Selasa, 5 Jun 2007

Berita Kes Altantuya dan Pak Lah

Teman jarang baca Utusan Malaysia tetapi hari ini teman terbaca. Nak buat macam mana.

Di muka depan surat khabar itu diberitakan Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk menangguh kes Altantuya yang sepatutnya didengar semalam , kepada 18 Jun 2007. Alasan penangguhan cukup mudah iaitu berlaku pertukaran pasukan pendakwaraya.

Kesian teman pada Dr Sharibbu,ayah Altantuya yang datang dari jauh untuk mengikuti perbicaraan kes anaknya yang mati berkecai di Malaysia tahun lepas. Terpaksalah dia tinggal lebih lama di Malaysia.

Untuk menyedapkan hati Dr Sharibbu yang diasak gundah gulana, teman ingin syorkan, inilah masa yang sesuai untuk beliau melawat banyak tempat yang menarik di negaraku yang bernama Malaysia. Apatah lagi , tahun 2007 adalah tahun melawat Malaysia.Kalau tak cukup fulus minta bantuan dari Tengku Adnan Mansur.

Di dalam harakadaily yang teman baca semalam, terdapat dakwaan seorang pengamal undang-undang yang berkata" "Seolah-olah ada agenda apabila berlaku pertukaran pasukan pendakwaraya di saat-saat akhir bagi kes berprofil tinggi ini. Apa yang terjadi tidak normal dan jarang berlaku terutama di sebelah pihak pendakwa,"

Pengamal undang-undang itu juga menegaskan, berdasarkan pengalamannya selama dua puluh tahun menjadi peguam, ini merupakan kali pertama pertukaran pasukan pendakwaraya berlaku di saat akhir dan dia seterusnya berkata: "Jadi jangan dipersoalkan apabila ada pihak mungkin mendakwa ada agenda di sebalik perkara ini. Apa yang berlaku agak tidak normal dan jarang berlaku. Bukan bermaksud apa yang berlaku ini salah, tetapi ia harus mempunyai kesinambungan daripada kes yang dikendalikan. Apakah ini adil kepada pasukan yang baru mengambil alih kes ini di saat-saat akhir?".

Jelasnya lagi, pasukan pendakwaraya yang baru sudah tentu tidak bersedia untuk mengendalikan kes dalam masa yang begitu singkat. "Kalau keputusan telah dibuat sedari awal pasukan yang mengendalikan kes ini, sepatutnya ia diteruskan. Mengapa di saat-saat akhir baru ditukar? Mesti ada arahan tertentu. Dan arahan tersebut bukan calang-calang arahan. Mesti 'special'," katanya penuh dengan makna tersirat.

Dan dalam masa yang sama, teman terbaca bahawa peguambela , Sdr Zulkifli Nordin telah membuat kenyataan bahawa beliau telah menarik diri dari mewakili salah seorang yang tertuduh atasan alasan gangguan pihak ketiga.

Kepada Sdr Zulkifli Nordin , eloklah mike beritahu siapakah pihak ketiga ini.Jangan biorkan teman tertanya-tanya. Orang lain pun nak tahu. Harap-harap bukan Tok Najib.

Teman walaupun tak pernah sayang pada Tok Najib,Timbalan Perdana Malaysia yang lawa itu, tetapi teman percaya dia bukan pihak ketiga yang ganggu kerja Zulkifli dan juga orang yang campur tangan dalam membuat arahan supaya dilakukan pertukaran pasukan pendakwa.Alasan teman mudah iaitu Tok Najib bukan orangnya, kerana dia diantara Timbalan Perdana Menteri yang bukan terbanggang di dunia dan oleh itu apa perlu dia memberi arahan kepada Hakim dan mengganggu kerja Zulkifli Nordin, melainkan dia ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Tambahan pula semasa pilihanraya Kecil Ijok, Tok Najib telah menafikan dengan bersaksikan Allah, bahawa dia tak terlibat dengan kes Altantuya. Malah tak kenal pun dengan perempuan Mongolia itu.Icecream cap magnolia dia tahulah!

Tok Najib bukanlah orang yang terlalu banggang untuk terlibat dalam kes berprofil tinggi ini, percayalah cakap teman!

Sekiranya ada orang yang mengandaikan orang ketiga itu adalah Tok Najib, teman percaya ianya datang dari mulut orang UMNO yang tak sukakan Tok Najib kerana terlalu sayang kepada Pak Lah secara keterlaluan dan melampau.

Memang teman kesian pada tok Najib walaupun hati teman tak ada sekelumitpun rasa sayang pada beliau. Beliau pernah dikatakan, ditangkap berkhalwat di Port Dikson dengan seorang artis yang kini jadi isteri orang. Tapi sampai sekarang tak ada bukti yang dikemukakan. Beliau juga dikatakan mengisinkan isterinya berlaga pipi dengan Salman Khan,Hero Bollywood. Dalam hal ini teman , bersangka baik bahawa mungkin Tok Najib sejak awal-awal lagi telah meminta isterinya melapikkan seluruh wajahnya dengan sarung berteknologi tinggi yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.Oleh itu Salman Khan berlaga dengan pipi Datin Seri yang telah disarungkan.

Dan ada yang kata Tok Najib bukan seorang muslim yang baik kerana isterinya tak bertudung. Pun , teman bersangka baik, mungkin rambut yang kita lihat di atas kepala Datin Seri adalah rambut palsu. Dengan itu rambutnya yang sebenar tak kelihatan walaupun sehelai!Ini kes macam Salima AF4!

Sekali lagi teman merayu kepada Sdr Zulkifli Nordin, beritahulah yang sebenornya. Tapi kalau sdr takut kena bom seperti yang berlaku ke atas Altantuya, carilah tempat yang paling selamat. Dan tempat yang paling selamat pada hemat teman ialah rumah Tok Najib.Jangan gelak!

Macamanapun, teman percaya kes Altantuya telah melonjak nama Malaysia di seluruh pelusuk dunia. Pendik kata , kerana kes Altantuya, Malaysia telah menjadi buah mulut manusia di atas dan di bawah anggin. Oleh itu kepada pihak tertentu janganlah nak mengatal membazirkan duit, untuk keliling dunia dengan kapalterbang satu enjin, atau memanjat puncak Everest puluhan kali, berenang menyeberang lautan pasifik dan Atlantik atau duduk dalam sangkar penuh buaya selama 40 hari 40 malam bagi tujuan memecah rekod demi memperkenalkan dan memashurkan nama Malaysia kepada dunia. Kalaulah terasa duit dah berlebihan , baik hulurkan pada teman yang sedang dalam kesempitan wang kerana dah tak ada kerja.Besor pahalahnya!

Kes Altantuya telah cukup menjadikan Malaysia terkenal. Kes Altantuya juga telah membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH!

Setakat ini kes Altantuya. Teman masuk cerita lain.

Di muka dua akbar Utusan Malaysia, teman terbaca bahawa Pak Lah , Imam Besar Islam Hadhari, merangkap Perdana Menteri Malaysia yang sekian lama menduda, cukup kecewa kerana segelintir kakitangan awam tak hafal lagu Cermerlang,Gemilang dan Terbilang.

Memang tak patut,hati teman berdesis.Pak Lah yang hafal beribu ayat-ayat al Quran pun masih boleh hafal lagu tersebut, inikan pula segelintir kakitangan awam yang teman percaya hanya hafal surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim. Apa kata Pak Lah sendiri buat kelas khas untuk segelintir kakitangan yang berkenaan, supaya mereka dapat menghafal lagu tersebut dan dibantu pula oleh seorang guru vokal.Dan teman cadangkan saudari Shafinaz, dia bukan sahaja artis tetapi pensyarah ilmu muzik, khususnya ilmu vokal. Oleh kerana Pak Lah dan Shafinaz, belum punya pasangan, mungkin kelas yang teman cadangkan akan jadi lorong kepada tamatnya zaman duda Pak Lah bila berkawin dengan seorang artis.

Bukankah di zaman ini ramai orang tua yang sudah nak mampus, tergila-gila hendak berkawin dengan artis? Bukankah ini peluang baik , wahai Pak Lah.

Dan teman rasa Syafinaz sukar menolak kerana Pak Lah orang baik. Imam Islam Hadhari dan Mr Clean katakan. Tambahan pula, Pak Lah sejenis manusia yang suka kepada ahli keluarganya yang serba hebat. Dia ada menantu lelaki, lulusan Oxford. Dia ada anak perempuan yang debab , tapi putih melepak. Dia anak lelaki lawa yang kayaraya.

Dan bila Pak Lah kawin dengan Shafinaz, bilangan ahli keluarga yang hebat semakin bertambah kerana isteri barunya tidak kurang hebat iaitu isteri yang muda dan cun melecun dan artis tersohor pula.

Pada firasat teman bukan masalah kalau Pak Lah mahu melihat Shafinaz memakai baju kebaya nyonya seperti arwah Datin Seri Hendon, asalkan Pak Lah bahagia dan perkahwinan ini diharapkan dapat menjadikan Pak Lah terlupa pada hobinya, iaitu suka tidur!

Maaf Pak Lah kalau imiginasi teman kali ini mengusik perasaan Pak Lah yang tidak terlintas hendak mencari Shafinas tetapi hanya mahu mencari Al Ghazali dan Shafie! Sekadar bertanya : Dah jumpa ke?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ko badut tua ker?

sheikh teluk intan berkata...

memang pun.buat apa nak nafi