Rabu, 30 Mei 2007

Keputusan 2-1 Dalam Kes Lina Joy


Lina Joy Gagal Dalam Rayuan Gugur Perkataan Islam


PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.


-- BERNAMA

Permohonan Lina Joy , betina Melayu murtad, untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya sekali lagi gagal apabila Mahkamah Persekutuan pada hari ini menolak permohonanya dengan keputusan majoroti 2-1.

Berita keputusan 2-1 , ini telah melegakan ramai umat Islam.Dan ianya telah menjadi berita top di alam siber dan kemungkinan jadi berita utama di media seluruh dunia, hari ini atau esok.

Dengan keputusan ini, maka golongan murtadin yang dianggarkan oleh Mufti Perak telah mencecah ke angka 250 ribu orang, dikatakan semakin sukar untuk membuang perkataan "Islam" dari kad pengenalan mereka. Berdasarkan hujah penghakiman 42 muka surat oleh Ketua Hakim Negara , betina murtad ini dan orang yang sepertinya boleh melakukan pembuangan perkataan "Islam" dari kad pengenalan ,sekiranya JPN menerima surat pengistiharan dari Mahkamah Syariah bahawa betina murtad ini telah dengan rasminya keluar Islam.

Soalnya adakah betina murtad ini mahu berurusan dengan Mahkamah Syariah kerana dia percaya Mahkamah itu tak layak baginya yang bukan lagi penganut Islam?

Memang teman binggung samada hendak bergembira atau sebaliknya dengan keputusan Mahkamah Perseketuan yang di ketua oleh Ketua Hakim Negara. Mungkin teman boleh suka sedikit, kerana proses untuk murtad dari segi perundangan menjadi sukar. Tetapi soalnya, untuk menjadi murtad bukannya sukar kalau berdasarkan ajaran Islam. Misalnya, kalau seseorang itu percaya kepada sebahagiaan hukum Islam dan dalam masa yang sama menolakkan secara sembunyi atau terangan, sebahagian kecil saja hukum yang terkandung dalam Al Quran, maka secara otomatis dia telah murtad.

Contoh yang lain, seseorang yang percaya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah tetapi menolak kerasulan Muhammad S.A.W, terus menjadi murtad tanpa tunggu kebenaran Mahkamah untuk murtad.

Dalam kes Lina Joy dia bukan murtad secara diam-diam, tetapi berani mengistiharkan dirinya murtad secara terbuka lama dulu dan dengan bangganya menyatakan bahawa sejak lahir lagi dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Oleh itu masihkah kita perlu bergembira dengan keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Persekutuan?

Kes Lina Joy tak sama seperti Natrah, anak Belanda yang memeluk Islam sejak kecil dan berkawin pemuda Islam tetapi kemudian dipaksa murtad oleh kerajaan Inggeris dan ibu bapa kandungnya, sebelum merdeka dulu. Dalam kes Natrah jelas beliau dipaksa murtad dan umat Islam bangun untuk memperjuang isu ini. Kes Lina Joy lain. Dia dengan rela hati hendak masuk agama sesat yang percaya tuhan tiga dalam satu.

Kalau tanya pendapat teman, perkataan 'Islam' yang dikekalkan dalam kad pengenalan betina murtad ini, boleh mengelirukan orang lain.Katakan, pada suatu hari beliau terdesak kerana jatuh ke tahap fakir miskin, dan pergi ke Baitul Mal memohon bantuan zakat dan masa itu orang dah tak cam wajahnya yang semakin hodoh, dan pegawai Baitul Mal yang sekadar melihat dalam kad pengenalannya ada perkataan 'Islam' maka bantuan pun diberi. Dan dalam masa yang sama dia pergi ke gereja, pun dapat bantuan kerana dia memang beragama kristian.Maka hasilnya, Lina Joy bukan setakat menjadi murtad tetapi dalam masa yang sama menjadi munafik mengatasi tahap Abudullah bin Ubai.

Mungkin contoh yang teman paparkan diatas , kedengaran seperti cerita katun yang keterlaluan. Tetapi orang seperti Lina Joy, boleh lakukan apa yang kita tak pernah fikirkan.

Soalan lain berligar di kepala teman, adakah dengan pengekalan perkataan 'Islam' dalam kad pengenalan betina murtad ini, dia layak dibangsakan sebagai 'Melayu' dan layak mendapat keistimewaan sebagai orang Melayu?.Mengikut perlembagaan negara , orang Melayu ditakrifkan sebagai orang yang lazim bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu serta beragama Islam.

Fikiran teman terus berlari kepada soalan lain iaitu sekiranya dalam masa terdekat ini, pemerintahan Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia, apakah mudah bagi kerajaan mengenalpasti jumlah sebenar golongan asal islam yang telah murtad supaya usaha menarik mereka kembali dalam Islam boleh di lakukan atau yang terus berdegil dihukum berdasarkan hukum Islam?

Kalau kes Lina Joy ini dijadikan tanda aras, maka sukar untuk ditentukan jumlah sebenar golongan murtadin. Dan kemungkinan yang akan berlaku golongan murtadin yang takut di hukum berdasarkan hukum Islam akan terus mengaku masih beragama Islam berdasarkan ujud perkataan 'Islam' didalam kad pengenalan mereka. Dan lebih merbahaya kalau dalam masa yang sama mereka akan berusaha menjatuhkan pemerintahan Islam dengan cara bersekongkol dengan kawan atau gerakan yang seagama di dalam dan di luar negara.

Teman cukup risau memikir kemungkinan ini, walaupun kemungkinan tertegaknya negara Islam dari segi adatnya terpaksa menempuh masa yang panjang dan berliku. Tetapi kalau Allah ingin menganugerahkan pemerintahan Islam Di Malaysia dalam waktu terdekat, siapa mampu menolaknya?

Buat pejuang Islam, teman mahu mengajak supaya kita perlu berfikir dengan lebih mendalam apakah implikasi yang lebih dahsyat yang bakal berlaku hasil keputusan 2-1 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini ?

Kita tidak boleh bertepuk tangan dan mengemakan takbir sekuat-kuatnya kerana menganggap kes ini adalah petanda umat Islam telah menang dan kemudian berdiam diri. Teman rayu ,supaya NGO Islam dan Parti Pas supaya terus memantau kes murtad kerana teman percaya Lina Joy dan sekutunya tidak akan berhenti setakat ini. Dan dalam masa yang sama kita semua perlu lebih proaktif untuk menyekat penularan wabak murtad dengan melakukan usaha besar-besaran untuk menarik kembali golongan yang murtad ke pangkuan Islam melalui dakwah yang lebih menyeluruh.

Juga tidak boleh kita abaikan tarbiyah Islam bagi menguatkan akidah baik golongan muda atau tua di kalangan umat Islam agar mereka beramal dan sayang pada ajaran Islam. Dan kita juga harus mendidik umat Islam, supaya bersikap benci kepada ajaran agama sesat seperti Kristian dan Hindu sebagaimana jijiknya umat ini bila melihat seekor atau seribu ekor babi!

Dan Lina Joy walaupun nampaknya telah berpataharang dengan agama asalnya, kita perlu terus dekati beliau. Teman sedih dan pilu dengan keluarganya yang masih berharap anaknya yang sah telah murtad kembali ke pangkuan Islam. Sekiranya kalau Lina Joy masih terus menolak Islam walau seribu kali dakwah dilakukan, maka nak buat macamana. Mungkin Tuhan telah mengelapkan hatinya untuk menerima sinar Islam.

Biarkanlah dia mampus dalam keadaan dia percaya bahawa tuhannya adalah seperti beberapa jenama syampu, iaitu tiga dalam satu!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masyaallah...mmg betul Allah dah gelapkan hatinya dari islam...maka tiada sesiapa pun di dunia ini mampu menyelamatkan golongan yg murtad ini sekalipun imam terbesar & termasyhur di dunia melainkan Allah sendiri memancarkan nur islam (kesedaran) ke lubuk hati mereka!!!!yg dapat kita lakukan sekarang hanya berdoa mana2 yg berniat nak murtad terus dipelihara oleh Allah imannya semoga tetap teguh dgn kalimat La ilaa ha illallah muhammadar rasulullah...alangkah hinanya jika mati dlm keadaan mereka percaya tuhan itu bersifat seperti syampu @ lain2 produk 3 in 1??!!nauzubillahiminzaalik...