Khamis, 18 Oktober 2007

Tahniah Malek !: Kau Menang Dan Kaya


KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memenangi ganti rugi RM2.5 juta dalam saman yang difailkan terhadap polis dan kerajaan bagi penahanan dan penderaan terhadap dirinya pada 1998.

Abdul Malek Hussin, 51, diberikan RM1 juta sebagai ganti rugi am bagi penangkapan dan penahanan secara salah, RM1 juta sebagai ganti rugi teladan, RM500,000 sebagai ganti rugi am bagi serangan dan layanan buruk dan faedah lapan peratus dari hari ini dan kos oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata Abdul Malek berhak kepada ganti rugi itu kerana penahanannya pada 10 malam, 25 Sept 1998 dan selama 57 hari ditahan mengikut ISA adalah menyalahi undang-undang dan dilakukan secara mala fide (niat jahat).Katanya soal siasat yang dijalankan ke atas Abdul Malek di Bukit Aman adalah bersifat politik bagi risikan mengumpulkan maklumat bagi tujuan politik dan tiada kena mengena dengan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

"Perlakuan para defendan adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan hina, kerana plaintif (Abdul Malek) bukan sahaja ditangkap dan ditahan secara salah selama 57 hari tetapi juga turut disakiti, diaibkan dan didera secara fizikal dan mental," kata Hishamudin.

Abdul Malek, pengerusi Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), sebuah organisasi bukan kerajaan, mendakwa beliau dianiaya oleh polis.
Di petik Dari Kl Pos.

Sebagai seorang yang pernah mengenali Malek Hussin, teman tumpang gembira dengan kemenangan beliau di Mahkamah hari ini. Hamba Allah yang bernama Malek Hussin ini yang pernah menjadi aktivis Pas suatu masa dulu dan pernah mengemparkan seluruh ahli Pas yang komited pada perjuangan, apabila secara mengejut menarik diri semasa beliau menjadi calun mewakili Pas bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan seterusnya menjadi ahli UMNO dilaporkan mengulas kemenangan beliau seperti berikut: "Bukan soal duit, tapi soal maruah".

Beginilah Malek , kau ambil kembali maruah kau, dan kau sedekahkan duit sebanyak RM2.5 juta pada aku yang sedang dalam kesusahan. Ada setuju?

Tiada ulasan: