Rabu, 18 Julai 2007

Takziah Buat Keluarga 6 Krew Helikopter Yang Terkorban

Akhirnya helikopter Nuri yang dilapor hilang telah dapat dikesan petang semalam. Yang memilukan hati kita , kesemua krew seramai 6 orang telah didapati terkorban. Dan sepilu mana pun hati kita semua, lebih pilu lagi ahli keluarga mangsa yang terkorban. Walaubagaimanapun sebagai orang beriman, kita percaya kesemua ahli keluarga yang terkorban akan dapat menghadapi saat yang menyayat hati ini dengan tenang dan menerimanya sebagai suratan tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Teman dan seluruh ahli keluarga berdoa semoga roh mereka yang terkorban berada dibawah rahmat dan keampunan tuhan.

Amin.

Tiada ulasan: