Sabtu, 19 Mei 2007

Tun : pohon maaf kali kedua

Harakahdaily Fri May 18,07 05:45:03 PM memberitakan:"Tun Dr Mahathir Mohamad yang semakin pulih kesihatannya hari ini mengucapkan tahniah kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Zara Salim di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.
Isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN) di sini mengikuti perkembangan perkahwinan pasangan diraja itu melalui berita yang disiarkan oleh akhbar hari ini.
"Saya sudah beransur pulih banyak," katanya kepada Bernama dalam satu pertemuan eksklusif di biliknya sambil membelek-belek akhbar yang memaparkan banyak gambar dan berita majlis pernikahan pasangan diraja itu.
Tun Mahathir yang dipindahkan ke IJN dari Hospital Langkawi pada Selasa kerana mengalami kesukaran bernafas, bagaimanapun berkata beliau tidak pasti bilakah beliau boleh keluar dari institut itu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua doktor dan kakitangan Hospital Langkawi dan IJN yang merawat beliau dengan begitu baik.
Katanya beliau kini sudah boleh berjalan di keliling katil di biliknya dan tidak lagi berasa pening-pening atau mengalami kesukaran bernafas.
"Saya juga tidak mempunyai pantang larang untuk makan," katanya penuh riang sambil sekali-sekala berjenaka dengan staf peribadinya yang berada dalam bilik itu.
Tun Mahathir juga berkata apabila beliau dibenarkan keluar nanti, jadual kerjanya yang terlalu ketat selama ini akan dikurangkan atas nasihat doktor pakar jantungnya, Datuk Dr Nasir Muda.
Dr Siti Hasmah turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk penduduk Langkawi yang telah berdoa dan mengadakan majlis doa selamat serta sembahyang hajat di masjid-masjid supaya Tun Mahathir cepat sembuh.
Sementara itu, Dr Nasir berkata Tun Mahathir akan berada di IJN untuk beberapa hari lagi.
Dr Mahathir masih perlu menjalani fisioterapi dada pada setiap hari dan harus berada di bawah pengawasan doktor, katanya"


Syukur Tun Mahathir telah hampir pulih sepenuhnya. Sidikit hari lagi Tun boleh balik rumah. Banyak benda boleh buat di rumah. Rumah dan haspital jauh berbeza. Banyak benda yang tak boleh dibuat di hospial tetapi dirumah boleh. Misalnya bermain dengan cucu. Di hospital , kalau cucu suruh Tun jadi kuda supaya boleh dinaiki, tentu Doktor tak beri kebenaran walaupun Tun mahu jadi kuda kepada cucu. Di rumah sendiri ,kalau cucu suruh Tun jadi naga sekalipun, Tun akan buat. Semua orang bertaraf datuk sayang cucu, termasuk Tun.

Dalam posting kemarin teman telah memohon maaf pada Tun. Hari ini sekali lagi teman nak minta maaf pada Tun atas kesalahan yang lain. Banyak sebenornya lagi kesalahan teman pada Tun. Walaupun kemungkinan Tun tak akan meninggalkan dunia ini dalam masa terdekat kerana Tun semakin sihat, teman tak nak bertangguh untuk memohon maaf lagi. Buat kali kedua.

Semasa pemerintahan Tun banyak benda yang Tun buat , teman tak setuju. Bukan teman seorang yang tak setuju, tetapi ramai lagi.

Teman pernah hina selogan "bersih ,cekap dan amanah" yang kerajaan jadikan wirid diawal pemerintahan Tun. Teman membuat tafsiran yang siknikal pada selogan Tun.

'Bersih' teman tafsirkan, Tun dan sekutu mempunyai hobi menyapu bersih harta negara dan rakyat. 'Cekap' teman tafsirkan, Tun dan sekutu telah dengan cekapnya menggunakan apa sahaja yang dibawah kawalan untuk kepentingan UMNO ,diri sendiri dan para kroni Tun. 'Amanah' teman tafsirkan, sebagai sikap amanah Tun terhadap kroni Tun sehingga sanggup melindungi mereka dari diambil tindakan kerana rasuah dan pelbagai penyelewengan yang jelas dilakukan oleh mereka.

Oleh itu teman mohon maaf kerana membuat tafsiran yang sedemikian buruk walaupun ada orang kata terdapat unsur kebenaran disebalik tafsiran teman itu.

Teman juga pernah maki hamun Tun kerana kecenderungan dan minat Tun terhadap projek mega yang melantak belanja besor.

Tun lancaukan projek lebuhraya utara- selatan. Dan rakyat kena bayau tol. Sampaikan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang banyak plaza tol di dunia ini. Namun , sejak lebuh raya utara-selatan siap , temanlah pengguna setia lebuhraya tersebut. Cepat sampai dan lebih selamat Tun!

Bila Tun lancaukan projek KLCC, dan projek lain seperi pembangunan Putra Jaya ,berpuluh gantang maki hamun teman terhadap Tun. Pada pendapat teman yang tidak setolol seperti yang disangkakan oleh dua tiga orang kawan, Tun adalah jenis manusia yang suka membazirkan duit negara bagi puaskan nafsu serakah Tun yang gilakan nama. Kononnya projek -projek mega itu boleh membuat seluruh negara didunia ini tersembul biji mata kerana kekaguman yang luarbiasa terhadap projek mega hasil ilham Tun. Dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Teman marah dan benci terhadap Tun yang sanggup melancaukan projek mewah tetap dalam masa yang sama , ramai rakyat yang masih tak ada rumah dan tak cukup makan yang
lebih perlu dibantu dan diberi keutamaan.

Rakyat miskin tak dapat banyak faedah melalui projek mega. Mereka cuma dapat menjamu mata, melihat keindahan KLCC dan PutraJaya. Atau kalau mereka bernasib baik, mereka diterima kerja menjadi pengawal keselamatan atau mencuci bangunan dan jamban di KlCC dan Putrajaya.

Tapi sekarang temanlah orangnya yang selalu ke KLCC. Macam-macam ada disana Tun!

Temanlah orangnya yang pernah tinggal hampir dengan Putrajaya kerana boleh usung anak bini selalu melihat keindahan Putra jaya, terutama di waktu malam.

Oleh itu Tun, maafkanlah teman atas sikap teman yang penuh emosi memaki hamun Tun kerana projek-projek mega sepanjang era pemerintahan Tun.Walaupun ada kawan menyokong pendirian teman yang anti projek mega tapi teman saja-saja mohon maaf sekali lagi Tun. Berapa kali maaf dahhh.

Dan kemuncak kemarahan teman dan maki hamun yang lebih ganas dan lucah yang sentiasa terpancut dari mulut teman terhadap Tun ialah apabila Tun pecat Timbalan Tun , yang bernama Anwar Ibrahim. Tun tuduh bekas presiden Abim itu ( teman dulu ahli Abim) , dengan pelbagai tuduhan yang cukup menghinakan dan amat menjijikan.

Di antara tuduhan Tun ialah Anwar kaki liwat dan perempuan. Tun kata , Anwar adalah sejenis manusia yang tak punya kekuatan moral. Oleh itu beliau tak layak jadi bakal perdana Menteri. Secara tidak langsung, selain dari Anwar , Tun seolah-olah beranggapan bahawa semua anggota kabinet Tun adalah terdiri dari manusia seperti malikat, yang bersih dari dosa dan skandal seperti Tok Najib, Tok Rafidah Aziz, Tok Sammy Vellu dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.

Lebih dari itu, Anwar bukan sahaja Tun tuduh sebagai kaki liwat dan perempuan, tapi agen Amerika, pendokong IMF , perasuah dan berpuluh tuduhan yang otak teman tak boleh terima.

Akibatnya, Anwar bekas presiden ABIM semasa teman jadi ahli Abim, telah dihukum penjara kerana kesalahan rasuah yang tak melibatkan duit sesen pun. Bukan sehari, Tun. Tapi beratus hari. Bukan seronok duduk dalam penjara,Tun. Kalau tak percaya cuba try mohon pada Pak Lah , untuk Tun duduk sehari dua di penjara Kajang atau Sunguh Buluh. Yang baiknya di penjara Kajang kerena taklah jauh sangat dengan rumah Tun sekarang.

Nasib baik Anwar akhirnya dibebaskan dari tuduhan meliwat di era pemerintahan Pak Lah. Itu sebab , ramai orang kata sistem perundangan Malaysia bertambah baik sekarang berbanding di zaman pemerintahan Tun!

Entahlah Tun, apakah teman perlu minta maaf kepada Tun kerana memaki hamun Tun atas pelbagai tuduhan Tun ke atas Anwar yang teman tak yakin beliau lakukan. Teman tahu Anwar bukan maksum. Dia pun banyak melakukan kesilapan semasa jadi menteri dulu. Tapi tuduhan Tun terhadap Anwar adalah sesuatu yang terlalu menjijikkan , keterlaluan dan ada yang tak boleh diterima oleh akal yang sihat.

Walaubagaimanapun , dalam kes Anwar ini, teman perlu juga minta maaf kerana teman pun terlalu keterlaluan memaki hamun Tun sehingga ke tahap melebelkan Tun sebagai MAHA FIRAUN. Maafkan teman Tun.

Sekarang teman hulurkan tangan untuk bersalam dengan Tun secara vitual dan sambutlah salaman teman ini wahai Tun, secara vitual juga. Bermaaf-maafanlah kita.

Teman sudah minta maaf kepada Tun . Dan sekarang teman tiba masanya teman nak ucapkan ribuan terima yang tak terhingga kepada Tun kerana Tun adalah orang pertama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan secara tergempar di suatu malam selepas pemecatan Anwar sebagai TPM , yang mengemukakan usul untuk memecat Anwar dari menjadi ahli UMNO untuk selama-lamanya. Dan usul Tun tersebut diterima oleh kebanyakkan ahli majlis tertinggi yang selama ini menyokong Anwar. Maka hilanglah nama Anwar Ibrahim dari senarai keahlian UMNO mulai malam itu.

Untuk pengetahuan Tun, semasa Anwar mengistiharkan diri masuk UMNO, seminggu airmata teman tumpah. Sedetik teman tak pernah terfikir, Anwar sanggup masuk UMNO, parti yang bermazhabkan faham kebangsaan dan sekular. Tapi entah apa jampi serapah Tun, sehingga Anwar pejuang Islam hakikiyun akhirnya rebah dan menyertai parti sial tersebut.

Dan kali ini teman tak akan memohon maaf kepada Tun kerana dikesempatan ini teman menyatakan bahawa UMNO adalah parti sial. Sial yang paling sial!.

Tiada ulasan: