup senang menjalinkan hubungan baik seperti abang adik dengan kerajaan syaitan besar :USA. Dan dalam masa yang sama, kerajaan Arab Saudi, menternak dan memelihara para ulamak yang melebelkan diri sebagai salafi , konon atas kapasiti mereka sebagai penerus tradisi ilmu Ulamak salaf.

Oleh itu tidak hairan kalau mereka berdiam diri dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak Istana yang membelasah hasil mahsyul negara untuk diri sendiri dan keturunan mereka. Rakyat pula terus ditakut-takutkan dengan fatwa bahawa adalah berdosa dan dan dianggap bughah (penderhaka) sekiranya menentang pemerintah selagi mereka bersolat dan tidak mengajak rakyat melakukan maksiat. Fatwa ulamak-ulamak jenis ini adalah berdasarkan beberapa buah hadis Nabi S.A.W .

Teman tak menafikan hadis-hadis yang dikemukakan adalah sahih . Tapi hadis-hadis tersebut perlu juga dilihat dari segi kontektual, bukan semata-mata dari sudut tektual. Harap-harap adalah sesiapa yang pakar hadis boleh menghuraikan maksud teman. Kalau teman salah, sila tegur.

Selain itu , terdapat sebahagian ulamak golongan salafiah telah dengan sewenangnya mengeluarkan fatwa sesat terhadap pemimpin Ikhwannul Muslimum,seperti Imam Hassan Al Bana, Syed Qutub, Said Hawwa, Dr Yusuf Qardawi, Sheikh Dr Muhammad Ghazali dan ramai lagi. Di antara faktor pemimpin Ikhwan difatwakan sesat dan menyesatkan ialah kerana golongan ini tidak pernah berhenti berusaha untuk mendekatkan aliran Sunni dengan aliran Syiah dan menempatkan kedudukan muslimat ditempat yang selayaknya.

Adakah puak jenis ini, buta sehingga tidak nampak peranan gerakan Ikhwanul Muslimum yang cukup besar dalam menyemarakkan kebangkitan Islam? Adakah mereka merasa terlalu bahagia kerena berpesta tanpa henti menyesatkan golongan yang tak sealiran dengan mereka yang lebih suka duduk menunggu untuk mendapat sedikit habuan duniawi dikaki lima Istana Raja Arab Saudi yang boros dan mendera zahir dan batin rakyat yang rindukan kehidupan yang lebih bermakna?

Pandangan setengah golongan salafiah yang kerterlaluan boleh juga kita lihat pada sikap mereka pada ulama dan pengikut aliran Syiah. Seolah-olah Ulama dan pengikut Syiah adalah sekumpulan manusia yang cukup sesat dan menjijikkan seperti haiwan yang bernama babi.

Memang tak dinafikan terdapat pengikut syiah yang keterlaluan kesesatannya. Namun dalam dunia sunni pun , muncul juga aliran yang sesat dan menyesatkan. Contohnya, aliran anti hadis , pengikut setengah tarekat yang menganggap syariat hanya untuk orang awam dan pelbagai jenis aliran yang sesat dan menyesatkan yang muncul dari aliran sunni. Mungkin puak salafi jadi-jadian ini , menafikan aliran anti hadis atau puak tarekat yang menyesatkan bukan dari kalangan sunni. Nafikanlah, walaupun pada hakikatnya ajaran sesat boleh berlaku dalam dunia sunni mahupun syiah!

Teman secara peribadi tak pernah mengatakan puak salafi adalah sesat. Teman sendiri pun tekun membaca karya ulama kontemporari golongan Salafi seperti Sheikh Nasiruddin Al bany(pakar hadith) Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan ramai tokoh lagi. Tidak lupa juga teman menyatakan kasih pada Imam Ibnu Taimiyyah yang kitab-kitabnya banyak dirujuk oleh puak Salafi di negara kita. (Imam Ibnu Taimiyyah pernah angkat senjata melawan tentera Monggol sedangkan Imam Al Ghazali pada masa yang sama tidak pernah diberitakan turut serta memerangi keganasan imperialis monggol: demikian kata puak salafi)

Yang teman minta dari kawan-kawan dari aliran Salafiyyah supaya mengkaji semula aktiviti mereka yang menyebabkan sebahagian pejuang-pejuang Islam lain resah kerana takut berlaku perpecahan dikalangan umat ini dalam soal furuk. Sebaiknya, semua pejuang Islam perlu berganding bahu untuk memerdekakan umat ini dari para penguasa yang melakukan ketidakadilan dan saban waktu merompak kekayaan bumi bertuah ini untuk kepentingan diri dan anak pinak mereka. Merekalah musuh sebenar umat di negara ini, bukannya Syiah yang majoritinya tinggal jauh di Iran dan di beberapa buah negara di Timur Tenggah!

Kita rentap dulu musuh umat yang berada didepan hidung kita!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Teman dah muak pasal hal-hal ni. Sibuk bergaduh, puak sekular xnak pula deme lawan. Duduk pula bawah ketiak sekular. Betul kata tuan syeikh.

sheikh teluk intan berkata...

Salam zam,
Terima kasih kerana sudi menziarahi blog teman, si orang tua. Kita sekampung. Rumah keluarga teman terletak di Padang Tembak.

Teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Salam, semoga sihat dan istiqamah dalam perjuangan.