Paklah oh Pak Lah , hendak hantar lagi kah angkasawan(Pelancung angkasalepas)? Betui ke akhbar hari ini tulis bahawa Pak Lah cakap, negara Malaya mampu hantar lagi calun angkasawan negara yang kedua kerana duit ada untuk tujuan tersebut dan dalam masa yang sama duit masih bertimbun untuk membangunkan negara? Kalau betui cakap Pak Lah, teman nak tanya sikit, masa Pak Lah bercakap tu, Pak Lah sedang separuh tidur atau tidur sepenuhnya? Kalau separuh tidur atau tidur dengan penuh perasaan, maka teman anggap bahawa cakap Pak Lah tak boleh pakai.
Kalau Pak Lah tak tidur dan sedar apa yang Pak Lah cakap, maka teman nak tanya beberapa soalan mudah supaya Pak Lah senang faham.
Pertama: Adakah duit negara, Pak Lah rasa macam duit Pak Lah sendiri , boleh buat sesuka hati sehingga sanggup hantar angkasawan kedua ?
Kedua: Apakah Pak Lah telah berfikir dari sudut keutamaan ? Mana lebih utama menghantar angkasawan ke angkasa lepas atau membantu ramai lagi rakyat jelata yang hidup mereka semakin tertekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi? Mana lebih utama ,membelanjakan duit untuk menghantar angkasawan untuk tujuan ujikaji bodos atau menghapuskan PTPTN dan kembali memberi biasiswa kepada pelajar di IPT?
,
Ketiga: Apa tujuan Pak Lah hendak hantar angkasawan kedua? Oh hendak buat kajian!. Dah habiskah kajian tentang hal-hal yang berkaitan dengan bumi sehingga perlu dihantar rakyat Malaya ke angkasa?
Ketiga : Adakah Pak Lah rasa dengan program menghantar angkasawan ke angkasa lepas, Malaya akan dihormati oleh seluruh negara maju dan membangun sedangkan Malaya sudah cukup terkenal, diantaranya kerana Indeks rasuahnya yang tinggi, tahap kebebasan akhbar semakin jatuh merudum, indeks jenayah yang semakin meningkat , badan kehakiman semakin hilang kridibilitinya dan banyak lagi yang seumpama dengannya? Atau pun Pak Lah hendak penaik nama Pak Lah sebagai pemimpin yang berwawasan untuk menyaingi imej Tun Dr Mahathir yang pernah dilabelkan sebagai pemimpin agung Malaya?
Demikian soalan teman.
Cadangan teman:-
1. Kalaulah Pak Lah banyak duit, hantar saja menantu lelaki Pak lah yang sekor tu ke angkasa lepas. Sebaik saja misinya selesai dan selamat pulang ke Malaya, beri dia ganjaran. Calun Angkasawan yang tak dapat naik ke angkasa lepas pun boleh dinaikkan pangkat dari jawatan Kapten ke jawatan Mejar , masakan menantu Pak Lah yang sekor tu, tak diberi apa-apa. Sekurang-kurangnya beri dia peluang menentang Datuk Seri Najib untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.Bior cepat budak itu jadi Perdana Menteri Malaya mengantikan Pak Lah. Pak Lah jangan risau, ahli UMNO takkan berani menentang selagi Pak Lah berkuasa.
2.Kalaulah benar perbendaharaan negara Malaya bertimbun dengan duit, eloklah Pak Lah gunakan duit itu untuk membantu orang miskin macam teman, membantu pelajar di IPT dan lakukan aktiviti kebajikan yang lain. Ianya adalah lebih utama dari menghantar seorang demi seorang angkasawan ke angkasa lepas.
3. Teman tak kata, hantar angkasawan ke angkasa lepas seratus peratus tak baik. Banyak juga faedahnya. Teman tak juga kata, pembangunan program angkasalepas tak bagus. Tapi, bab program yang berkaitan dengan angkasalepas pada pendapat teman , adalah permainan negara-negara yang sudah bertaraf maju. Malaya adalah negara yang sedang membangun. Mungkin pada tahun 2020 , Malaya boleh dikatogerikan sebagai negara maju. Masa tu, kalau Pak Lah masih bernyawa lagi dan masih kekal sebagai PM, Pak Lah boleh hantar rakyat Malaya ke angkasa lepas setiap hari.Buat masa ni,bereskan soal yang lebih utama. Kalau Pak Lah terus berdegil hendak laksanakan impian Pak Lah, teman dengan sukacitanya ingin memberi gelaran paling berprestij kepada Pak Lah iaitu: Pak Lah:Bapak Kepada Kepala Babak Pembangunan Angkasa Lepas Negara.
Sekian cadangan teman seadanya.
Teman tahu, blog ini Pak Lah tak pernah singgah.Pengunjung ke blog ini pun bukan ramai.Boleh dikira dengan jari. Teman sedar bahawa teman bukannya penulis blog yang mutu tulisan dan penganalisaanya adalah tinggi. Sesungguhnya keadaan kesihatan teman semakin teruk , maka natijahnya , tahap pemikiran teman semakin merosot.Tapi rasanya belum sampai ke peringkat pikun!
Namun demikian , selagi teman bernafas , teman akan menulis apa sahaja yang melintas di kotak pemikiran.Sekurang-kurangnya untuk bacaan anak-anak teman.Bior mereka tahu dalam keadaan lemah pun ,teman tak pernah berhenti melawan UMNO dan BN yang merupakan paksi segala kejahatan dan ketidakadilan di Malaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan