Isnin, 16 Julai 2007

Cerita Yang Kita Tak Mahu Dengar

Sehingga saat ini Helikopter Nuri yang dilaporkan hilang, masih gagal dikesan.

Sehubungan itu ramai yang kesal dengan sikap kerajaan yang masih mahu mengunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja(TUDM) walaupun kebanyakkannya telah berusia 40 tahun ke atas.

Ada yang mencadangkan supaya Pak Lah , Tok Najib dan menteri-menteri lain jangan guna helikopter Eksekutif, tapi guna helikopter Nuri bagi lawatan kerja dalam negeri. Kalau Pak Lah dan menteri lain mengunakan Nuri mungkin mereka akan dapat menghayati kengerian menaiki helikopter jenis itu dan masa itu barulah mereka tersedar bahawa mereka dalam bahaya.

Kenyataan Sdr Sallahuddin Ayub di harakahdaily hari ini adalah sangat tepat bila beliau berkata "Apa maksud Najib bila beliau mendakwa Nuri masih boleh digunakan? Nak tunggu berapa orang terkorban? Atau nak tunggu sehingga (Datin Seri) Rosmah (Mansor) terlibat dalam kemalangan ketika menaiki Nuri baru hendak menggantikan helikopter pemangsa itu?" katanya.

Katakan , kenyataan Sallahuddin Ayub disambut oleh Tok Najib dan isterinya yang secara mengejut bersedia untuk menaiki helikopter Nuri bagi membuktikan helikopter Nuri masih selamat digunakan. Percayalah, satu Malaya akan terkagum dengan keberanian Tok Najib dan isterinya. Isu 'gambar' pun terus hilang ditelan bunyi enjin helikopter Nuri!

Dan penerbangan tersebut akan bertambah dramatik sekira ianya bertujuan untuk sama-sama mencari helikopter yang sehingga sekarang boleh dianggap hilang. Teman bayangkan ramai orang beli teropong, untuk lihat Tok Najib dan isteri berterbangan di atas helikopter Nuri. Dan Sdr Sallahuddin teman bayangkan ralit melihat ke langit sambil mengelus jangutnya yang tumbuh nipis didagunya.

Tiba-tiba pada pukul 12.05 tengahari, Malaysia dikejut dengan berita yang tidak ingin kita dengar bahawa: sebuah lagi helikopter Nuri kepunyaan TUDM didapati hilang tak dapat dikesan. Helikopter Nuri yang hilang ini sedang dalam melakukan misi mencari helikopter Nuri yang telah beberapa hari hilang dan tak dapat dikesan. Dan paling mendukacitakan rakyat malaysia, di dalam misi ini turut serta Timbalan Perdana Menteri yang kita kasihi bersama isterinya.

Pak Lah yang sedang mengantuk dipejabat terkejut dan menjerit: "Oh god, please save my Deputy"

Datuk Seri Hishamuddin , Menteri Pelajaran merangkap sepupu Tok Najib, kelihatan terkejut beruk dan kemudiaan menanggis memanjang dengan suaranya yang amat parau.

Menteri-menteri yang lain pun bersedih tapi ada yang berbisik sesama sendiri:"Siapa pengganti Najib"

Pak Sheikh Anwar Ibrahim ketua de facto PKR juga kelihatan bersedih dan dilaporkan berkata" Semoga Najib selamat kerana banyak pertanyaan saya belum dia jawab".

Pada pukul 4.08 petang, TV dan radio membuat satu pengumuman : Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang kita kasihi berserta isterinya didapati selamat tanpa sebarang kecerderaan. Enjin serta sistem telekomunikasi helikopter Nuri yang dinaiki beliau telah tiba-tiba rosak. Tetapi berjaya membuat pendaratan kecemasan di sebuah perkambungan orang asli. Dan sebaik sahaja pasukan penyelamat menemui TPM kita, mulutnya tidak berhenti menyebut:Ini Nuri tak boleh pakai lagi. Besok juga saya akan suruh Razak Baginda menguruskan pembelian 200 buah helikopter yang baru dan tercanggih. Hoi, panggilkan Razak Baginda sekarang juga"

Tiba-tiba teman terkejut bila anak bongsu teman berkata dengan nada yang kuat: Umi , tanya walid dah sembahyang Azar ke?

Eh, teman mimpi ke? atau melamun?

Walaupun teman bermimpi atau melamun yang penting bakal Perdana Menteri teman selamat wal afiat!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sheikh, kalo ante jahil tentang teknologi dan kebolihan helikopter jgn merapu. Buka buku jangkahayat injin satu jenis helikopter baru komen tentang itu. Jgn tak pandai tapi nak cakap, org cakap tentunya dia sudah dapat maklumat dari pakar. Jgn jadi keldai berlagak nak jadi unta

sheikh teluk intan berkata...

Salam,
Terima kasih kepada saudaraku atas segala nasihat dan pandangan. Yang salah teman kerana jahil tentang helikoptr Nuri. Teruskan perbetulkan teman kalau ada kesalahan yang lain kerana kadang-kadang teman tak sedar bahawa bahawa teman ini keldai yang tak sepatutnya jangan berlagak sebagai unta.

Terima kasih. Salam.

Tanpa Nama berkata...

Ni sapa yang tak paham nie? Sapa keldai sapa unta? Tok sheikh bukan cerita pasal helikopter, cuma kaitan ttg helikopter. kalau tak pandai baca blog, belajar la main blok-blok lego ka, kawada ka. Probably anonymous still confusing between najib razak and razak baginda; keldai and unta?!!