Khamis, 31 Mei 2007

Teman Dan Pas

Sempena Muktamar Pas kali yang ke 47, teman bersyukur ke hadrat Allah kerana masih bersama dalam Pas walaupum tidak aktif seperti dulu kerana kesukaran untuk bergerak akibat menderita sejenis penyakit yang menyebabkan teman hilang kesembingan badan. Mudah tumbang. Doktor-doktor pakar berbeza pendapat tentang penyakit teman.

Namun, selagi jantung masih berdenyut, teman akan berusaha berubat. Teman mahu serahkan sisa hidup hidup untuk perjuangan Islam. Dan dalam menanggung kesakitan, teman akan terus kekal dalam Jamaah Islam. Hidup dan mati teman adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan memperjuangkan agama suci ini walaupun dalam keadaan yang terbatas.

Semasa teman di sekolah menenggah di sekitar pertengahan 70an, teman tak mengenali perjuangan Islam. Walaubagaimanapun, teman tak suka melihat ketidakadilan. Masa itu teman dikelilingi oleh kawan-kawan sekolah yang kebanyakannya berbangsa Cina dan India. Murid Melayu boleh dibilang dengan jari.

Dalam keadaan seperti itu, teman cenderung kepada fahaman politik yang bukan berbau perkauman. Teman mahu melihat sebuah negara yang aman dan demokratik, dimana tidak ada jurang pemisah di antara kaum. Oleh itu teman tak pernah tertarik dengan UMNO yang berdasarkan nasonalisme Melayu.

Teman juga seorang yang tak berapa gemor dengan beberapa paraturan yang mengongkong pelajar. Teman yang suka menonton filem hollywood masa itu, cukup tertarik dengan susana sekolah di barat yang membenarkan pelajar berambut panjang. Oleh itu teman merasakan, sekolah teman, Sekolah Menenggah St Anthony harus mengisinkan pelajarnya berambut panjang.

Tetapi sekolah teman ada peraturan rambut. Setiap murid di kehendaki tidak membiarkan rambutnya melepasi kolar baju. Boleh dikatakan, kesemua murid patuh, melainkan seorang.Seorang itu ialah teman. Teman berhujah dengan 'director' sekolah yang bernama Brother Calvin dan guru disiplin, berambut panjang tidak ada hubungan dengan pencapaian akademik seseorang. Lagi pun bukankan Malaysia 'is a free nation'.Hujah teman dibalas dengan hukuman digunting rambut secara paksa oleh seorang pakar, iaitu guru disiplin.Rabak tobeng rambut teman dikerjakan oleh guru itu.

Sebagai seorang ramaja yang keras kepala teman bertekad untuk menyimpan rambut yang lebih panjang dan sebagai tambahan teman pakai kasut kulit hitam (johnson)yang bila disarung ke kaki, ianya dua kali tinggi dari buku lali dikaki. Hebat. Teman, rasa teman pejuang hak asasi yang tulin.

Kepada guru disiplin, teman perkenalkan beliau dengan kawan yang belajar setakat darjah empat tapi badannya amat sasa kerana dia bekerja angkat pasir di Sungai Perak , berdekatan dengan sekolah. Sejak hari itu, guru disiplin bila nampak teman di sekolah akan melarikan diri. Dia tak mahu bertemu teman yang berambut panjang dan pakai kasut kulit hitam. Mungkin dia takut, teman bawa kawan yang berbadan sasa untuk berkenalan dengannya sekali lagi!

Itu cerita ringkas teman semasa menjadi pelajar yang cukup popular di Sekolah Menenggah St Anthony, Teluk Intan.

Selepas selesai MCE teman masih tak kenal perjuangan islam lagi. Teman rasa lebih bebas berambut panjang dan cukup selesa memakai 'blue jeans' disamping melepak dengan kawan-kawan yang sealiran. Berbuih mulut ayah dan ibu teman melihat perangai teman yang semakin menjadi. Teman tak melawan. Cuma, teman minta mereka bersabar kerana remaja memang begitu. Tapi pernah teman di buru oleh ayah keliling rumah sambil tangannya memegang gunting oleh ayah teman kerana tak tahan melihat kerenah anaknya yang dikira sudah keterlaluan dan berambut panjang. Namun, sekuat mana langkah seorang ayah yang bukan lagi muda berbanding teman.

Dan adegan kejar mengejar ini diperhatikan oleh ibu, adik beradik dan jiran tetangga. Malu jugak teman masa itu sehingga teman bertempik "aku tak minta ke lahir di dunia"

Menengar tempikan teman itu, ayah teman berhenti mengejar. Dia terus terduduk. Teman tahu dia terharu dengan ucapan teman yang tak pernah difikir boleh keluar dari mulut teman. Betul teman menyesal. Dengan linangan airmata teman, menyalami tangan ayah sambil memohon maaf. Dia mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah. Oh, tuhan, sampai sekarang teman menyesal mengeluarkan kata-kata yang biadap.Sesungguhnya ayah teman , adalah seorang ayah yang terbaik di dunia. Tak pernah dia merunggut apabila minta duit dan macam-macam lagi. Jarang dia tak beri apa yang teman hendak.

Mungkin titik tolak perubahan sikap teman adalah bermula pada peristiwa itu. Teman yang merupakan anak kesayangan ayah dan ibu, semakin mengormati ayah dan ibu. Pernah bila ayah teman demam, teman mohon Allah pindahkan deman ayah kepada teman. Begitu juga, bila ibu teman sakit, teman sanggup diri teman sebagai ganti. Dari dulu, kini dan selamanya teman sayang pada keduanya melebihi diri teman.

Selepas keluar keputusan MCE, teman mula rapat dengan jamaah Darul Arqam. Teman tak mahu sambung belajar. Dan ayah teman cukup gembira bila , buat pertama kali berserban selepas berkursus di Sg Pencala. Teman adalah diantara seorang ahli Arqam yang terawal membuka cawangan di Teluk Intan. Darul arqam adalah tempat pertama teman mulai mengenal Islam dan perjuangannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mike memang begitu. Org perak la katakan.

Teman dari USA alaupun asal Bangi