Rabu, 17 Oktober 2007

Pas Kalah Teruk Dalam PRU Ke 12?

Terkejut teman bila Pas gagal pertahankan Negeri Kelantan dalam Pilihanraya Umum. Di negeri lain pun Pas kalah teruk. Jadi teman pun menanggis. Airmata teman bercucuran membasahi pipi teman. Siapa yang teman nak salahkan kerana kekalahan yang cukup memalukan itu?

Sebelum pilihanraya umum, terdapat pemimpin Pas yang menyatakan bahawa Pas akan tawan balik Negeri Trengganu. Kelantan pula akan terus kekal dibawah pemerintahan Pas. Juga diramalkan, Kedah dan Perlis akan buat pertama kali diperintah oleh Pas. Negeri-negeri lain, Pas diramalkan akan memenangi banyak kerusi.

Tapi terbukti ramalan pemimpin Pas meleset. Kelantan yang dipimpin oleh Tok guru Nik Aziz pun boleh tumbang. Semakin deras airmata teman mengalir dipipi yang pucat serta tak berseri ini.

Adakah kekalahan teruk Pas disebabkan kekurangan isu yang boleh mengugat kerajaan BN? Tentu jawapannya tidak. Isu terlalu banyak: Isu rasuah, isu Pak Lah suka tidur, isu perangai buruk pemimpin BN, isu indeks jenayah semakn menjadi, isu harga barangan keperluan naik, isu babi di Melaka, isu polis dan Umno berkerja cetuskan provokasi di Batu Buruk,isu video Linggam, dan ratusan isu yang telah dibangkitkan dan dihuraikan , yang kalau ikut sifir mudah, banyak kerusi Dun dan Parlimen BN pasti terlingkup. Tapi akhirnya BN menang besar.

Esakan dan tanggisan teman mulai reda. Menerpa pula api kemarahan yang meluap-luap di hati teman. Kekalahan maut Pas dalam Pilihanraya kali ini, tentu disebabkan penipuan dan manipulasi BN yang jauh lebih busuk dari pilihanraya umum tahun 2004. Untuk menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan, BN dikatakan , bukan setakat mengunakan pengundi hantu tapi mengunakan pengundi setan. Dan berbilion duit dihamburkan untuk membeli undi rakyat Kelantan.

Memang pada zahirnya teman lihat, Pak Lah seorang tua yang banggang ,kuat tidur dan lebih berminat bersuka ria. Tapi Pas lupa bahawa dalam keadaan banggang dan kuat tidur, Pak Lah mempunyai kelebihan yang tak ada pada Mahathir, iaitu wajah beliau. Nak kata Pak Lah hensem, rasanya teman lagi hensem. Teman perhatikan, wajah beliau macam rumah kebajikan. Ramai rakyat jatuh kesian tengok muka dia yang bersahaja (toho)dan tak berdosa. Dan dia juga pandai mencipta selogan yang boleh menjerat minda orang Melayu.

Orang Melayu yang mudah kesian, terus memberi undi kepada BN kerana kesian dengan Pak Lah yang macam Pak Pandir tapi semacam ada tarikan magnetik di wajahnya.Kalaulah kepala otak ramai para Professor Melayu yang mendiami menara gading pun boleh tergeliat sehingga sanggup menjual kesarjanaan mereka dengan memuji kepandiran Pak Lah, apa sangat yang boleh diharap dari rakyat terbanyak.

Oleh itu isu-isu besar yang bersifat nasional tenggelam akibat dari wajah Pak Lah yang kelihatan macam pandir, tapi wajahnya ada cop "kebajikan masyarakat"

Demikianlah mimpi teman malam tadi. Moga malam ini, teman bermimpi BN tersungkur dalam keadaan menjijikkan dalam PRU ke 12 nanti. Kalau BN terus juga menang, teman akan tunggu malam esok.

Mungkin malam esok, teman akan cuba bermimpi bahawa rakyat diseluruh negara akan menumbangkan kerajaan BN melalui perjuangan di jalanraya. Mimpi yang sebegini lebih manis dan indah dari mimpi berjumpa girl friend lama! Betul tak Pak Lah!

Tiada ulasan: