Ahad, 20 Mei 2007

Isu murtad yang tak selesai.

LAPORAN HARIAN METRO 20 MEI 2007
Sukar lafaz kalimah syahadah: Penangan air sihir
KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran. Semua itu membuatkan tubuh saya panas!” Itu pengakuan seorang wanita berusia lewat 20-an yang hampir dua tahun keluar daripada agama Islam.

Cuma mahu dikenali sebagai Sarah, wanita itu kini berusaha untuk kembali kepada Islam sejak dua bulan lalu selepas menghuni sebuah pusat perlindungan di pinggir Kuala Lumpur.Dalam pertemuan eksklusif dengan Metro Ahad, Sarah bukan saja berkongsi kisah bagaimana dia keluar daripada Islam, tetapi turut mendedahkan ramai orang Melayu beribadat di rumah ibadat agama lain yang dianutinya.Ikuti temubual TUAN ASRI TUAN HUSSEIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN bersama Sarah.
Soalan (S): Kami diberitahu anda sudah keluar daripada agama Islam, betul?
Jawapan (J): Ya.S: Sejak bila?J: Mula mendekatkan diri pada hujung 2005 tapi secara serius pada pertengahan 2006.
S: Adakah anda kini ‘free thinker’ atau menganut agama lain?
J: Saya menganut agama lain, tapi sejak dua bulan lalu saya cuba kembali kepada Islam.
S: Maksudnya, sekarang anda sudah kembali Islam?
J: Belum lagi, saya masih mencuba.
S: Bila dan bagaimana anda mula mendekati agama itu?
J: Saya bekerja di sebuah hotel dengan majoriti rakan sekerja warga asing yang menganut agama itu. Pada penghujung 2005, saya mula mengikut rakan sekerja saya berkunjung ke rumah ibadat agama itu. Semua dilakukan untuk suka-suka. Bagaimanapun, ketika itu saya hanya di luar.
S: Ketika itu anda masih Islam, tidakkah anda berasa janggal atau bersalah berbuat begitu?
J: Tidak, kerana seperti saya katakan, saya tiada apa-apa perasaan mengikuti aktiviti ibadat mereka. Semua untuk tujuan berseronok saja.
S: Anda tidak dipengaruhi sesiapa?
J: Tidak.S: Selepas itu apa berlaku?J: Lama-kelamaan saya menjejakkan kaki ke dalam rumah ibadat agama itu. Ia berlaku pada pertengahan 2006. Saya rasa seronok dan selesa dengan agama itu.
S: Mesti ada sebab kenapa anda tergamak membuat perubahan begitu berani dengan meninggalkan Islam dan menganut agama lain. Adakah anda menghadapi apa-apa masalah seperti dengan keluarga atau teman lelaki?
J: Saya tidak berdepan masalah besar. Jika ada pun, cuma bebanan kerja, tetapi tidak terlalu serius. Seperti saya katakan tadi, saya melakukan ini hanya kerana suka-suka.
S: Jadi anda menganggap soal agama ini seperti mainan, boleh keluar agama hanya kerana suka-suka?
J: Tak tahulah.
S: Ceritakan aktiviti anda seterusnya.
J: Selepas pertama kali memasuki rumah ibadat agama itu dan berasa selesa dengannya, saya semakin kerap ke sana. Sepatutnya, saya kena pergi setiap minggu tapi disebabkan masalah jadual kerja, saya hanya boleh pergi dua kali dalam sebulan.Saya juga mula mengikuti aktiviti ibadat mereka. Akibat perasaan ingin tahu yang semakin menebal, saya juga minum ‘air suci’ mereka.
S: Anda disuruh oleh sesiapa atau anda sendiri yang ingin minum?
J: Tak ada orang suruh atau paksa, saya sendiri yang nak minum.
S: Tak rasa takut atau bersalah ke?
J: Tak adalah, biasa saja.
S: Berapa kali anda meminum air itu?
J: Sekali saja.
S: Apa yang anda rasa selepas meminum air itu?
J: Ketika itu saya semakin pasti saya sudah meninggalkan Islam. Saya tahu ungkapan kalimah syahadah, tetapi entah mengapa saya tidak boleh melafazkannya. Saya tidak boleh mendengar azan, apatah lagi bacaan al-Quran.Semua itu membuatkan tubuh saya panas. Bila dengar azan di televisyen, saya cepat-cepat matikan televisyen. Kalau dengar azan dari masjid atau surau, saya lari masuk ke dalam tandas.
S: Kenapa?
J: Saya tak boleh dengar, kepala saya rasa sakit dan badan rasa panas. Sejak itu juga saya meninggalkan semua ajaran Islam. Tidak sembahyang... tidak puasa.
S: Selepas keluar daripada Islam, apa perbezaan yang anda rasakan?
J: Tidak ada apa-apa. Sama saja.
S: Sepanjang menganut Islam sebelum itu, adakah anda tidak merasai kenikmatan dan keindahan Islam?
J: Ada.
S: Jadi, kenapa pilih untuk mendekati agama lain?
J: Suka-suka saja.
S: Setuju jika kami katakan, sebab utama anda keluar Islam dan menganut agama itu ialah disebabkan anda berkawan rapat dengan rakan yang menganut agama itu?
J: Ya, saya setuju.
S: Selepas keluar Islam, bagaimana kehidupan anda?
J: Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Saya rahsiakan apa yang saya lakukan daripada ibu bapa dan keluarga. Saya juga berkunjung ke rumah ibadat agama itu sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
S: Sepanjang berkunjung ke rumah ibadat itu, anda ada melihat orang Melayu lain di situ?
J: Ada. Saya tidak pasti jumlahnya, tetapi ramailah juga. Saya yakin mereka baru bertukar agama kerana mereka kelihatan kekok melakukan ritual agama itu.
S: Apa menyebabkan anda ada di rumah perlindungan ini? Adakah disebabkan anda ingin kembali kepada Islam?
J: Saya di sini atas sebab lain, biarlah ia saya rahsiakan. Namun, selepas ada di sini, semua aktivitinya berteraskan ajaran Islam. Pada mulanya saya cuba mengelak dan merahsiakan status agama saya.Apabila penghuni lain menunaikan solat beramai-ramai, saya berasa sangat rimas dan tubuh menjadi panas. Saya sanggup berkurung di dalam tandas untuk mengelak berdepan situasi itu.Jadi, lama-kelamaan pihak pengurusan berjaya mengesannya. Nak tak nak, saya terpaksa berterus terang. Mereka terkejut, tapi tidak terus memaksa saya bersembahyang, baca Yasin dan sebagainya kerana mereka tahu saya tidak boleh berbuat demikian. Selepas beberapa sesi kaunseling, hati saya kembali terbuka untuk kembali kepada Islam dan mereka membantu saya.
S: Bagaimana sekarang?
J:Sedikit demi sedikit saya beroleh kesedaran. Saya sudah boleh mengucap dan sembahyang, tapi belum pulih sepenuhnya. Ada kalanya masih mengingati agama itu. Bukan senang nak lupakan. "
Tegak bulu roma teman bila baca interbiu seperti di atas. Begitu mudahnya orang melayu/islam mengisinkan diri mereka menjadi murtad. Walaupun tak diceritakan budak ni masuk agama mana, teman tahu ugama itu adalah Kristian. ngapa Harian Metro tak dedahkan perempuan yang bernama Sarah murtad untuk menganut ugama kristian? Takut apa?. Oh nak jaga hati supaya hati penganut umat Islam tak terhiris. Tapi pernahkah orang kristian menjaga perasaan orang Islam? Di mana sahaja di dunia ini, umat kristiani menghina umat islam macam bumi ini bapak mereka punya.
Teman gerenti rumah ibadat yang sering didatangi oleh si Sarah Murtad ini adalah gereja Katholik. Teman tahu sebab teman pernah masuk gereja masa teman berada dalam tingkatan empat. Sekolah teman, St Anthony, Teluk Intan betul-betul berhadapan dengan Gereja katholik. Cuma di seberang jalan sahaja.
Teman masuk ke gereja tu, bukan seorang tapi dengan kawan baik teman berbangsa India yang beragama keristian. Kawan kepada teman itu bukan nak bersembahyang, tapi ajak teman untuk mencuri main piano dalam gereja itu. Dia main piano, teman nyanyikan lagu. Lagu-lagu Bee Gees, yop! Seronok.
Sejak hari itu selalu kami curi masuk. Dia main piano, teman tukang nyanyi .Kebanyakkannya lagu Inggeris. Di antara lagu yang teman suka nyanyi ialah lagu 'soldier of fortune' (Scorpian) ,'Angie'(lagu Mike Jagger) dan yang lain-lain.
Dan walaupun teman masa tu, jarang sembahyang lima waktu, namun sedikitpun tak terlintas dalam fikiran nak mencuba-cuba untuk melakukan ibadat kristian. Walaupun Sekolah teman, adalah 'missionary School' (terdapat bilik ibadat untuk guru dan murid-murid yang beragama keristian) dan tak ada pelajaran Ugama islam(tahun 70an) ,tak pernah terdetik sesaatpun pun hati teman nak dekati ajaran kristian. Lebih lagi teman dan kawan baik teman yang berbangsa India pernah dua tiga kali ' menjarum' rumah ketua gereja itu, yang dipanggil 'father' diwaktu malam dan pernah lihat dia berdua-duaan dengan seorang 'sister' Pengetua Sekolah Convent yang terletak bersebelahan dengan Gereja. Paderi ini dan sister yang teman 'jarum' perbuatan terkutuk mereka telah jelas menunjukkan contoh bahawa mereka tak boleh lawan fitrah semulajadi. Di depan manusia , para tokoh agama keristian , akhlak nampak hebat, tetapi di belakang manusia ,perangai mereka lebih setan dari setan.
Memang gereja tempat yang seronok, terutama di hari Ahad, bila umat kristian bersembahyang sambil menyanyi lagu. Dalam kesempatan ini teman cadangkan Kerajaan Barisan Nasional menganjurkan supaya semua gereja di Malaysia menyanyikan lagu 'negaraku' supaya lebih berseri ibadat orang Kristan pada setiap hari Ahad. Dan ianya dapat membantu umat keristian di Malaysia lebih patriotik!
Budak perempuan seperti Sarah dia mungkin seorang kaki berseronok. Itu sebab dia mudah terpengaruh. Memang gereja di antara tempat berseronok yang sesuai. Masjid dan Gereja jauh berbeza. Masjid tak ada alat muzik, tak ada gambar. Di gereja ada alat muzik dan banyak gambar yang tak senonoh, misalnya gambar orang kena salib, gambar perempuan, kunon gambar maryam, ibu kepada Jesus.
Budak Sarah ni, juga jenis suka mencuba. Dia sanggup mentadarah apa yang dipanggil 'holywater'. Dia tak tahu , air itu bukan air biasa. Air itu telah diisikan mentera iblis.
Pernah berlaku semasa teman bersekolah dulu, seorang pelajar perempuan dari Sekolah Convent, Teluk Intan masuk Gereja dengan kawan-kawannya yang beragama keristian dan disuruh minum air "holy water" itu.
Dengan tujuan nak tunjuk keberaniannya dan menjaga hati kawan-kawannya yang beragama kristian beliau telah meneguk air itu.
Sebaik sahaja dia sampai di rumahnya , dia tiba-tiba berperangai pelik. Di antaranya dia menjerit macam pontianak sundal malam.
Dan kemuncak kepada kepelikan perangainya, dia berlari tanpa pakaian dari rumahnya. Tanpa segan silu.
Macam mana teman tahu kes ini? Teman tahulah, sebab rumah teman dengan rumah budak sekolah convent ini tak jauh. Tak sampai sepuluh kali hembus asap rokok 'benzon' dah boleh sampai rumahnya.
Dan yang paling membuat teman agak terkilan, masa budak perempuan berlari bertelanjang , teman pula sedang asyik mandi. Jadi tak tahu apa yang sedang berlaku di luar rumah. Kalaulah teman waktu itu tak mandi-manda dan ada diperkarangan rumah , tentu seronok kerana dapat tumpang sekaki mengejar budak perempuan telanjang. Ini kes 'ones in the blue moon'
Setelah budak perempuan itu dapat dicekup selepas adegan kejar mengejar oleh ahli keluarganya dan jiran-jiran yang lain, barulah teman tahu kejadian itu.
Rugi bebenor, kerana teman tak sempat jadi aktor penting kepada peristiwa itu.
Seminggu budak sekolah convent itu hilang ingatannya. Mamai dan serabut.
Syukur, berkat sembahyang hajat ahli jemaah masjid dan air doa Ustaz Dollah barulah budak perempuan itu pulih. Kata ayah teman, bapa budak perempuan itu yang merupakan ahli UMNO yang tak berkenan dengan Pas kerana Pas nak laksanakan Islam yang sebenarnya gembira yang teramat bila anaknya pulih. Kata ayah teman lagi sejak itu dia kurang melekehkan perjuangan Pas kerana Ustaz dollah yang jadi Imam sembhyag hajat dan bacakan doa adalah ahli Pas.
Teman masa itu tak tahu apa itu perjuangan Pas dan tak peduli tentang UMNO.
Macamanapun teman berdoa semoga Sarah yang kini teringin kembali ke pangkuan Islam, diberikan hidayah oleh Allah.
Agama kristian ni, dah tak laku di barat. Gereja-gereja di Barat semakin kurang dikunjungi. Sebaliknya masjid semakin subur di bumi barat. Tetapi pendokong keristian tak menyerah kalah. Mereka terus bergiat dalam aktiviti dakyah sesat kerana mereka beranggapan usaha mengambangkan ajaran Keristian akan mendapat rahmat dari tuhan tiga dalam satu.
Oleh itu dengan peruntukan yang besar , puak kristian terutama yang berada di Kota Vatican terus mencuba dengan lebih agresif dan sistematis untuk melebarkan sayap ajaran kristian yang sesat itu di bumi Asia dan Afrika .Termasuk dalam sasaran mereka ialah Malaysia dan Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Sebenornya teman dah lama bercakap dengan para ustaz dan pencinta perjuangan Islam, supaya kita perlu ada Institut yang khusus untuk belajar tentang kristiologi. Memang ada kuliah 'perbandingan agama' di Universiti tempatan. Tetapi berapa ramai yang berpeluang untuk untuk masuk universiti dan mengikuti kuliah itu.
Institut yang teman cadang ini, adalah sebuah institusi yang lebih terbuka kemasukkanya terutama kepada para ustaz dan pejuang Islam .Teman mahu lihat setiap ustaz dan para pencinta Islam mampu berhujah dengan para paderi dan pengganut ugama kristian di Malaysia secara lebih ilmiah. Bukan dengan hujah melulu dan dangkal.
Ada seorang kawan teman, dia sentiasa mengharapkan supaya Kerajaan buat sesuatu bagi mengatasi masalah murtad di kalangan umat Islam. Teman tak marahkan kawan yang sentiasa mengantungkan harapan kepada kerajaan. Tapi teman kurang nampak usaha yang benor-benor serious kerajaan ke arah tersebut. Sikap kerajaan terhadap isu ini tak menghairankan. Kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional dan diketuai oleh UMNO, adalah kerajaan sekular .
Mungkin pemimpin Barisan Nasional berpendapat, walaupun terdapat sebilangan orang Islam telah menukar agama mereka, golongan ini tak perlu dirisaukan selagi mereka terus mengundi Barisan Nasional. Kemungkinan yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul.
Oleh itu jangan hairan kalau ada menteri yang beragama Islam, beranggapan semua ugama adalah betul. Semua ugama pada pandangan mereka membawa nilai kebaikan dan menuju ke jalan tuhan yang sama. Semua penganut ugama apa sahaja tak perlu muram durja kerana semua orang boleh masuk syurga asalkan berkelakuan baik, mengundi Barisan Nasional dan percaya kepada Tuhan. Inilah faham pluralisme ugama. Kita perlu memahaminya dengan sebaiknya. Ada orang yang secara semborono menafsirkan pluralisme agama adalah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam.
Memang di dunia terdapat pelbagai agama , dan Islam iktiraf kepelbagaian ini. Yang Islam tak boleh iktiraf ialah faham pluralisme agama yang menganggap Islam dan agama-agama lain adalah sama tarafnya di sisi tuhan. Kepada sesiapa yang belum faham tolong baca buku-buku yang membahaskan sisi bahaya faham ini dan kemudian baru boleh cakap tentang maksud sebenar pluralisme agama!
Dan terdapat dari mereka yang membuat kenyataan biadap bahawa isu murtad ini sengaja dibesor-besorkan untuk memporak peranda keselamatan negara. Contohnya Mufti Perak, dia telah dihina oleh pemimpin Barisan Nasional dan UMNO kerana membentangkan isu orang islam yang sudah ramai murtad.
Siapa yang kita nak harapkan untuk menentang gejalah riddah atau murtad ini?
Ketua Pemuda UMNO, Tok Hisyam yang selalu hunus keris di perhimpunan UMNO?
Dia tak akan sanggup bertempik dengan suara 'jantina '(jantan +betina) untuk memperjuangkan supaya orang melayu/islam di beri kefahaman Islam yang sebenarnya agar tidak mudah terpesona dengan ajaran ilusi sesat para pendakyah keristian dan agama sesat yang lain. Dia sendiripun dalam beberapa kenyaataanya, jelas keliru dengan ajaran Islam yang sebenar.
Nak harapkan Pak Lah Imam besar Islam hadhari, yang terkenal kerana wataknya sebagai 'Mr Clean'?
Beliau mungkin beranggapan isu orang Islam sudah ramai menjadi murtad adalah isu remeh kerana orang Islam yang tak murtad lebih ramai daripada orang Islam yang murtad.
Beliau juga terlalu sibuk dengan tugasnya untuk melaksanakan Rancangan Malayia ke 9 dan membuat lawatan ke luar negara dan terlalu sibuk dengan hobinya untuk merasmikan restoran Nasi kandar, Roti Canai Kandar, Popiah kandar , pemeran kebaya, pemeran gigi palsu dan pelbagai pameran yang dianjurkan oleh suku sakatnya di luar negara. Oleh itu dalam isu murtad, Paklah tak akan ambil peduli.
Nak harapkan Tok Najib?. Dia pun sedang pening kepala dan lemah tenaga fikirnya ,bagaimana nak jawab isu kommision dan kes Altantuya. Tambahan pula dia pun bukan seorang Islam yang hebat amalan agamanya. Kalau dia faham Islam, masakan dia boleh mengisinkan isterinya berlaga pipi dengan pelakon lelaki Bollywood.
Nak harapkan Tok Dr Abdullah Zin, Menteri yang jaga hal ehwal ugama ?
Jangan harap, nanti dia kata siapa lebih besar antara dia dengan pencinta Islam yang lain.
Teman tak lupa apa yang dia cakap terhadap Mufti Perak berkaitan isu murtad.
Kesimpulannya jangan harap kerajaan Barisan Nasional yang sekular dan sial ini, akan menanggi isu murtad. Lainlah kalau isu murtad ini boleh goncangkan pemerintahan Barisan nasional, maka barulah tindakan akan diambil. Tindakan cara Barisan Nasional.
Oleh itu apakah yang perlu kita lakukan?
Teman, nampak banyak jalan. Di antaranya setiap orang Islam mesti kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kesemua kita kena belajar Islam dengan mendalam dan beramal dengannya. Segulungan dari umat Islam yang mempunyai ilmu mendalam dalam agama-agama seperti hindu, buddha dan kristian(kajian perbandingan ugama) perlu berani untuk menganjurkan forum tentang kesesatan ugama-ugama tahyul . Kalau perlu berdebat, kita berdebat dengan para sami atay para paderi secara ilmiah.
Seperti yang pernah teman sebut di atas, kita perlu ada sebuah institut untuk melahirkan para ustaz dan pejuang Islam yang berkemahiran tinggi dalam ilmu perbandingan agama, khususnya kristiologi. Golongan ini akan mempertahankan Islam dan menelanjangkan kepalsuan agama sesat dan penuh illusi.
Dan cara yang paling mudah mengatasi masalah murtad ini, tetapi perjalanannya memerlukan bayaran yang mahal , iaitu menumbangkan kerajaan Barisan nasional secara pilihanraya dan diatas keruntuhan kerajaan Barisan nasional itu , kita tegakkan Pemerintahan Islam.
Kalau melalui pilihanraya gagal menegakkan sebuah pemerintahan islam kerana manipulasi kotor oleh pemerintah yang ada, teman nampak banyak jalan yang lain.
Sama-sama kita fikirkan jalan-jalan yang lain itu untuk menyelamatkan umat ini , di dunia dan di akhirat nanti.

Tiada ulasan: