Sabtu, 10 November 2007

Bang Dollah ! Gelombang Kuning Berjaya.

Bang Dollah yang dikasihi. Semoga, sihat dan bahagia hendaknya.

Teman nak beritahu pengalaman hari ini. Sudilah bang dollah membacanya,

Bang, maafkan teman. Sepanjang jalan, dari Banggi ke Kuala Lumpur teman menyumpah saranah abang. Abang dollah, nak tahu kenapa? Sebabnya, perjalanan yang mengambil masa 20 minit untuk ke KL, menjadi dua jam. Lebuhraya sesak. Ini semua gara-gara polis buat sekatan jalanraya. Polis nak sekat rakyat dari menghadiri perhimpunan aman 100 ribu rakyat anjuran BERSIH. Teman sakit ,bang. Tapi teman, tak mahu ketinggalan bergotong royong untuk berhimpun bersama rakyat untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Bang dollah! teman terpaksa meminta kawan yang memandu kereta supaya patah balik ke Bangi selepas teman terasa sesak nafas. Kawan teman yang turut memaki hamun, bang dollah pun terpaksa akur kerana kesian melihat teman kesesakan nafas.

Kalaulah bang dollah kata, tak sampai 100 ribu yang hadir, mungkin teman boleh bersetuju. Sebabnya, dua orang yang patut mengenapkan angka 100 ribu, terpaksa patah balik. Bukan kerana takut dengan kata-kata abang"Saya pantang dicabar", tetapi kerana tiba-tiba teman sesak nafas. Maklumlah, teman ni, orang sakit!

Tetapi bang, semanggat teman tak pernah luntur. Teman ikuti setiap masa perkembangan gelombang kuning melalui internet dan kawan-kawan yang tak putus-putus menghantar sms. Teman tak lupa berdoa supaya perhimpunan ini berjaya walaupun cuba digagalkan oleh 4000 polis, termasuk FRU. Memorandam juga berjaya diserahkan untuk tatapap dan perhatian Yang DiPertuan Agung. Oh abang dollah, Gelombang kuning mencapai kejayaan besar! Rakyat tak peduli dengan kata-kata abang"saya pantang dicabar".Rakyat yang berjiwa kental, walaupun dipanjut dengan air asid dan bom gas pemedih mata, sambil bertakbir terus mara dengan berani dan berdisiplin.

Bang dollah yang diingati! perhimpunan petang tadi, jelas membuktikan bahawa rakyat begitu berdisiplin. Yang kurang ajar, ialah anggota polis. Mereka seperti gila babi mengejar sesiapa sahaja yang memakai baju t warna kuning. Adakah, abang dollah yang mengarahkan mereka supaya bersikap seperti babi gila? Mungkin tidak. Abang orang baikkan? Abang tak pernah melakukan dosa kan ?

Alat perkakas abang dollah seperti media cetak dan eletronik, menganggarkan tak lebih dari 4 ribu orang yang menghadiri perhimpunan tersebut . Bang dollah! polis sahaja 4 ribu orang. Sungguh tak masuk akal, 4 ribu polis mengawal perhimpunan yang dihadiri oleh 4 ribu peserta perhimpunan!

Cuba abang dolah lihat gambar di bawah ini yang diambil di dua lokasi. Ini tidak termasuk dilokasi yang lain. Ini juga tidak termasuk, rakyat yang disekat untuk memasuki KL. Cuba bayangkan bang , kalau kedatangan rakyat tidak disekat dan tidak ditakut-takutkan, bukan 100 ribu, malahan jumlah berkali ganda akan datang berhimpun bagi menyemarakkan lagi gelombang kuning. Dan selepas melihat gambar ini, cuba abang fikir-fikirkan bahawa abang sebenar sudah layak untuk memecat diri sendiri sebagai Perdana Menteri Malaya!kerana rakyat secara jelas menunjuk sikap tak ambil peduli langsung dengan gertakan abang!




Tiada ulasan: