"AGAMA Islam menolak pihak yang cuba melakukan rusuhan yang akhirnya membawa kepada kerosakan harta benda awam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata tindakan merusuh di tempat awam merupakan tindakan yang tidak bersesuaian dengan keadaan negara ini yang hakikatnya di dalam keadaan aman.Beliau berkata rakyat di negara ini sebenarnya inginkan keadaan yang aman dan menolak sebarang tindakan ganas yang dicetuskan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara."Kita tidak suka jika ada yang bertindak liar dan berbuat rusuhan dan kesusahan. Kita tidak mahu itu.
"Allah juga tidak sukakan mereka yang melakukan rusuhan dan kerosakan di buminya," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan daif Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, di sini.( Di Petik dari laman web Kl Pos )
Wahai Pak Lah Perdana Menteri Malaysia, hang kena tanya, mengapa berlaku rusuhan. Jangan dok meracau tak tentu kira. Adakah salah satu rukum Islam Hadhari adalah meracau tak keruan?
Teman cuba untuk menyayangi Pak Lah beribu kali, tapi sampai kini rasa sayang pada seorang yang bernama Abdullah Ahmad Badawi masih belum berjaya tersemat dihati teman. Jangan kata teman tak cuba. Bukan teman bencikan Pak Lah. Teman cuma belum sayang lagi. Kalaulah dalam keadaan hati teman masih belum dapat menyayangi seorang Perdana Menteri, tak tahulah bila nyawa Pak Lah direntap oleh Malaikat Maut adakah teman akan ketawa dan bertepuk tangan? Harap tidak. Teman akan cuba bersedih. Tapi bolehkah kesedihan dipaksa? Oh, Pak Lah teman tak tahu hendak jawab, kerana Pak Lah masih hidup .
Wahai Pak Lah, memang Islam mengajar supaya manusia hidup dalam keadaan rukun damai. Tak galakkan rusuhan. Tak payah belajar agama tinggi-tinggi pun, semua umat Islam tahu tentang ini. Tapi macam mana nak aman, kalau ada orang tak faham erti bertoleransi, demokrasi dan meraikan perbedaan pendapat?
Pak Lah ada orang kata , Pak Lah macam burung kakak tua yang pandai bercakap tapi tak tahu apa yang dicakap. Ada juga yang cakap , Pak Lah jenis IQ rendah. Yang Pak Lah tahu hanyalah hendak jadi Perdana Menteri walaupun banggang. Teman ulangi, bukan teman yang cakap. Tapi orang lain.
Cuba Pak Lah fikir, apakah rusuhan di Batu Buruk boleh jadi secara sendiri? Tentu tidak. Rusuhan berlaku kerana ada aksi yang mencetuskan riaksi. Siapa yang mulakan aksi tersebut? Semua orang tahu jawapannya, iaitu Polis Diraja Malaysia yang datang ke situ bagai balatentera yang hendak menyerang musuh negara(ada orang kata "Angkatan Polis UMNO") . Aksi tersebut termasuk menangkap puluhan orang awam yang asalnya mahu mendengar ceramah tapi mereka tak tahu ceramah yang hendak diadakan tak diberi permit oleh polis. Dan aksi yang paling sadis, ialah apabila terdapat seekor polis menembak 2 orang awam dengan peluru hidup.
Maka akibatnya berlakulah riaksi dari segelintir rakyat yang sudah muak dengan perlakuan anggota polis yang ganas dan keganasan mereka mungkin terpengaruh dengan ajaran Islam Hadhari yang direstui oleh bapak kepada bapak Setan yang bernama George Bush.
Pak Lah , kalaulah Barisan Nasional dan Polis tahu erti demokrasi dan punya toleransi, rusuhan tidak akan berlaku. Tapi sayang Pak Lah dan sekutu pura-pura membahlolkan diri dan terus mendabik dada bahawa demokrasi Malaysia lebih baik dari negara-negara lain terutama di sebelah Afrika.
Wahai Pak Lah kalaulah terasa hendak jadikan Malaysia sebagai negara Polis, syarat-syaratnya sudah hampir lengkap. Cuma beberapa langkah sahaja yang diperlukan. Oleh itu sempurnakanklah ia dengan cara mengharamkan semua parti politik pembangkang dan kalau ada golongan yang bangkit menentang kerajaan , maka tembak dan bomlah mereka. Biar yang hidup di Malaysia hanya penyokong Barisan Nasional dan rakyat yang sudah dijadikan bangkai bernyawa.
Dengan demikian tentunya, Paklah akan jadi pemimpin diktator sampai nyawa berpisah dari badan.
1 ulasan:
cadangan ye. jgn mare..dalam konteks politik plak, pas dan umno bergabung, agama dan imu, tingkatkan agama, tingkatkan ilmu, jadi dgn adanya kedua2 , haa, us ka hapa kaa, semua goyang, orang akan kurang mempermainkan kita, dgn kepandaian, kebebasan bersuara kedua pengerak bangsa , banggakan agama kita, letakkan agama sebagai tunjang yang kuat dalam memiliki pembelajaran yang tak terbatas , adakan sistem yang best, blh menyehatkan pelajar, seperti aktiviti yang berpaedah, aktivi pembelajaran lengkap tanpa batasan, dan kerajaan harus bagi kerjasama dan bukan nya tembok penghalang bagi remaja2 mana2 pon la dalam dunia ni, jgn kerna wang yang sementara dan keseronokan sementara jadi lupa dan lalai, bergabung la kawan2 ku, pejuang2. pelajar, pemimpin , menteri2, dan sekalian rakyat dunia sekalipun, jadikan hidup kita beerti didlm perjuangan, kita lahir untuk sedikit makna, makna yang luas didalam dunia, pendidikan, dan apa2 pun , sekalipun politik, politik juga perlukan mutu belajar, agama, hiburan boleh tapi jgn salah guna kan dan terlampau, mungkin juga byk kelalaian , antara tv, keseronokan sesuatu, urm, pergaulan, semua tak salah, tapi mesti ada cara, saya wakil berckp tak da sangkut paut dgn mana2 pon, tapi saya terniat memberi cadangan, comment, dan apo2 lah. mungkin kita boleh tarik pemuda2 kita dgn cara, cara yang menarik tertarik , aktiviti sehat, pergaulan sesame, tapi nk kena ada cara la, yang betui ja kita ikut, yang ngarut jgn le sesekali, berusaha memperbaiki apa yang kurang, tak mungkin ada yang perfect, tapi kita boleh bergabung sedikit2 menjadikan ia sebagai lambang usaha dalam semua, kita boleh juangkan bangsa, tanah air, harta benda, agama, keluarga kita, anak beranak mungkin, adik beradik, tapi perlukan byk2 kerjasama dari semua pihak, bersatu. berjuang pula bukan pada kau tikam aku kau tikan aku, jgn , dose, makna nya murnikan hati sendiri , ubah cara sendiri, dan pemikiran yang terbentang luas, haaa. semua nya dalam satu, dan memperjuang kan satu dalam beriboo, pikir2 kan lah , usulkan pada semua kalau boleh, sudah masa kita bersatu, mempertahan segala-galanya yang kita kecundang, khabarkan, dan kerajaan, rase macam mane nk usulkan dkt kerajaan, halalkan pembelajaran kita tanpa hang. mesti pemuda kita bijak bistar disukai ramai, hehe
Catat Ulasan